3 TIPS & CARA-CARA TEMUDUGA YANG BETUL - Syahirah Valiant

Post Top Ad

April 17, 2017

3 TIPS & CARA-CARA TEMUDUGA YANG BETUL

cara cara temuduga yang betul


Assalammualaikum wbt,

Kebanyakan ramai yang gementar dan takut time nak interview kan. hehehe. Nurul pun macam tu jugak. Bila dah sampai je dekat company tu, confirm tangan shaking dan sejuk. Memang normal sebab kita ada perasaan gemuruh tu. Tapi perasaan gemuruh tu kita kena hadapi dengan tenang. Jangan la sampai nampak sangat yang awak tu tengah nervous ^^


Semua temuduga ada teknik dan cara yang betul. Semoga sharing Nurul kali ni dapat memberi manfaat kepada semua orang yang bakal jadi calon temuduga ye :D



TIPS #1 : PERSEDIAAN SEBELUM MENGHADIRI TEMUDUGA

bersedia sebelum temuduga

Tips yang pertama ni adalah tips yang sangat penting dan anda sebolehnya jangan tinggalkan tips ni. Ni semua daripada pengalaman Nurul semasa ditemuduga.

Macam yang korang tahu, persediaan adalah kunci dalam sesuatu kejayaan. Sekiranya korang gagal merancang, korang akan merancang untuk gagal. Betul tak? :)

Tapi, itulah kenyataan. Kita kena rancang dengan sebaik mungkin persediaan yang akan kita tempuh untuk temuduga nanti. Sini Nurul bagi 6 idea yang korang boleh ikut. In Sha Allah, korang bakal LULUS dalam temuduga tersebut ^^



1. Mulakan Persediaan Seawal Yang Mungkin

Syarikat-syarikat yang besar kebiasaannya akan menghubungi korang terlebih dahulu untuk mengatur sesi temuduga syarikat tersebut. Perkara ini dilakukan mungkin dalam masa sebulan ataupun dua bulan sebelum itu.

Oleh itu, dalam masa yang panjang tersebut, korang sepatutnya menggunakan dengan seeloknya agar pada masa temuduga tersebut korang dah 100% bersedia. 100% ye, bukan 99% ^^.

Pada masa tu, pastikan korang dah bersedia dengan jawapan, soalan, pemakaian dan emosi yang terbaik ! Salah satu langkah pertama yang korang boleh lakukan adalah melakukan kajian ke atas butiran syarikat dan jawatan yang korang nakkan tu. Dapatkan sebanyak mana maklumat yang korang boleh supaya korang boleh membuktikan bahawa korang mempunyai tanggungjawab dan keyakinan untuk mengambil alih jawatan tersebut.





2. Dapatkan Bantuan Daripada Orang Lain

Jangan sesekali bersedia untuk temuduga secara bersendirian. Terdapat banyak sumber yang berguna yang boleh membantu korang sebelum temuduga.



3. Senaraikan dan Berlatih Sekurang-kurangnya 3 Soalan

Teknik ini adalah untuk membuktikan bahawa korang betul-betul berminat dan tahu akan syarikat dan jawatan tersebut.

Korang perlu bertanyakan tentang soalan yang lebih spesifik yang berkaitan dengan syarikat ataupun jawatan tersebut.



4. Bersedia dengan Jawapan Kepada Soalan Umum

Tidak dinafikan bahawa temuduga mempunyai pelbagai kejutan, namun terdapat juga soalan-soalan yang korang boleh agak sebelum sesi temuduga lagi

Nak tahu apa soalan tu? Haaaa. Teruskan membaca ye.


i) Apakaj kekuatan / kelebihan / kebolehan anda?

ii) Apakah kelemahan anda?

iii) Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?

iv) Adakah anda boleh bekerja dalam kumpulan?

v) Kenapa anda memilih untuk meninggalkan syarikat asal?



5. Pastikan Pemakaian Yang Sesuai

Cara pemakaian dan penampilan korang menunjukkan tahap korang dan merupakan salah satu perkara pertama yang orang akan lihat dan nilai.

Pemakaian yang tidak sesuai dengan jawatan ataupun syarikat boleh memberikan rasa tidak selesa kepada penemuduga. Secara tidak langsung memberikan kesan kepada keputusan keseluruhan temuduga tersebut.


