3 TIPS MARKETING YANG BAKAL MELONJAKKAN BISNES ANDA - Syahirah Valiant

Latest

May 18, 2017

3 TIPS MARKETING YANG BAKAL MELONJAKKAN BISNES ANDA

Image may contain: one or more people and text


Assalammualaikum wbt,
Kali ni Nurul nak share something yang bakal melonjakkan bisnes korang. Haaa ! Apa tu?!! Hehehe. Sabar-sabar. Excited dia ye.

Tips marketing ni Nurul credit kan kepada fanpage IREACH yang banyak memberi inspirasi kepada Nurul dan bisnes Shaklee Nurul. In Sha Allah, kalau korang buat tips-tips ni, bisnes korang akan berkembang maju ^^

PEMASARAN YANG TERANCANG BUAT PROSPEK TERBAYANG - BAYANG

Apa yang korang faham dengan ayat tu? ^^ Bila Nurul baca je ayat tu. Nurul rasa WOW !!! Hebatnya. Tak kira la awak buat perniagaan apa sekali pun, kena pastikan marketing yang korang buat tu memadai dengan investment korang. Sebenarnya marketing ni bukannya nak keluarkan duit semata-mata. Marketing sebenarnya lebih kepada apa yang kita buat untuk bisnes kita. Walaupun tak payah mengeluarkan duit pun boleh tau :D

Marketing ni setiap peniaga tak boleh sesekali pandang sebelah mata. Sebab kalau takde marketing, hancus la bisnes korang tu. Tengok macam KFC. Walaupun diaorang ni da femes giler, tapi diaorang masih buat marketing. Betul tak? Marketing diaorang hebat-hebat pulak tu.

Tapi, apa yang patut korang buat dalam marketing ni?


FAHAMI PASARAN SASARAN ANDA
Korang kena faham apa yang prospek atau customer korang nak. Jangan main tibai je atau main agak-agak je. Kita kena buat kajian sikit pasal ni. Apa pula yang mereka perlu? Dan ni pun korang kena study betul-betul. Contohnya macam Shaklee. Mereka ada darah tinggi dan mereka memerlukan Vivix. Haaa, gitu la contohnya ^^

Kemudian, korang kena tahu jugak adakah apa yang mereka perlukan tu dalam kemampuan customer atau prospek korang ataupun tidak. Yes. Ini penting. Jika apa yang customer atau prospek korang nak tu diluar kemampuan mereka, korang boleh suggest apa yang terbaik dengan budget mereka.


FAHAMI BAGAIMANA PRODUK & SERVIS KITA BEGITU MEMBANTU
Kemudian, korang kena fikir jugak adakah produk atau servis kita tu betul-betul sesuai dengan mereka atau tidak. Contoh macam ibu-ibu pregnant tak boleh makan alfalfa. Tapi mereka memerlukan alfalfa sebab ada masalah keputihan. So dari situ kita boleh agak apa yang boleh kita suggest kepada mereka.

Ni salah satu benda yang penting. Kita kena cari kelainan produk dan servis kita berbanding dengan orang lain. So dari situ prospek atau customer akan nampak apa kelebihan korang. Then secara automatiknya diaorang rasa nak sangat beli dengan kita ^^


SUSUN STRATEGI KITA
Haaaa, so sekarang ni korang boleh la susun strategi korang untuk gempakkan lagi marketing korang tu. Tak kira la kita buat secara online atau offline. Semuanya sangat-sangat penting tau dalam sesebuah perniagaan.

Korang wajib KONSISTEN buat ketiga-tiga tips di atas ni. Jangan sesekali skip ye. Kalau skip memang payah la korang nak start balik.


Wahhhh !! Banyak kan korang dapat input malam ni :D Jom kita like-like Page IREACH untuk dapatkan motivasi dan semangat dalam perniagaan ^^



No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D