April 2017 - Syahirah Valiant

April 28, 2017

CEGAH BARAH USUS

Friday, April 28, 2017 0
CEGAH BARAH USUS
Image result for colon cancer symptoms



Assalammualaikum wbt,

Cakap je pasal cancer mesti ramai yang takut dan risau kan. Tapi dalam risau tu korang cegah dan ambil peduli tak? Fikir dan muhasabah diri ye. Jangan ambik mudah tentang kesihatan ni :)

Mengikut panduan American College of Gastroenterology, jika anda mempunyai saudara terdekat (ibu bapa atau adik-beradik) menghidap kanser kolon (kanser usus) pada usia sekitar 60 tahun, anda perlu mula menjalani pemeriksaan usus atau kolonoskopi pada umur 40 tahun. Berdasarkan data diperoleh, individu berisiko tinggi dan mencapai usia 50 tahun digalakkan menjalani pemeriksaan awal pada usus.



RISIKO BARAH USUS

Risiko mendapat kanser usus bagi lelaki dan wanita lebih kurang sama tetapi kanser yang menyerang bahagian rektum lebih banyak dihadapi oleh wanita.

Pakar Toksikologi Makanan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmad Faizal Abdul Razis berkata, kanser usus boleh menyerang siapa sahaja.

"Sikap masyarakat yang suka ambil ringan dan tidak peduli sesuatu simptom boleh memudaratkan. Misalnya, simptom najis berdarah. Ada beranggapan ia buasir dan selagi tidak menyakitkan, tidak mahu berjumpa doktor."

"Sikap sambil lewa itu menyebabkan pesakit sukar diselamatkan kerana sudah berada pada tahap lanjut. Mungkin juga ada yang menganggap penyakit ini tidak serius seperti kanser lain. Sebenarnya jika dibiarkan ia juga boleh membawa maut." katanya.



KANSER KOLON MENYERANG KELUARGA

Menurutnya, sejarah keluarga, peningkatan usia, merokok, obesiti, kencing manis, pengambilan alkohol serta makanan yang diawet antara risiko tinggi yang menyumbang kepada kanser kolon.

"Kanser itu terbentuk apabila ada ketumbuhan kecil dinamakan polip. Polip berasal daripada sel yang menyelaputi usus dan spektrum iaitu dinding usus."

"Biasanya ia mengambil masa hingga 10 tahun untuk menjadi polip sebelim menjadi benign (tidak bersifat barah) yang lama kelamaan membesar dan berkembang menjadi barah. Memang sukar mengenalpasti polip mana yang berpotensi berkembang menjadi kanser." katanya.

Kanser kolon sering dialami penduduk negara maju dan membangun. Di Malaysia, penyakit ini sering menyerang dan menduduki tangga ketiga jenis kanser yang kerap dihidapi penduduk.



FAKTOR / RISIKO KANSER USUS


  • Diet tidak seimbang iaitu kerap mengambil makanan banyak lemak dan kurang makan serat.
  • Kegemukan.
  • Bekas pesakit kanser kolon yang sudah menjalani pembedahan membuang kanser berkenaan.
  • Pesakit pernah mempunyai polip dalam usus. Tidak semua polip berisiko mendapat kanser usus. Cuma satu polip iaitu adenomatous dipercayai penyebab kanser.
  • Risiko mendapat kanser usus meningkat apabila semakin bertambah umur. Mereka yang berusia lebih 40 tahun ada risiko.
  • Gaya hidup sedentari iaitu kurang bersenam.




Image result for colon cancer symptoms



GEJALA KANSER USUS

Keluar darah melalui dubur - bergantung pada di masa usus itu berada. Jika kanser terjadi di bahagian berdekatan dubur, darah yang keluar berwarna merah terang dan cair. Jika berlaku di sebelah kanan, darah biasanya bercampur najis dan ia berwarna lebih pekat.

Perubatan tabiat buang air besar - Kadangkala pesakit mengalami cirit-birit dan diselang seli dengan keadaan normal juga sembelit. Pesakit juga kadangkala tidak puas buang air besar iaitu terasa ingin membuang air besar tetapi tiada apa yang keluar.

  • Sakit perut lebih kepada bahagian kiri abdomen.
  • Berat badan berkurangan tanpa sebab.
  • Muka pucat, kurang darah (anemia), letih dan tidak bermaya.
  • Kurang 10 peratus pesakit mengalami penyumbatan usus.



MENGURANGKAN RISIKO KANSER USUS
  • Mengamalkan hidup sihat iaitu mengambil makanan berkhasiat dengan melebihkan sayuran dan buah-buahan.
  • Mengurangkan makanan lemak haiwan seperti kambing dan lembu.
  • Mengekalkan berat badan seimbang.
  • Bersenam.
  • Tidak merokok.
  • Tidak mengambil minuman keras.