Ni idea Nurul dan kod pemakaian. Korang boleh jugak tambah-tambahkan mengikut idea korang :)

1. Lelaki - seeloknya memakai kot berwarna hitam, baju kemeja putih dan paling wajib, tie.

2. Perempuan - seeloknya memakai pakaian yang menutup aurat (bertudung dan pakaian yang tidak ketat) dan pakai kot hitam (sekiranya perlu). Sekiranya bukan beragama Islam, pemakaian yang tidak menjolok mata perlu diutamakan.


Secara ringkas, korang perlu berpakaian secara formal ataupun tidak formal (mengikut situasi). Pada masa yang sama, korang perlu rasa selesa berpakaian mengikut idea korang tersendiri.



6. Pastikan Datang Awal

Ini adalah salah satu aspek yang penting, namun masih ramai yang tidak mengambil berat. Korang seharusnya datang ke tempat temuduga seelok-eloknya 30 minit sebelum sesi temuduga tersebut berlangsung.





TIPS #2 : JADI PROFESIONAL SEMASA MENJALANI TEMUDUGA



jadi profesional semasa temuduga


1. Sentiasa Tenang dan Yakin

Situasi dan keadaan korang semasa ditemuduga memainkan peranan yang penting untuk lulus. Oleh itu, korang perlu tampil dalam keadaan yang sentiasa tenang, yakin dan sejujur yang mungkin.

Elakkan daripada nervous dan pastikan posisi korang duduk atau berdiri tu dalam keadaan yang selesa.


Jangan takut untuk bertanyakan soalan. Hal ini kerana majikan lebih menyukai orang yang berani dan boleh memberikan pandangan yang membina. Cuma, pastikan soalan yang korang tanya tu logik dan jangan terlalu banyak bertanya ^^



2. Promosikan Diri Anda

Korang perlu memberitahu mereka akan apa yang korang boleh buat dan sejauh mana yang mereka boleh letakkan harapan kepada korang.

Pastikan korang menyediakan bukti-bukti dan contoh-contoh munasabah untuk menyokong kenyataan korang tu. Jangan pakai cakap je ye. Mesti kena ada bukti. Tunjukkan yang korang boleh buat tanpa mereka suruh.


NOTA : Korang perlu tahu perbezaan antara 'yakin' dan 'berbangga diri'. Pastikan korang menunjukkan nilai yang korang yakin, pada masa yang sama jangan terlalu berbangga diri dengan kebolehan korang.



3. Jangan Menjadi Pendiam

Jangan lupa untuk bertanyakan soalan berkaitan dengan syarikat ataupun jawatan tersebut. Ambil perhatian kepada jawapan yang diberi oleh penemuduga tersebut, pastikan korang catat tau.

Perkara ini boleh menunujukkan yang korang betul-betul berminat dengan jawapan tersebut.



4. Kekalkan Momentum

Jangan kecil hati sekiranya korang tidak dapat jawatan yang korang nak. Mungkin apa yang ada masih tidak cukup untuk memenuhi kehendak syarikat tersebut. Oleh itu, korang perlu terus berusaha untuk mencari kerja yang lain.






TIPS #3 : BERTAWAKKAL SELEPAS TEMUDUGA


bertawakal selepas temuduga




1. Ucapkan Terima Kasih

Selepas sesi temudugan, pastikan korang ucapkan terima kasih kepada semua penemuduga yang hadir. Beritahu mereka yang korang sangat berpuas hati. Kemudian, korang digalakkan untuk menghantar e-mail sebagai satu tanda terima kasih susulan.



2. Tawakkal dan Berdoa

Ini adalah satu usaha yang terakhit yang korang boleh buat untuk meningkatkan kadar kelulusan temuduga korang. Setelah penat berusaha, pastikan korang minta kepada Allah secara bersungguh-sungguh. Semoga perjalanan korang selepas temuduga dipermudahkan.





So, inilah serba sedikit tips daripada Nurul. Setakat ni dua company yang Nurul pergi interview, dua company tu memang terima Nurul bekerja. Hahaha. Dan Nurul ni memang payah nak pilih. So kena buat solat istikharah. Tapi apa-apa pun, Nurul doakan korang punya interview berjalan lancar ye.

Percayalah, rezeki Allah tu sangat luas. Tinggal kita nak usaha je :D



6 comments:

  1. Thank you kak. Sangat berguna utk interview U nanti

    ReplyDelete
  2. Bagus tips2 ni utk graduan di luar sana. Bg yg ada masalah utk bercakap better buat skrip awal2 dan berlatih. Tapi jangan terlalu cakap mcam baca skrip lak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes.. betul tu.. buat skrip untuk berlatih pun bagus 😁

      Delete
  3. terima kasih tips. Akan dipraktikkan untuk next interview!

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad