KELEBIHAN AMALAN MALAM NIFSU SYA'BAN - Syahirah Valiant

Latest

May 11, 2017

KELEBIHAN AMALAN MALAM NIFSU SYA'BAN

Image result for malam nisfu sya'ban



Assalammualaikum wbt,

Ingat tak malam ni malam apa? Mesti la ingat. Malam NIFSU SYA'BAN ^^ Alhamdulillah. Kita masih diberi kesempatan untuk berjumpa dengan malam nifsu sya'ban. So, maksudnya apa? Maksudnya puasa nak dekat. Yeahhhh !! ^^ Mesti excited nak jumpa bulan Ramadhan tahun ni kan :D

Sharing kali ni simple-simple je. Semoga ianya memberi manfaat kepada korang ye ^^



APAKAH KELEBIHAN MALAM NIFSU SYA'BAN?

Kita cakap-cakap pasal malam nifsu sya'ban ni. Tapi kita tahu tak apa kelebihan malam ni. Banyak sangat kelebihannya tau. Antaranya adalah malam ini adalah malam terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.


Malam Nifsu Sya'ban juga dipanggil :-
  • Lailatul Mubarakah (malam keberkatan)
  • Lailatul Baraah (malam pelepasan)
  • Lalilatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
  • Lailatul Takfir (malam mengikfaratkan dosa)
  • Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa)
  • Lailatul Syafaah (malam syafaat)
  • Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat)
  • Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.



FAEDAH AMALAN PADA NIFSU SYA'BAN

Disunatkan menghidupkn malam nifsu sya'ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, baca Al-Quran, Berzikir, Selawat dan Berdoa dengan niat :

1. Panjang umur sihat wal'afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.

2. Selamat daripada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.

3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah (baik kesudahannya).

4. Sekurang-kurangnya pada malam Nifsu Sya'ban beribadah dengan mengerjakan solat isyak dan solat subuh berjemaah.



Sekian sahaja sharing Nurul pada hari ini. In Sha Allah, jom kita bukak buku baru :D






1 comment:

  1. ya allah.. ritu sangat penat.. memang letak kepala je terus tido..
    dugaan malam penuh rahmat..

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D