ANTIOKSIDAN DAN KESIHATAN ANDA - Syahirah Valiant

Post Top Ad

April 04, 2017

ANTIOKSIDAN DAN KESIHATAN ANDA




Assalammualaikum wbt,


Sekarang ni ramai yang buat tak tahu je dengan keperluan badan kita terhadap Antioksidan. Apa benda tu? Kejap lagi Nurul terangkan lebih terperinci ye. So lepas ni takde alasan untuk korang abaikan keperluan ni dalam badan korang. ^^



Image result for antioksidan



Antioksidan seperti Vitamin E atau beta karotena, secara sendirian tidak dapat menghindarkan penyakit jantung, melawan kanser, membasmi penyakit mata atau menghalang penyakit Alzheimer seperti didakwa sesetengah pihak.

Anggapan yang mengatakan antioksidan baik untuk kesihatan berpunca dari kajian yang mendapati mereka mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan mempunyai kesihatana jangka panjang yang lebih baik. Namun begitu, untuk mendapatkan hasil yang diingikan, seseorang harus mengambil pelbagai jenis antioksidan. Ujian menunjukkan bahawa penggunaan hanya satu jenis antioksidan sahaja memberikan hasil yang sangat mengecewakan.


Antioksidan merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein dan lemak. Radikal bebas merupakan hasil sampingan daripada proses penjanaan tenaga oleh badan kita. Antioksidan menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektro yang dimiliki radikal bebas dan menghambar terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas. Radikal bebas juga menyebabkan kolestrol LDL menjadi lebih teruk dan menyebabkan kerosakan di merata tempat dalam tubuh kita.





Image result for vivix antioksidan





Tubuh kita tidak menghasilkan antioksidan, namun ia memerlukan pelbagai jenis antioksidan untuk membantunya meneutralkan radikal bebas. Justeru kita perlu mengambil makanan yang mengandungi bahan tersebut. Para penyelidik antarabangsa telah membuat kajian ke atas lebih dari 1000 makanan untuk menentukan tahap kandungan antioksidan di dalamnya. Mendahului senarai ialah acaiberi, blueberi, blackberry, walnut, strawberry, cranberry, raspberry, elderberry, bunga cengkih kisar, delina dan anggur merah.


Kesemua makanan tadi mengandungi aktioksidan dari jenis yang berbeza. Memilih hanya satu makanan yang kaya dengan antioksidan tidak dapat membantu anda untuk kekal sihat. Anda perlu memakan beberapa jenis untuk mendapatkan pelbagai jenis antioksidan supaya dapat memberikan hasil yang diingini.








No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad