7 CARA UNTUK CUKUPKAN DUIT GAJI

By Nurul Syahirah - April 02, 2017



Assalammualaikum wbt,

Hari ni Nurul nak share sesuatu yang semua orang alami. Pernah kan korang rasa macam duit gaji yang kita dapat tu tak cukup dan cepat sangat habis. Bila da dapat gaji, macam mana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup walaupun sebenarnya sikit je.



Image result for gaji



7 CARA UNTUK CUKUPKAN DUIT GAJI


1. Benda first yang korang kena ingat dan buat selepas dapat gaji adalah jangan sesekali korang lupa bagi pada mak ayah. Walaupun gaji kita sikit atau tak seberapa, kita bagi jugak dan anggap ianya sebagai hadiah.





2. Membuat potongan gaji untuk zakat. In Sha Allah semuanya akan menjadi mudah.


3. Seorang ayah perlu fikirkan tentang anak-anak dan isteri dulu. Keperluan yang mereka perlukan perlu kebelakangkan dulu.


4. Kita sebagai seorang isteri yang bekerja, jangan anggap duit kita hanya untuk keperluan kita je. Anggap gaji yang kita dapat tu untuk membantu suami. Si suami pulak jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri ye.


5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dan bersyukur setiap hari atas nikmat yang ada.


6. Jika ternampak atau terjumpa sedara mara atau sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan, hulurkan la bantuan walaupun ianya sikit. Ini untuk meringankan beban mereka.


7. Jangan kedekut sangat nak belanja kawan-kawan. Apa salahnya sebulan sekali open table belanja adik-beradik atau kawan-kawan. Tak pun buat la makan-makan dekat rumah. ^^



  • Share:

You Might Also Like

10 Comments