4 RAWATAN UTAMA KANSER USUS
  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi
  • Target terapi


VIVIX SHAKLEE

Vivix Shaklee mempunyai kandungan resveratrol sepuluh kali lebih hebat dari resveratrol biasa. Resveratrol merupakan sejenis polifenol yang dipanggil phytoalexin atau bahan kimia semulajadi yang dikeluarkan oleh sesetengah tumbuhan di mana fungsinya adalah sebagai agen pertahanan apabila diserang oleh penyakit dan serangan bakteria atau kulat ataupun pathogen yang lain. Ia terhasil daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.

Anggur muscadine mempunyai ikatan kimia yang jauh berbeza berbanding anggur-anggur yang lain kerana ianya kaya dengan anthocyanins yang mana mempunyai antioksidan yang tinggi dan menunjukkan beberapa kesan anti-tumor antaranya menghalang sintesis DNA dalam kanser payudara dan perkembangan saluran darah dalam sesetengah tumor termasuklah enzim perebak tumor.



Image result for vivix kanser kolon



Related image




Related image



Related image




MERENCATKAN PERTUMBUHAN SEL KANSER

Resveratrol dipercayai dapat merencatkan pertumbuhan sel kanser selain dapat membina daya ketahanan terhadap kanser di mana terdapat 3 fasa iaitu :-

FASA PERTAMA - Pada fasa ini, resveratrol bertindak mengurangkan kerosakkan sel-sel sihat yang berpunca dari serangan agen-agen karsinogenik.

FASA PERTUMBUHAN - Resvertrol mengaktifkan gen Sirtuin 1 iaitu gen anti-penuaan bagi tujuan menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.

FASA PERTUMBUHAN PESAT - Di peringkat ini, resveratrol membantu mempercepatkan proses apoptosis iaitu proses mematikan sel-sel kanser.




MACAM MANA NAK ORDER VIVIX ?



LANGKAH 1

Image result for esell

Klik gambar ni untuk order terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau CITYLINK dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.




LANGKAH 2


HUBUNGI :


E-mail : syahirahvaliant@gmail.com

Call / SMS / Whatsapp : 017-3575871



COD : AREA PUCHONG




April 27, 2017

7 TANDA REZEKI BERKAT

Thursday, April 27, 2017 0
7 TANDA REZEKI BERKAT
Image result for rezeki berkat



Assalammualaikum wbt,

Nurul asyik share post pasal kesihatan je kan. So hari ni Nurul nak share sesuatu yang mungkin akan bukak pintu hati korang untuk baca, hayati dan praktikkan.


Bila bercakap tentang rezeki semestinya kita nak rezeki yang kita dapat tu halal dan mendapat keberkatan. So jom kita check sama ada rezeki kita tu berkat ataupun tidak ^^





HATI SEMAKIN DEKAT DENGAN ALLAH

Apabila rezeki yang kita perolehi memiliki keberkatan, hati kita lebih mudah dekat dengan Allah SWT. Kita mudah untuk melakukan amalan wajib dan sunat seperti solat dan berzikir.



JIWA TERASA TENANG

Rezeki yang berkat juga meraih pandangan Allah SWT. Hanya Allah SWT yang berhak memberi ketenangan kepada kita.



PEMURAH

Amalan memberi sedekah dan zakat juga mudah untuk kita lakukan tanpa ada rasa sayang kepada harta yang kita ada. Ini kerana kita sedar bahawa rezeki yang kita perolehi datangnya daripada Allah SWT.



JAUHI DARIPADA BALA

Rezeki yang berkat juga mampu menjauhkan bala kerana Allah SWT sentiasa melindungi orang yang gemar mencari keberkatan dalam rezeki.



KELUARGA HARMONI

Tanda seterusnya adalah keharmian dalam keluarga. Cuba kita perhatikan sesetengah keluarga yang mungkin hidup serba kekurangan dari segi wang ringgit, namun mereka tetap bahagia.



ANAK-ANAK CEMERLANG

Duit yang banyak tidak menjamin kecemerlangan anak-anak. Namun, keberkatan dalam rezeki yang kita cari mampu menghasilkan anak-anak yang taat kepada Allah dan menjadi pelajar cemerlang.



SENTIASA MERASA CUKUP DAN BERSYUKUR

Setiap rezeki yang kita perolehi datangnya daripada Allah SWT. Dalam mencari rezeki yang berkat kita perlu sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan pemberian Allah SWT. Apabila mendapat rezeki yang berkat, rasa cukup dan syukur berterusan tanpa henti.




Ini lah dia perkongsian Nurul kali ni. Jom kita check rezeki kita sekarang jugak. Semoga rezeki yang kita dapat selama ni diberkati oleh Allah. Amin :D






EPIDURAL MAMPU MELUMPUHKAN ?

Thursday, April 27, 2017 0
EPIDURAL MAMPU MELUMPUHKAN ?
Image result for epidural



BETUL KE SUNTIKAN EPIDURAL BOLEH MELUMPUHKAN?

Dari sudut perubatan, epidural tidak melumpuhkan. Kesan yang wujud berbeza mengikut individu tetapi bukanlah menyebabkan mudarat melampau. Epidural diambil atas berbagai sebab dan fungsi. Pastikan rujuk dulu pada pakar anda sebelum anda bersetuju atau rasa perlu mangambilnya.




KELEBIHAN EPIDURAL

Epidural memberi ibu pengalaman bersalin yang lebih baik dan tidak menakutkan ibu untuk hamil semula pada masa akan datang.

"Ibu lebih tenang semasa proses melahirkan dan semasa meneran baby. Oleh kerana ibu tidak stress dan panik, ibu boleh mendengar segala arahan dan galakkan yang diberikan. Otot rahim akan mengecut dengan lebih baik lagi dan kurang risiko pintu rahim tidak membuka dengan baik seperti yang dijangkakan."



KEBURUKAN EPIDURAL

Epidural ialah satu prosedur yang selamat tetapi kadang-kadang boleh memberi kesan sampingan, antaranya ialah :-

1. Epidural boleh menyebabkan tekanan darah ibu menjadi terlalu rendah dan jika tidak dikesan ia akan mengakibatkan bayi lemas dan ibu harus dibedah segera.

2. Ibu yang mengambil epidural tidak dapat bergerak bebas dan terikat di katil sepanjang proses bersalin dan memerlukan jagaan rapi untuk memastikan tekanan darah ibu tidak turun mendadak dan memerlukan pantauan bayi yang berterusan.

3. Hilang kawalan pundi kencing dan ibu tidak berasa hendak kencing. Kemudian, mereka dibantu dengan tiub catheter untuk mengeluarkan air kencing. Pundi kencing yang terlalu penuh akan mengganggu proses bersalin dan boleh tercedera semasa melahirkan bayi.

4. Jika pintu rahim telah terbuka sepenuhnya, akibat kebas di bahagian pinggul dan ke bawah, ibu jarang dapat meneran keluar bayi secara efisien. Ini meningkatkan risiko panjang jangka masa bersalin peringkat akhir dan memerlukan penggunaan forcep atau vakum untuk membantu menarik keluar bayi.

5. Risiko lain yang jarang berlaku ialah kekoyakan lapiran dura (dura tear) akibat tusukan jarum epidural dan mengakibatkan cecair spinal keluar dari ruang epidural dan menyebabkan jangkitan kuman yang boleh membahayakan otak dan urat saraf.

6. Epidural haematoma - Ini ialah satu keadaan yang berlaku akibat tusukkan jarum epidural pada salur darah secara tidak sengaja. Pengumpulan darah di titik tusukan jarum epidural yang serius boleh menekan urat saraf dan ia boleh mengakibatkan lumpuh jika tidak dirawat. Ia sangat jarang berlaku.




KOMPLIKASI PENGAMBILAN EPIDURAL

Walaupun ada segelintir pesakit yang mengadu sakit pinggang selepas mengambil epidural, kajian menunjukkan prosedur epidural tidak meningkatkan risiko sakit pinggang yang kronik dan sakit belakang tidak berkait secara langsung dengan epidural.

Namun begitu, akibat baring terlalu lama dalam posisi semasa menggunakan ubat epidural, boleh menyebabkan sakit pinggang yang sedia ada menjadi lebih serius.




KENAPA PERLU MERANA AKIBAT SAKIT PINGGANG? JOM KETAHUI DI SEBALIK RAHSIA BERPANTANG DENGAN VIVIX















Image result for vivix shaklee dan epidural






MACAM MANA NAK ORDER VIVIX ?



LANGKAH 1

Image result for ESELL

Klik gambar ni untuk order. Order anda akan direct ke HQ Shaklee ^^





LANGKAH 2

Hubungi :

NURUL SYAHIRAH

017-3575871


( COD SEKITAR KAWASAN PUCHONG )






April 25, 2017

WATCHING THE BOSS BABY, EAT AT DUBUYO & SHOPPING AT ELLIANTO

Tuesday, April 25, 2017 2
WATCHING THE BOSS BABY, EAT AT DUBUYO & SHOPPING AT ELLIANTO

Assalammualaikum wbt,

Ahad lepas Nurul dengan adik Nurul pergi la jalan-jalan nak tengok cite The Boss Baby ni. Hehehe. Nurul yang paksa adik Nurul biar tengok cite ni. Sebab kite ni nak sangat tengok. Dan akhirnya sesi memaksa ni berjaya. Hehehe :D


Apa yang Nurul nak simpulkan dekat sini. Cite ni sumpah best giler. Haaa ! Giler engko. Hehehe. Tapi memang best. Rasa nak tengok lagi sekali je. Korang yang nak gi tengok ni wajib bawak budak-budak. Comel sangat cite ni.





Sebenarnya Nurul nak tengok time 1.30pm. Tapi serious la full. Last-last ambik la jugak pukul 3.30pm. Sementara tu kita gi melantak dulu dekat DUBUYO . Hehehe











Dan akhir sekali Nurul pun shopping-shopping dekat Ellianto. Nampak tak. Pembaziran berlaku di situ. Korang tahu la kan ellianto tu ada apa. Makeup pun tak habis pakai lagi dah tambah koleksi baru.




So inilah aktiviti Nurul dengan adik Nurul kalau dia balik dari asrama. Best jalan dengan dia sebab ntah la. Sebab kitaorang paling rapat kut. Umur pun Nurul tua setahun je. Kalau nak tengok wayang ke apa memang Nurul mengajak dia je. 


So, korang wajib tengok The Boss Baby tu tau ^^


CARA BELI VIVIX DI HQ SHAKLEE

Tuesday, April 25, 2017 2
CARA BELI VIVIX DI HQ SHAKLEE
HQ shaklee terbaru sunway avenue




Assalammualaikum wbt,

Selain daripada beli Vivix daripada pengedar-pengedar Shaklee, korang jugak boleh beli vivix di hq Shaklee sendiri tau. Korang boleh feeling-feeling datang hq baru. Hehehe. Memang best la citenya. Tapi nak beli vivix dekat hq ada caranya tau. Jom Nurul cite macam mana nak beli dekat hq ^^


MANA NAK DAPAT ID BELI VIVIX ?

Jawapannya senang je. Korang boleh guna ID Nurul. Nurul daftar Shaklee menggunakan nama ibu Nurul. 

HASMAH BINTI ABDULLAH
1252912

Kalau nak lagi best kan. Korang boleh register terus jadi ahli. Lagi best sebab dapat harga ahli terus untuk beli vivix tau ^^ Caranya korang register nama korang dan pakai no ID Nurul sebagai upline korang. Mudah je kan. In Sha Allah, korang akan dapat the best service selepas daftar ahli dengan Nurul ^^






E-mail : syahirahvaliant@gmail.com

Call / Whatsapp / SMS : 017-3575871




RAHSIA KECANTIKAN RITA RUDAINI

Tuesday, April 25, 2017 0
RAHSIA KECANTIKAN RITA RUDAINI
Image result for rita rudaini



Siapa la yang tak kenal pelakon terkenal ni kan. Da la cun melecun. Rita Rudaini memang ada produk sendiri, tapi paling ketara ialah bab dia makan SHAKLEE tanpa sebarang perlindungan lagi. Hehehe. Tak percaya? Boleh la scroll2 instagram dia. 






KENAPA RITA RUDAINI PILIH VIVIX ?

Nak diceritakan, banyak jugak tau geng geng shaklee berjaya tangkap screenshot gambar dia promote Shaklee. Dia seiap beli meal shakes dulu dengan seorang SID ni. Lepas tu dia selalu jugak posing manja dengan VIVIX. Haaaa. Jadi, kenapa vivix? Bagus sangat ke untuk kulit cantik kekal remaja ni? Cuba baca coretan Nurul yang tak seberapa ni :D


1. Membantu melindungi dan membaiki DNA

Kandungan Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA. Setiap hari, sel-sel tubuh badan kita diserang oleh hampir sejuta agen yang mampu merosakkan DNA kita.Ia mampu merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan 'typo' (kesilapan susunan DNA dari yang asal) yang mana ini boleh menganggu fungsi sel. Vivix mengandungi resveratrol iaitu sejenis anti-oksidan yang sangat hebat dan terbukti membantu melindungi DNA dari terus rosak. Pada masa yang sama membetulkan sel-sel yang telah rosak.


2. Pengawal aturan gen

Kerosakan dan kecacatan DNA boleh menyebabkan kemerosotan umur pada tahap sel. Dalam satu penemuan utama ramuannya, vivic membantu mengaktifkan satu sistem pengawalan genetik utama yang membantu melambatkan penuaan terus pada tahap sel.






E-mail : syahirahvaliant@gmail.com

Call / SMS / Whatsapp : 017-3575871

Instagram : @syahirahvaliantbeauty




MAKANAN KESIHATAN BUAT PESAKIT DARAH TINGGI DAN KOLESTROL

Tuesday, April 25, 2017 0
MAKANAN KESIHATAN BUAT PESAKIT DARAH TINGGI DAN KOLESTROL
makanan kesihatan kolesterol darah tinggi



Assalammualaikum wbt,

Cerita kolestrol dan darah tinggi ni memang adik beradik, kolestrol bila dah tinggi, habis salur darah sempit. Boleh jadi darah tinggi, kencing manis dan macam-macam lagi.



PEMAKANAN SIHAT SANGAT PENTING

Walaupun ambil vitamin Shaklee, pemakanan sihat sangat-sangat penting. Tujuan Nurul tulis ni sebab nak ingatkan yang kita semua kena jaga pemakanan. Kalau nak tahu kehebatan detoks, bukan sahaja boleh kuruskan badan tapi juga boleh turunkan darah tinggi. Jadi, pemakanan yang baik sangat penting, sebelum ambil apa jua makanan kesihatan yang terdapat di luar sana.


AKTIVITI KELUAR PELUH

Selain itu, jangan lupa keluarkan sedikit peluh, bekerja duduk depan komputer, dalam air-cond lagilah tak bagus tau sebenarnya. Kena keluarkan sikit tenaga untuk badan kita rasa cergas dan bertenaga. Jantung baik untuk meningkatkan kemampuan darah dibawa keseluruh badan. Senaman boleh kurangkan kolestrol.


FAKTOR UMUR

Ada juga beberapa kes di mana tekanan darah naik hanya disebabkan faktor umur. Biasa la tu kan. Umur badan tak sama dengan umur kelahiran bak kata tahun masihi. Umur badan perlu dikira dengan mesin yang tepat dan perlukan semua pihak memberi kerjasama. Umur ini menyebabkan sel makin lama makin tua dan sel tersebut tak seanjal dulu.


RESVERATROL SEBAGAI PENAWAR DARAH TINGGI DAN KOLESTROL

Resveratrol banyak terdapat di dalam buah anggur, paling banyak pada kulit buah anggur. Ia asalnya berfungsi untuk menggelakkan buah anggur daripada diserang kulat atau fungus. Dalam banyak-banyak spesis buah anggur, buah anggur jenis muscadine adalah anggur yang mempunyai tahap resveratrol paling tinggi.

Kalau korang nak tahu, anggur yang hidup di kawasan lembap lebih tinggi kandungan resveratrol berbanding anggur yang hidup di kawasan yang kering. Ini keranan bila berada di kawasan lembap, anggur sepatutnya lebih cepat rosak (berkulat). Tapi oleh kerana anggur muscadine ni nak survive, ia terpaksa menghasilkan lebih banyak resveratrol berbanding kawan anggur spesis yang lain/

Anggur yang dijual di pasaran Malaysia bukan jenis muscadine. Sebabitu boleh nampak kadang-kadang ada anggur yang sudan berkulat di pasaraya. Ia menunjukkan kandungan resveratrol anggur tu tak berapa tinggi. Sebiji buah anggur muscadine bersaiz sebesar buah golf dan harga sebiji sahaja buah anggur muscadine boleh mencecah hingga RM100 !!!



VIVIX : MINUMAN BOTANIK TERBAIK POLIFENOL RESVERATROL

Vivix mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL.

Saintis telah menjalankan kajian dan hasil kajian mendapati orang-orang Perancis gemar memakan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada resveratrol yang terkandung dalam wain merah.











MENCEGAH SEKARANG LEBIH BAIK DARIPADA "NANTI"


FIBROID 7 CM KECUT TANPA PEMBEDAHAN

Tuesday, April 25, 2017 0
FIBROID 7 CM KECUT TANPA PEMBEDAHAN


Assalammualaikum wbt,


Fibroid merupakan ketumbuhan yang terdapat di bahagian rahim wanita. Kalau kecil, ia tidak mendatangkan apa-apa masalah.

Tetapi sesetengah fibroid boleh menyebabkan darah yang terlampau banyak semasa haid, skait di bahagian pelvik dan kerap kencing.

Semua ini bergantung juga pada kedudukan fibroid.



image



CARA MERAWAT FIBROID YANG BIASA

Biasanya untuk fibroid, doktor akan cadangkan pembedahan untuk buang fibroid. Ubat untuk kecutkan fibroid pula biasanya akan mengganggu hormon dan mendatangkan beberapa kesan sampingan lain.



