TIPS MEMILIH PENCUCI MUKA YANG SESUAI DENGAN KULIT - Syahirah Valiant

Latest

May 06, 2017

TIPS MEMILIH PENCUCI MUKA YANG SESUAI DENGAN KULIT

Image result for washing face


Assalammualaikum wbt,

Dalam rutin penjagaan kulit, satu bab yang sangat penting adalah mencuci muka. Sebabnya, kulit muka sentiasa terdedah kepada kotoran dan jika tak dibersihkan, bukan saja menyebabkan masalah seperti jerawat, tetapi muka akan nampak kusam dan tidak berseri. Nutrien daripada produk kecantikan kulit juga susah untuk diserap.

So, sekarang ni Nurul nak share tips yang mungkin korang boleh guna untuk pemilihan pencuci muka. ^^



TIPS MEMILIH PENCUCI MUKA YANG SESUAI DENGAN ANDA

1. Cari pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit masing-masing
Pernah tak korang guna pencuci muka yang bila lepas cuci, kulit akan rasa sangat tegang dan pedih? Ada juga yang buatkan muka jadi sangat kering lepas dicuci. Haaa. Ni memang Nurul alami sebelum tukar ke pencuci muka sekarang. memang pedih sangat muka time tu. Kita kena pastikan pencuci muka yang kita guna sekarang ni memberi kelembapan yang terbaik untuk kulit kita.



Image result for the five skin types


JENIS KULIT & TIPS MEMILIH PENCUCI MUKA YANG SESUAI DENGAN ANDA

i. Kulit Normal (normal skin)
Ia seimbang dari segi kelembapan kulit, minyak dan ketahanan.


ii. Kulit Berminyak (oily skin)
Kulit akan nampak berkilat dan berminyak setelah beberapa jam dicuci. (Cari pencuci muka degan pH level yang rendah "acidic" untuk memudahkan minyak dibuang)


iii. Kulit Kering (dry skin)
Liang roma pada kulit jenis ini agak sukar dilihat selepas beberapa jam kulit muka dicuci. (elakkan produk yang mengandungi alkohol. Ia akan membuat kulit bertambah kering. Elakkan juga yang mengandungi minyak)


iv. Kulit Sensitif (sensitive skin)
Kulit jenis ini sering merasa tegang ataupun gatal-gatal dan kerap mengalami reaksi alahan bila terkena bahan kimia tertentu pada produk yang digunakan. (Elakkan pencuci muka yang mengandungi pewangi (fragrances), minyak ataupun bahan kimia yang boleh mengeringkan kulit)


v. Kulit Jenis Kombinasi (combination skin)
Kulit anda dikatakan jenis kombinasi jika sebahagian wajah anda adalah berminyak, sementara sebahagian yang lain adalah kering ataupun sensitif. Selalunya kulit berminya di zon T dan kering di bahagian muka lainnya. (Elakkan sabun mandi ataupun soap bar. Cari pencuci muka yang lembut pada kulit dan kemudian basuh dengan air suam).



Image result for wash face


2. Cari pencuci muka yang berbuih banyak dan halus
Nak hilangkan kotoran pada muka bukanlah dengan menggosok kuat-kuat semasa mencuci. Ia malah boleh menyakitkan kulit muka kita.

Kotoran pada muka akan betul-betul boleh dihilangkan menggunakan pencuci muka yang berbuih banyak dan halus. Jadi, ia mampu masuk ke dalam liang roma / pori-pori dan membersih kulit dengan lebih berkesan.



3. Gunakan air suam atau suhu bilik untuk mencuci muka
Ia membantu supaya kulit muka lebih mudah dibersihkan. Tapi jangan gunakan air yang terlampau panas kerana ia akan menyingkirkan minyak semulajadi yang penting untuk kulit dan akan menyebabkan kekeringan. 



4. Cari pencuci muka yang sedikit berasid (pH 5.5), lebih kurang sama dengan pH kulit kita
Sesetengah sabun pencuci muka adalah beralkali dan ini kadangkala boleh mengeringkan kulit. Kalau boleh elakkan pencuci muka jenis yang macam ni.



5. Elakkan pencuci muka yang mengandungi bahan pewangi dan pengawet
Ia boleh mengeringkan kulit dan sering menyebabkan kesan alaha. Rajin-rajinlah check label tau. Elakkan bahan-bahan berikut.
  • Paraben
  • Imidazolidinyl urea
  • Quaternium-15
  • DMDM hydantoin
  • Phenoxyethanol methylchloroisothiazolinone
  • Formaldehyde


6. Gunakan produk / sabun yang khusus untuk kulit muka
Jangan guna sabun badan tau. Sebab pH sabun badan dengan sabun muka adalah lain.



7. Selepas cuci muka, gunakan air sejuk untuk membilasnya
Keringkan dengan lembut menggunaka tuala yang bersih. Sudahi dengan memakai toner, pelembap muka (moisturizer) ataupun krim malam bagi mengekalkan kelembapan kulit.





Label kandungan pada kotak Enfuselle Shaklee




ENFUSELLE SHAKLEE


Memperkenalkan Enfuselle Shaklee ^^ Ni full set enfuselle. Kalau nak satu2 pun boleh. Apa yang bestnya dengan enfuselle shaklee ni? Haaa, meh Nurul nak share dengan korang ^^

Nurul memang pengguna enfuselle shaklee ni. Nurul guna Cleansing Gel dengan Balancing Moisturizer. First time Nurul guna memang Nurul kata paling best skincare ni. Sebab skincare Nurul dulu jadikan kulit muka Nurul kering lepas cuci. Tapi enfuselle tak tau. Ia jadikan kulit kita moist je. Kita pegang pipi kita pun rasa best sebab lembut ^^

Tu belum lagi tambah dengan balancing moisturizer. Bila dah pakai balancing moisturizer enfuselle ni, lagi lembut muka kita tau. Paling best bila moisturizer ni tak melekit dan tak berminyak. Dia memang terus meresap ke muka kita. ^^



MACAM MANA NAK ORDER ENFUSELLE SHAKLEE?

BOLEH HUBUNGI :


WHATSAPP / CALL / SMS : 017-3575871




4 comments:

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D