TIPS BANYAKKAN SUSU IBU - Syahirah Valiant

May 15, 2017

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU


Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk baby. Kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu pada beberapa hari terawal akan membekalkan antibodi yang bayi untuk bayi melawan jangkitan. Tapi ada sesetengah ibu-ibu yang tak nak menyusukan bayi. Sedangkan susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.

Penyusuan pertama bayi akan dimulakan dengan menjilat, hisap dan berhenti sebentar. Pola hisapan sebegini biasanya berlaku beberapa jam dan adakalanya beberapa hari. Bayi akan pandai menghisap susu dan melekap pada payudara ibu dengan sendirinya. Ibu yang first time alami benda ni memang akan excited kan. Nurul pun. Hehehe ^^

Proses penyusuan merupakan satu kepuasan kepada si ibu. Tapi, ada sesetengah ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi masalah kekurangan susu. Pada pembacaan Nurul, hal-hal macam ni biasanya terjadi pada ibu-ibu yang bekerjaya. Macam-macam punca dikhuatiri mempengaruhi penghasilan susu.

Bila da alami benda-benda ni, cari punca susu badan meruduk dan cari penyelesaiannya. Kesian baby awak tu ^^ Jom Nurul share dengan korang serba sedikit tips banyakkan susu ibu. Semoga tips ni memberi manfaat kepada ibu-ibu yang menyusu badan.


Image result for baby and mom


1. JANGAN PANIK, BAWA BERTENANG
Walau apa pun, korang kena sentiasa bertenang. Tekanan merupakan salah satu punca penghasilan susu terganggu. Ramai yang tak sedar benda ni, namun korang kena tahu bahawa semasa korang bertenang, tindak balas hormon akan menutralkan dan membantu dalam pengeluaran susu.

Macam mana nak tenang ??

Korang boleh buat macam ni. Semasa korang tengah memerah atau menyusukan baby, cuba bayangkan benda yang indah-indah je. Apa-apa je yang korang rasakan benda tu indah untuk korang ^^

Selain itu, alunan muzik atau mendengar ayat-ayat al-quran juga boleh bantu korang untuk bertenang. Akhir sekali, mungkin benda yang senang korang nak praktikkan ialah, semasa memerah susu, bayangkan wajah dan keletah baby korang yang comel lotey tu :D 

Nurul confirm cara ni boleh membantu korang untuk bertenang. Tak mau stress-stress. Tak elok untuk keadaan ibu menyusu. Fikirkan baby korang yang perlukan susu badan tu.



2. SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF


Ramai ibu-ibu yang risau tentang penghasilan susu badan mereka. Paling merisaukan bila susu yang dipam semakin hari semakin sikit. Mesti la risau kan. Kesian baby tu tak kenyang. Lagi-lagi bila baby selalu merengek seakan-akan tak cukup susu. Ibu mana yang tak panik kan.

Tapi, BAGAIMANA BENDA NI TERJADI??

Jawapannya adalah MIND SET. Otak merupakan organ utama yang mempengaruhi tindakan manusia. Setiap fikiran atau idea yang dijana oleh otak akan dihantar ke anggota badan yang lain untuk bertindak.

No No No ! Jangan sesekali korang fikir macam tu. Just fikir positif. In Sha Allah, semuanya akan ok. Sentiasalah berfikir bahawa susu badan korang cukup untuk si comel ^^



3. BELAJAR ILMU 'SUPPLY AND DEMAND'


Tahukah korang apa benda 'supply and demand'?

Para ibu perlu tahu bahawa lebih banyak susu dikeluarkan, lebih banyak lagi susu akan dihasilkan. Inilah yang dimaksudkan dengan 'supply and demand'. Susukanlah baby korang tu sekerap yang mungkin. Bayi seharusnya disusukan mengikut kehendak mereka. Sebenarnya takde waktu dan jumlah yang diperuntukkan oleh seseorang baby.

Salah satu hikmahnya menyusukan baby iaitu dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan baby. Betul kan? ^^ Bermula dari dalam rahim baby dikendong oleh ibu dan setelah lahir mereka masih ingin berasa selesa seperti di dalam kandungan. Maka, dakaplah baby korang dan berikanlah anak korang susu pada bila-bila masa je.



