7 TANDA REZEKI BERKAT - Syahirah Valiant

Latest

April 27, 2017

7 TANDA REZEKI BERKAT

Image result for rezeki berkat



Assalammualaikum wbt,

Nurul asyik share post pasal kesihatan je kan. So hari ni Nurul nak share sesuatu yang mungkin akan bukak pintu hati korang untuk baca, hayati dan praktikkan.


Bila bercakap tentang rezeki semestinya kita nak rezeki yang kita dapat tu halal dan mendapat keberkatan. So jom kita check sama ada rezeki kita tu berkat ataupun tidak ^^





HATI SEMAKIN DEKAT DENGAN ALLAH

Apabila rezeki yang kita perolehi memiliki keberkatan, hati kita lebih mudah dekat dengan Allah SWT. Kita mudah untuk melakukan amalan wajib dan sunat seperti solat dan berzikir.



JIWA TERASA TENANG

Rezeki yang berkat juga meraih pandangan Allah SWT. Hanya Allah SWT yang berhak memberi ketenangan kepada kita.



PEMURAH

Amalan memberi sedekah dan zakat juga mudah untuk kita lakukan tanpa ada rasa sayang kepada harta yang kita ada. Ini kerana kita sedar bahawa rezeki yang kita perolehi datangnya daripada Allah SWT.



JAUHI DARIPADA BALA

Rezeki yang berkat juga mampu menjauhkan bala kerana Allah SWT sentiasa melindungi orang yang gemar mencari keberkatan dalam rezeki.



KELUARGA HARMONI

Tanda seterusnya adalah keharmian dalam keluarga. Cuba kita perhatikan sesetengah keluarga yang mungkin hidup serba kekurangan dari segi wang ringgit, namun mereka tetap bahagia.



ANAK-ANAK CEMERLANG

Duit yang banyak tidak menjamin kecemerlangan anak-anak. Namun, keberkatan dalam rezeki yang kita cari mampu menghasilkan anak-anak yang taat kepada Allah dan menjadi pelajar cemerlang.



SENTIASA MERASA CUKUP DAN BERSYUKUR

Setiap rezeki yang kita perolehi datangnya daripada Allah SWT. Dalam mencari rezeki yang berkat kita perlu sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan pemberian Allah SWT. Apabila mendapat rezeki yang berkat, rasa cukup dan syukur berterusan tanpa henti.




Ini lah dia perkongsian Nurul kali ni. Jom kita check rezeki kita sekarang jugak. Semoga rezeki yang kita dapat selama ni diberkati oleh Allah. Amin :D






No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D