RAHSIA BUILT TO LAST - Syahirah Valiant

Post Top Ad

May 02, 2017

RAHSIA BUILT TO LAST

Image may contain: 2 people, people standing


Assalammualaikum wbt,

Sharing Nurul kali ni nak cerita sikit pasal slogan "Built To Last". Apa benda pulak tu kan? Maksudnya adalah kita bina untuk kekal sampai bila-bila. Apa benda pulak yang kekal tu? Haaaa. Jom baca sharing Nurul hari ni. Korang takkan menyesal dan jangan sesekali lepaskan peluang ni lagi-lagi kepada sesiapa yang nak buat bisnes tu. ^^

"Built To Last", semua orang nakkan satu perniagaan yang kekal lama dan kalau boleh kita wariskan dekat keturunan kita yang akan datang. Bukan tu je. Perniagaan kita pun membawa banyak kebaikan kepada orang lain. Mesti best kan.

Tapi macam mana nak capai semua tu? Jom ikuti rahsia di sebalik slogan tersebut. Nurul yakin korang takkan menyesal ^^


1. Bisnes dengan pasangan hidup
  • Sama-sama bangun untuk memajukan bisnes dan ada seseorang yang boleh beri semangat dan nasihat untuk kita.

2. Fokus dengan satu bisnes
  • Kenapa? Sebab fokus adalah sesuatu yang sangat penting lagi-lagi dalam bisnes. Sebab tu kalau boleh biarlah kita fokus dengan 1 bisnes sahaja. Majukan bisnes tersebut.

3. Jual produk yang ada proven
  • Jangan sesekali menjual produk yang langsung takde proven. Jangan terpedaya dengan viral semata-mata. Kaji dan terus mengkaji produk tersebut, sebab awak nak sharing kebaikan produk bukannya mementingkan keuntungan semata-mata.

4. Jenguk dan coaching downline
  • Jangan tengok sales kita je. Jenguklah dan couching downline. Mereka perlukan bimbingan awak. Walaupun downline kita tak nak grab apa yang kita share, abaikan dan fokus pada yang nak.

5. Sharing dengan seikhlas hati
  • Sharing kita tu wajib dengan ikhlas dan sesuatu perkara yang betul. Jangan sesekali korang tipu dalam sharing tu. Bila kita ikhlas, In Sha Allah, senang je prospek kita nak convert jadi customer.


So, itu lah sharing Nurul kali ni. Dan terbongkar la semua rahsia ^^ Sebab tu Nurul seronok buat bisnes shaklee ni sebab kita berjaya sama-sama. Semua benda dibongkarkan tanpa sebarang selindung. Jom-jom jadi salah seorang daripada ahli shaklee ^^



2 comments:

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad