10 TIPS PENYUSUAN TERBAIK UNTUK IBU-IBU MENYUSU

Saturday, May 13, 2017


Assalammualaikum wbt,

Walaupun Nurul masih takde pengalaman pasal ni semua. Tapi sejak bershaklee ni macam-macam Nurul nak tahu. Hehehe. So sekarang ni Nurul nak share tentang penyusuan badan. Nurul pun dikelilingi oleh ibu-ibu menyusu.

Nurul pasti semua ibu-ibu mesti nakkan yang terbaik untuk anak-anak masing-masing kan? Sebelum kelahiran si manja punyalah ibu-ibu berkobar-kobar dengan penuh semangat nak susukan baby sepenuhnya. Tak nak campur-campur susu formula dan nak pam susu buat stok banyak-banyak. Alhamdulillah. Memang itu sepatutnya ibu-ibu amalkan.

Nurul pernah berborak dengan seorang makcik yang temankan anak dia checkup baby. Dia cerita anaknya tak banyak susu, dah 31 hari bersalin. Pam pun dapat sikit je. Maklum lah, baru anak sulung. So takde pengalaman lagi. Segala bagai jenis pam dah dibeli last-last kena campur dengan susu formula. Sangat kesian kan. Baby pun tak kenyang. 

Memang kita nak anak kita menyusu badan. Tapi ada sesetengah orang yang Allah kurniakan yang tidak cukup susu. Macam kes tadi. Tapi tak salah untuk ibu-ibu ikhtiar. In Sha Allah, Nurul yakin penyusuan ibu-ibu akan menjadi penyusuan yang terbaik ^^


Exclusive Breastfeeding


TIPS #1 : JANGAN SET MASA

Susukan bayi kita sekerap yang mungkin mengikut kemahuan dia pada bila-bila masa yang dia perlukan. Jika kita dah siap-siap set masa untuk dia, contohnya dia baru selesai menyusu pukul 2 maknanya pukul 4 pulak baru nak kasi dia menyusu. Tapi pukul 3 tu dia bangun lagi dan menangis, setengah jam kemudia dia terjaga lagi dan nak menyusu. Si ibu pun mesti rasa stress kan. Perlu diingatkan, susu ibu paling mudah dihadam oleh baby. Jadi, ibu-ibu sentiasalah bersedia pada bila-bila masa sahaja diperlukan. Selalunya seiring dengan perkembangan usia baby, dia akan mempunyai "jadual" waktu sendiri nanti.


TIPS #2 : ABAIKAN KATA-KATA NEGATIF

Pernah dengar tak kata-kata seperti 'kurusnya anak awak macam tak cukup susu', 'eh masih menyusu badan lagi ke?', 'kurusnya awak, cukup ke air susu untuk anak awak nanti?' dan lain-lain lagi kata-kata negatif.

Kalau orang sekeliling pernah berkata begitu pada korang, maka sila abaikan kata-kata negatif tersebut. Sila senyum sahaja keranan korang memang seorang ibu yang terbaik karana berikan yang terbaik untuk si manja korang :D


TIPS #3 : CARI ILMU SEBANYAK MUNGKIN TENTANG PENYUSUAN DAN SERTAI KUMPULAN SOKONGAN

Antara salah satu faktor kegagalan penyusuan adalah kurang ilmu tentang penyusuan. Salah tanggapan kebanyakan ibu-ibu tentang penyusuan seperti berikut :-
  • baby asyik nak menyusu sahaja sebab air susu kurang
  • bila pam pada peringkat permulaan dapat air susu sedikit sahaja
  • bila lepas menyusu je, baby nak menghisap tangan, petanda baby lapar dan air susu kurang
  • cukup ke air susu anak minum nanti
  • ibu kurus mesti kurang susu

Itulah pentingnya ilmu penyusuan, maknanya semua tanggapan ini dapat ditepis dengan mudah. Kesemua ini sebenarnya adalah mitos dan mainan perasaan was-was seorang ibu sahaja. Allah dah jadikan setiap ibu adalah sama dengan mengurniakan air susu untuk disusukan oleh anak kita. Semakin tinggi permintaan baby, maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Kena ingat selalu tu tau ^^

Beli majalan berkaitan tentang penyusuan dan sertai kumpulan-kumpulan sokongan penyusuan susu ibu sama ada melalui FB, emel, blog dan sebagainya. Banyak yang boleh kita pelajari disamping memberi semangat kepada ibu-ibu untuk meneruskan penyusuan sekiranya berhadapan dengan masalah tertentu.


TIPS #4 : JANGAN CEPAT JATUH 'HUKUM' AKU TAKDE AIR SUSU

Bila letih dan baby asyik menangis je, mulalah kita menyalahkan diri sendiri dan menyatakan 'dah takdir aku memang tak cukup susu'. Tekadkan di hati walau apa jua cabaran yang bakal ditempuhi penyusuan susu ibu adalah yang paling terbaik !


TIPS #5 : MINUM AIR MENCUKUPI

Jangan takut pulak nak minum air sebab kononnya korang akan gemuk air. Apabila tubuh kekurangan air, sedikit sebanyak ia akan menganggu penghasilan susu. Air yang mencukupi penting untuk merangsang penghasilan susu ibu.


TIPS #6 : DOA DAN ZIKIR

Amalkan membaca surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah Hujurat dan usap di kedua-dua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasa usap ubun-ubun baby sambil berzikir 'Ya Latif' sebanyak 1000 kali.


TIPS #7 : MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT

Selalunya kita dibiasakan dengan menu orang berpantang seperti ikan kering, ikan bakar, nasi pula ditabur lada hitam tapi disamping menu ini kita juga boleh pelbagaikan dengan beberapa sajian yang berkhasiat asalkan yang tidak mendatangkan kemudaratan pada si ibu seperti makanan yang boleh menyebabkan kegatalan dan makanan yang pedas.

Makanan seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting untuk memastikan tubuh kita cepat sihat. Secara tak langsung juga dapat menghasilkan susu dengan lebih baik.


TIPS #8 : JANGAN SESEKALI SIMPAN SUSU FORMULA DI RUMAH UNTUK KES 'KALAU'

Tips ini sangat penting kerana apabila kita sudah menyimpan susu formula di rumah untuk 'kes kecemasan' maka sebenarnya kita akan lebih terarah dan tertarik untuk menggunakan susu formula walaupun bukan 'waktu kecemasan'. Susah sikit bagi sisi formula. Baby menangis sekejap bagi susu formula sebabnya kita tahu susu itu ADA TERSIMPAN DI RUMAH !


TIPS #9 : JANGAN MENDERITA SEORANG DIRI. DAPATKAN BANTUAN !

Jika penat dan lelah menguruskan baby, dapatkan pertolongan daripada suami, ibu bapa atau ahli keluarga atau jika tiada yang boleh membantu sekurang-kurangnya dapatkan kata-kata semangat dari orang-orang yang korang percayakan seperti sahabat baik, rakan pejabar, jiran atau saudara-mara.


TIPS #10 : JIKA TERFIKIR UNTUK MENGALAH, CUBA FIKIRKAN BERAPA BANYAK MAMPU KITA BERJIMAT

Dengan keadaan ekonomi sekarang dan harga susu formula yang bukan murah untuk dibeli setiap bulan, pasti akan membuatkan ibu-ibu berfikir panjang. Sekiranya anak anda menyusu dengan susu formula sekurang-kurangnya RM200 - RM300 sudah dihabiskan untuk keperluan susu sahaja.



In Sha Allah, ibu-ibu semua pasti akan berjaya dengan "Exclusive Breastfeeding" ini sekiranya tips ini dapat diamalkan.

Semoga bermanfaat ^^ Sekiranya perlukan bantuan sampingan untuk nutrisi terbaik sepanjang penyusuan, Nurul sedia membantu :D




NURUL SYAHIRAH

SMS / CALL / WHATSAPP : 017.3575871

PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG



You Might Also Like

2 Comments

  1. Saja nk share pengalaman..sebelum anak first..saya duk fikir, mesti bila baby keluar, senang je dia nk menyusu..tp minggu pertama, ada latching issues..dia x boleh nk direct feeding..rasa dalam berminggu jugak try..tp x berjaya..dalam masa yg sama..saya pump n feed la..dalam pantang..mental x kuat..asyik dengar baby nangis je..so last2 i terus x direct feed..tp alhamduillah..anak kedua n ketiga..tiada latching issues..menyusu badan ni..mental n physical kena prepare..apa pun..good luck bershaklee..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. mental kena kuat.. terima kasih sis sebab share pengalaman sis 😁

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Like us on Facebook

Total Pageviews

Follow by Email