CARA KECUTKAN FIBROID TANPA UBAT

Untuk alternatif yang lebih selamat, semulajadi dan berkesan, para wanita kini telah mula memilih VIVIX SHAKLEE untuk kecutkan fibroid.

VIVIX SHAKLEE adalah semulajadi dan penggunaan vivix tindak mengganggu hormon dan tidak mendatangkan kesan sampingan.





DARAH TINGGI NAIK SAMPAI 200 ?!

Tuesday, April 25, 2017 4
DARAH TINGGI NAIK SAMPAI 200 ?!


Assalammualaikum wbt,

Sekarang jom kita cerita pasal darah tinggi pulak? Korang pernah check tak masalah ni semua? Semua orang mesti takut kan kalau ada penyakit jenis ni. 

Darah tinggi naik sampai 200. Bahaya tak ?? Oh my ! Memang bahaya awak !! Sangat-sangat bahaya. So, bila dah naik tu takkan nak biar je. Nope ! Jangan biarkan. Jom baca sharing Nurul ni. Semoga sharing ni bagi manfaat dekat semua orang. amin :)



BAHAYA DARAH TINGGI

Korang tahu dah kan? Darah tinggi ni semuanya boleh sebabkan pelbagai penyakit, sakit jantung dan strok. Haaa, cukuplah darah tinggi ni susah nak rawat. Korang pun mesti ada jugak dengar pasal pesakit darah tinggi meninggal dunia. Jangan main-main ye. Penyakit ni boleh membawa maut. So jom kita cegah daripada sekarang :)



PUNCA DARAH TINGGI

Banyak sebenarnya punca darah tinggi ni. Walau apa jenis penyakit sekalipun kita kena tahu punca dia. Biasa orang kata STRESS ini pembunuh nombor 1 di Malaysia. Tapi betul ke? Yes ! Memang betul. Stress memang boleh sebabkan penyakit 3 serangkai, kalau tak boleh manage stress dengan baik, jawabnya badan akan selalu tak sihat dan penyakit macam-macam datang. Selain dari stress, korang boleh baca lagi sebab lain yang mungkin mengundang bacaan tekanan darah yang tinggi. Antaranya mungkin berat badan korang sendiri yang makin comel macam baymax gitu. Hehehe ^^



APA NAK BUAT KALAU BACAAN CECAH 200 ?

Memang cara pertama ialah pergi jumpa doktor. Settlekan bali cepat cepat. Kalau takut doktor rasa korang ada penyakit yang sangat kronik, dan perlukan penjagaan khas oleh doktor dan nurse. Tapi jangan lupa, benda terbaik ialah cegah dulu sebelum terkena 200 tu. Nak diceritakan, kalau nak yang terbaik, korang cubalah VIVIX SHAKLEE. Korang bolehlah tengok feedback customer kita ni. Memang power giler ! Hehehe. Tapi korang janganlah sampai tunggu 200 baru nak telan vivix. Tapi cegahlah sebelum terkena :)




Image result for vivix shaklee untuk pesakit darah tinggi


Image result for vivix shaklee untuk pesakit darah tinggi





Email : syahirahvaliant@gmail.com

Call / SMS / Whatsapp : 017-3575871

Instagram : @syahirahvaliantbeauty




RAHSIA AWET MUDA DAMBAAN SEMUA ORANG

Tuesday, April 25, 2017 0
RAHSIA AWET MUDA DAMBAAN SEMUA ORANG
Image result for awet muda



Assalammualaikum wbt,

Umur dah masuk 30 tahun tapi nampak macam gadis yang baru habis belaajr. Haaaa, gitu. Hehehe. Best kan kalau orang cakap kita macam tu ^^

Nampak lebih muda dari usia sebenarnya memang menjadi dambaan semua orang termasuk lah golongan lelaki. Siapa la tak nak macam tu kan. Kalau boleh semua orang nak.


Awet muda ini terserlah dari kulit kita yang sihat dan cerah bersinar. Berikut adalah praktik mudah untuk mendapatkannya sekali gus membantu anda tampil lima tahun lebih muda dari usia sebenar.


1. Amal buah dan sayur berwarna

Salah satu cara agar kulit jadi sihat dan bersinar adalah amalan makan makanan semula jadi berwarna-warni seperti blueberry, tembikar dan brokoli.



2. Keluarkan peluh

Gerakkan tubuh paling kurang 30 minit sehari untuk fikiran dan kulit yang sihat. Senaman akan melancarkan perjalanan darah. Wajah akan kelihatan kemerah-merahan dan segar beberapa jam setelah mengeluarkan tenaga yang cukup banyak. Atau boleh juga bersauna yang mana aktiviti ini akan menyebabkan jantung mengepam lebih banyak darah dari biasanya, seterusnya meningkatkan aliran darah ke wajah.



3. Solekan wajah

Jangan hanya pakai bedak dan lipstik, jadikan pemerah pipi sebagai solekan wajib. Blusher la katanya. Ia akan membantu wajah nampak berseri dan tidak terlalu pucat.



4. Krim dan serum malam

Malam adalah waktu terbaik untuk memulihkan kulit wajah. Krim dan serum yang anda pakai pada malam hari dapat membantu menutup pori-pori dan mencerahkan wajah.



5. Hilangkan kantung mata

Anda takkan nampak lebih muda dengan masalah kantung mata atau orang selalu panggil eye bag. Ia akan membuat wajah tampak kusam dan makin tua. Jadi cari cara untuk menghilangkannya, petua paling mudah meletakkan hirisan timun pada mata.



6. Gunakan masker wajah

Ini amalan yang boleh dipraktikkan pada waktu lapang. Masker yang dipakai dapat memberi nutrisi kepada kulit wajah. Ia membantu buat wajah tampak sihat dan bercahaya.



Jeng jeng jeng. Itulah serba sedikit tentang rahsia yang semua orang nak tahu. Sangat mudah dan tak mustahil nak dapatkan wajah yang awet muda :D




RAHSIA WANITA INI 20 TAHUN LEBIH MUDA DARI USIA SEBENAR










Image result for TESTIMONI VIVIX SHAKLEE AWET MUDA




Image result for TESTIMONI VIVIX SHAKLEE AWET MUDA





BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU MELAMBATKAN PENUAAN ?

Tahukah anda? Sel-sel dalam badan kita ni mengalami kerosakan setiap masa tau. Antara faktor-faktor yang menyebabkan kerosakan ni seperti pencemaran, tekanan, pengambilan makanan berproses, gaya hidup kurang aktif dan sebagainya.

Semua faktor ini boleh menyebabkan pembentukan radikal bebas dalam badan dan radikal bebas ini lah yang boleh merosakkan sel komponen; DNA.

Sebab itu salah satu rahsia untuk awet muda, jagalah kesihatan sel anda !






BAGAIMANA NAK UKUR PENUAAN ?

Macam mana korang nak ukur penuaan? Macam mana korang nak ramal umur korang tu? Ada orang kata tengok body composition, ada yang kata tengok muka orang tu, kalau berkedut, sah sah dah tua. Ada orang kata tengok ini la, itu la. Dan saintis kata, diaorang discover TELEMORE.



TELOMERE

Telomere, satu cap kecil dihujung kromosom, itulah pelindung sel, saintis mendapati kalau makin pendek telomere ni, sel terdedah kepada kerosakan, dan boleh membahayakan kita kepada penyakit kritikal yang lain. Ok, memang hebat. Saintis gunakan panjang telomere untuk mengkaji perilaku yang boleh menyebabkan seseorang itu cepat tua, cepat sakit, paling gila bila guna panjang telomere untuk predict jangka hayat seseorang.

Contoh, satu kajian menunjukkan orang yang buat yoga, boleh pelihara panjang telemore dari yang tak buat langsung. Sebab itu lah korang kena solat, barulah korang akan nampak muda daripada biasa. Bukanlah magik, tapi itulah ilmu Allah sangat luas.



BAGAIMANA VIVIX BERTINDAK UNTUK MELAMBATKAN PROSES PENUAAN ?

Image result for vivix shaklee


VIVIX adalah patented formula yang dihasilkan gabungan polypenols dan reseveratrol. Ia membantu melalui :-

1. Melindungi pemendekan telomere dan sekaligus melindungi kromosom kita.

2. Membantu melambatkan proses penuaan secara semulajadi.

3. Melindungi sel dan membaiki DNA dengan "lawan" radikal bebas.




CARA ORDER VIVIX SHAKLEE

Sila hubungi Nurul untuk mendapatkan consultation tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Nurul. Sekiranya anda berada di sekitar Puchong, Nurul merupakan pengedar Shaklee di area Puchong. Untuk COD hanya di sekitar PUCHONG sahaja.




E-mail : syahirahvaliant@gmail.com

Call / SMS / Whatsapp : 017-3575871

Instagram : @syahirahvaliantbeauty



April 18, 2017

KEHEBATAN DAN MANFAAT VITAMIN C SHAKLEE

Tuesday, April 18, 2017 3
KEHEBATAN DAN MANFAAT VITAMIN C SHAKLEE


Assalammualaikum wbt,

Tubuh kita sebenarnya selalu sangat kehilangan vitamin c semasa melakukan aktiviti harian. Vitamin c Sustained Release Shaklee dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin c secara berterusan.





