KESAN BURUK PENGAMBILAN KAFEIN BERLEBIHAN

By Nurul Syahirah - April 16, 2017



Assalammualaikum wbt,

Nurul percaya ramai yang suka minum kopi pagi-pagi sebagai minuman utama. Jangan tau. Sangat bahaya. Berwaspada, sebab pengambilan kopi yang mengandungi kafein ni memberi kesan tidak baik pada kesihatan kita.


Berdasarkan kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat pada tahun 2013, pengambilan kopi lebih 4 cawan sehari boleh mengakibatkan kegelisahan. Kajian itu juga turut menitikberatkan faktor lebih serius seperti risiko boleh membawa maut dalam kalangan peminum kopi tegar terutamanya lelaki yang mengambil 28 cawan kopi seminggu.

Lagi bahaya kalau korang minum kopi sebelum tidur sebab ia akan menggangu kitaran waktu tidur dan sekaligus menjejaskan kualiti tidur.



Kesan buruk pengambilan kafein (kopi) berlebihan, bahana kafein kopi, kesan bahaya dan negatif akibat kafein kopi, gambar kopi, minuman mengandungi kafein, waktu sesuai minum kopi, sebab dilarang minum kopi selalu, kebaikan, manfaat, khasiat kopi, kelebihan dan keburukan minum kopi, senarai minuman kafein



HADKAN PENGAMBILAN MINUMAN KAFEIN !!!


Kafein bukan sahaja terkandung dalam kopi. Malahan dalam minuman lain jugak. Pengambilan kopi paling sesuai diambil pada waktu pagi sahaja dan paling lewat seelok-eloknya sebelum pukul 2 petang. 

Jangan jadikan keletihan sebagai alasan utama untuk mengambil minuman berkafein secara berlebihan. Walaupun penat bekerja seharian dan ingin menghabiskan tugasan tertunggak di rumah, seeloknya elakkan daripada membiarkan badan jadi tak bermaya. Pengambilan kafein berlebihan pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lemah seterusnya menyekat produktiviti pada waktu pagi.


So, conclusionnya, tak salah nak minum kopi, tapi pastikan pengambilan minuman kopi dalam waktu tertentu sahaja. Contohnya ketika masa sarapan pagi. Sebab dengan bekalan kafein yang ada dalam kopi ni akan membekalkan tenaga ketika kita melakukan kerja.



  • Share:

You Might Also Like

12 Comments