4. PERAH SUSU BADAN



Hal ni rasanya ibu-ibu dah tahu kan. Kalau nak banyak simpanan, kena perah banyak-banyak. Tips ni wajib diamalkan oleh ibu-ibu bekerjaya. Para ibu yang bekerja dan menghantar baby mereka untuk dijaga oleh pengasuh perlu memerah susu badan untuk diberi kepada baby semasa ketiadaan ibu. Susu perahan disimpan dengan baik di dalam peti sejuk sebagai stok. Kena latih diri tu tau untuk perah susu badan sejak dalam pantang lagi.

Ibu yang bekerja dinasihatkan untuk memerah susu di tempat kerja. Ambil sikit masa untuk memerah susu sama ada menggunakan pam ataupun tangan. Memerah susu secara konsisten akan membantu penghasilan semula susu selepas diperah.

Bukan untuk ibu bekerja je tau. Ibu yang surirumah pun digalakkan untuk memerah dan menyimpan stok susu kerana jika berlaku kecemasan terhadap si ibu, baby masih mendapat susu ibu.



5. KOSONGKAN PAYUDARA


Satu lagi cara yang disarankan untuk ibu menyusu ialah sentiasa mengosongkan payudara. Eh !! Macam mana pulak tu?? Hehehe. Macam gini. Korang kena kerap menyusukan baby atau memerah susu badan. Payudara tidak seharusnya dibiarkan membengkak dipenuhi susu. Paling dirisaukan adalah bila susu membengkak, bimbang kalau si ibu akan demam secara tiba-tiba. 

Sebaliknya, payudara yang penuh dan membengkak akan menyebabkan penghasilan susu semakin berkurangan.  Satu je cara cepat untuk kosongkan payudara ialah dengan memerah susu pada bahagian sebelah payudara semasa bayi tengah menyusu pada sebelah lagi.



6. MAKANAN PERANGSANG SUSU BADAN (MILKBOOSTER)

Image result for set menyusu shaklee
Susu ibu yang pekat adalah susu yang paling berkualiti dan mengenyangkan baby walaupun kuantitinya sedikit. Di dalam usaha menambah dan memekatkan susu badan, para ibu perlu menitikberatkan makanan perangsang susu badan dalam pemakanan seharian. Makanan perangsang susu badan ni orang kata sebagai 'milkbooster'

Setiap ibu milkbooster yang diperlukan berlainan bergantung kepada kadar hormon masing-masing. Korang disarankan untuk mengambil supplement set menyusu shaklee. Alhamdulillah. Ianya adalah milkbooster yang terbaik dan yang paling penting ianya 100% semulajadi ^^





Korang mesti nak hasil macam ni kan? ^^ So, moh2 kita gerak sekarang.



7. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK


Nurul pernah terdengar yang ibu berpantang ni tak boleh minum air masak banyak. Eh !! Siapa kata !! Sepatutnya kita ni berpantang atau tidak memang wajib minum air masak banyak-banyak tau. Korang kena minum air sekurang-kurangnya 8-10 gelas atau dikenali jugak sebagai 3 liter air. Air adalah ejen yang akan membantu dalam melancarkan proses pengeluaran susu badan. Bila air kurang, kulit korang pun akan jadi kering tau.

Air juga diperlukan dalam proses perkumuhan. Badan yang kekurangan air akan mudah dijangkiti penyakit kerana bahan toksik tak dapat dikeluarkan dari badan melalui proses perkumuhan. Amalkan minum air masak banyak-banyak tau. Jadikan ianya satu amalan untuk kita.



Jeng jeng jeng. Itu lah dia serba sedikit tips yang korang boleh ikut. In Sha Allah, semoga ibu-ibu menyusu dapat memberikan yang terbaik untuk baby masing-masing ^^

Untuk sebarang pertanyaan tentang nutrisi, korang boleh contact Nurul tau. Tak kisah la tentang penyusuan atau apa pun. Meh contact2 Nurul ^^



SMS / CALL / WHATSAPP : 017-3575871



No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D