BLOGGING FACTS ABOUT ME

by - Sunday, April 16, 2017





Assalammualaikum wbt,

Dah lama sebenarnya nak buat entri ni. Tapi asyik takde idea je. Hehehe. Tercetusnya idea nak buat entri ni sebab Nurul baca blog kawan kita, Mayy Jie. So tergerak hati nak buat entri pasal diri sendiri :D



1. Ni time dulu kala la kan. Blog ni memang Nurul jadikan sebagai diary rasmi Nurul. Segala benda nak cerita dalam blog ni. Hahaha. Memang tergelak + dalam hati kata mengadanya aku. Tapi itu lah hakikatnya. Blog time zaman sekolah rendah dulu. Hahaha ^^


2. Blog url syahirahvaliant.com ada kisah disebaliknya. Dulu Nurul guna blogspot.com je. Tahun ni baru upgrade domain. Syahirah tu memang nama Nurul. Nurul Syahirah. Dan Valiant tu sebenarnya nama kekuatan untuk Nurul. Time tu nama gelaran untuk team Nurul. Tapi pada akhirnya, nama tu Nurul sorang je yang melekat. Hehehe. Kawan-kawan Nurul tak. Nama Valiant tu pun menjadi kekuatan untuk Nurul terus bangun mencapai cita-cita Nurul.


3. Dulu, time zaman sekolah rendah dulu, Nurul memang suka sangat template yang berwarna-warni, warna pastel dan comel-comel. Dulu memang Nurul terjebak jugak la guna template blogskin sebab ianya sangat comel ^^ Dan Nurul pun terjebak dengan blogger-blogger kpopers ni.


4. Time dulu pun Nurul pernah jugak la letak lagu dalam blog Nurul ni. Sebab memang tengah trend rasanya time tu. Nurul pun tak ingat. Buat habis quota internet je. Hehehe ^^


5. Blogger idola Nurul adalah Irine Nadia. Jeng jeng jeng. Jangan tak tahu tau. Nurul memang sentiasa baca post-post dalam blog kak Irine. Memang fanatik gitu. Kalau Nurul rasa tak bersemangat untuk teruskan bisnes Shaklee ni, memang Nurul baca blog beliau dan terus naik balik semangat membara tu >.<


6. Nurul start jadi blogger zaman sekolah rendah. Rasanya dalam darjah 4 kut. Nurul pun tak ingat. Dan sekarang umur Nurul pun dah 20 tahun. So agak-agak berapa tahun dah Nurul libatkan diri dalam dunia blogger ni ^^


7. Nurul dulu pun pernah edit full blog Nurul. Tak silap Nurul guna tema biru pink gitu. Hehehe. Tapi sejak guna responsive template ni, rasa macam koperat gitu. Lagipun template ni simple je. Memang sesuai untuk pembaca hadir ke blog tak seberapa Nurul ni.




So, inilah serba sedikit facts selama Nurul jadi blogger ni. Dulu dunia blog memang meriah. Tapi sekarang ni Nurul dapat rasakan macam dah kureng sikit. Ramai blogger-blogger yang dah tinggalkan zaman blog. Tapi takpe, masih ada kawan baru dalam dunia blogger ni ^^




Jom share BLOGGING FACTS korang pulak ^^



You May Also Like

8 Comments

  1. Memori sungguh kan....
    Keep it up !
    Always love blogging kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. betul tu.. banyak memori tentang blogging ni :D

      Delete
  2. Awalnyaa start blogging. Dari darjah 4 lagi. Saya lepas SPM baru start, tu pun macam tak aktif sangat. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah.. memang Nurul start blogging darjah 4.. tu pun tak tahu macam mana boleh terjebak >.<

      Delete
  3. I've been meaning to do this post for so long but ntah kenapa tak buat lagi haha. I have to agree with the first point though, blog ni ibarat diary je dulu-dulu where we'd share apa yg kita buat on a daily basis hihi. Malu bila ingat balik 😂

    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tahu takpe.. rasa nak tergelak bila baca post yang lepas2.. ^^

      Delete
  4. Hehehe macam2 kisah disebalik sebuah blog. Dalam banyak2 template yg pernah dipakai,mai suka responsive.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. sama jugak dengan Nurul.. memang template responsive yang best ^^

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D