10 KELEBIHAN BERSEDEKAH - Syahirah Valiant

May 01, 2017

10 KELEBIHAN BERSEDEKAH

Image result for sedekah



Assalammualaikum wbt,

Cakap je pasal sedekah memang tiap-tiap hari Nurul akan sentiasa ingatkan diri Nurul untuk bersedekah walaupun bukan dari segi kewangan tapi dari segi pertolongan. So hari ni Nurul nak share apa kelebihan kalau kita bersedekah. Allah Maha penyayang. Kita buat baik, Allah akan balas dengan apa yang kita nak :)


Rasulullah saw bersabda :

"sedekah dapat menolak kematian yang buruk." (Al-Wasail 6:255, hadis ke 2)


Beliau juga bersabda :

"Bersedekahlah kalian, karena sesungguhnya sedekah dapat menambah harta yang banyak. Maka bersedekahlah kalian, niscaya Allah menyayangi kalian." (Al-Wasail 6:255, Hadis ke 11)




10 KELEBIHAN BERSEDEKAH


KEBAIKAN DI DUNIA
  • Membersihkan harta
  • Menyucikan diri kita daripada dosa-dosa kecil. Dosa besar kena taubat
  • Menjauhi diri kita dari bala dan penyakit
  • Mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikis perasaan cemburu mereka kepada orang kaya
  • Allah akan memberkati harta kita dan menambahkan rezeki yang kita tidak sangka-sangka


KEBAIKAN DI AKHIRAT
  • Sedekah akan menjadi payung atau pelindung kepada tuannya di akhirat (padang Mahsyar)
  • Sedekah akan meringankan kiraan hisab
  • Sedekah akan menambahkan berat timbangan (Mizan) kebaika kita nanti
  • Sedekah boleh mengangkat darjat tuan di syurga nanti
  • Memudahkan kita untuk menyeberangi Titian Sirot


Mudah-mudahan kita sentiasa beringat. Amin :)





4 comments:

  1. Thanks for sharing...
    Semoga setiap sedekah kita diberkati Alkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome :)

      amin.. mudah-mudahan..

      Delete
  2. Kebaikan di dunia yang poin 5 tu betol sangat nurul.. Sedekah RM1 je boleh dapat berlipat ganda dari pada tu hari berikutnya.. Nice sharing.. Keep sharing good things yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah sis.. terima kasih ye ^^

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D