Vita C Plus 500mg yang semulajadi membantu menyediakan vitamin c yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong Tulang, Gigi dan Gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.


Selain itu, Vit C atau Askorbik amat berguna pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa vit c boleh membuatkan kulit menjadi CANTIK dan LICIN. Antara kebaikannya ialah :-

  • Membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan KOLAGEN ini berasal dari Yunani yang bermaksud LEKAT atau bersifat pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulit mereka lebih licin, tegang dan cantik, malah                 cepat sembuh kerana ia membantuk perhubungan (lekat) tisu badan yang kuat.

  • Vit C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisme kolestrol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin c bagi mengelakkan STROK & JANTUNG TERSUMBAT.

  • DETOKSIFIKASI. Vitamin C berupaya mencantum bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan Vitamin C sebagai kawan baik sebab ia dapat membersihkan darah dan menggelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut Dr Bruce Miller, the more you stress, the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C, sistem keimunan kita lemah dan mudah diserang penyakit.

  • Penyakit Skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan dalam badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut (goyang) dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin c adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepat proses penyembuhan.

  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayuran 5x sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui AIR KENCING. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji oren. Mampu tak kita nak makan 7 biji oren tu?? Fikir-fikir la sendiri ye :D




MANFAAT VITAMIN C

  • Peningkatan Sistem Imun - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkat pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga memerangi simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.
  • Mencantikkan kulit - Pengambilan vitamin c setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah,melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi iaitu penyebab utama jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah metal seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - Ia mampu mengurangkan kolestrol dalam darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


Apa KEISTIMEWAAN & PERBEZAAN vitamin C Shaklee dengan Vitamin C lain yang ada di pasaran?

  • Vitamin C pertama yang SEMULAJADI dan bertindak secara "sustained release" atau dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan dalam badan untuk membolehkan vitamin C sentiasa berada dalam badan kita.
  • Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk 1 tablet.
  • Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik.
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan-lahan mengikut keperluan.



PERHATIAN !!!

Ingin Nurul ingatkan, kesan pengambilan vitamin juga bukanlah sekelip mata. Haruslah sabar dan konsisten dalam pengambilan, barulah kesan optimum dapat dirasai.





SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK SEBARANG PEMBELIAN


Image result for ESELL SHAKLEE







April 17, 2017

3 TIPS & CARA-CARA TEMUDUGA YANG BETUL

Monday, April 17, 2017 6
3 TIPS & CARA-CARA TEMUDUGA YANG BETUL
cara cara temuduga yang betul


Assalammualaikum wbt,

Kebanyakan ramai yang gementar dan takut time nak interview kan. hehehe. Nurul pun macam tu jugak. Bila dah sampai je dekat company tu, confirm tangan shaking dan sejuk. Memang normal sebab kita ada perasaan gemuruh tu. Tapi perasaan gemuruh tu kita kena hadapi dengan tenang. Jangan la sampai nampak sangat yang awak tu tengah nervous ^^


Semua temuduga ada teknik dan cara yang betul. Semoga sharing Nurul kali ni dapat memberi manfaat kepada semua orang yang bakal jadi calon temuduga ye :D



TIPS #1 : PERSEDIAAN SEBELUM MENGHADIRI TEMUDUGA

bersedia sebelum temuduga

Tips yang pertama ni adalah tips yang sangat penting dan anda sebolehnya jangan tinggalkan tips ni. Ni semua daripada pengalaman Nurul semasa ditemuduga.

Macam yang korang tahu, persediaan adalah kunci dalam sesuatu kejayaan. Sekiranya korang gagal merancang, korang akan merancang untuk gagal. Betul tak? :)

Tapi, itulah kenyataan. Kita kena rancang dengan sebaik mungkin persediaan yang akan kita tempuh untuk temuduga nanti. Sini Nurul bagi 6 idea yang korang boleh ikut. In Sha Allah, korang bakal LULUS dalam temuduga tersebut ^^



1. Mulakan Persediaan Seawal Yang Mungkin

Syarikat-syarikat yang besar kebiasaannya akan menghubungi korang terlebih dahulu untuk mengatur sesi temuduga syarikat tersebut. Perkara ini dilakukan mungkin dalam masa sebulan ataupun dua bulan sebelum itu.

Oleh itu, dalam masa yang panjang tersebut, korang sepatutnya menggunakan dengan seeloknya agar pada masa temuduga tersebut korang dah 100% bersedia. 100% ye, bukan 99% ^^.

Pada masa tu, pastikan korang dah bersedia dengan jawapan, soalan, pemakaian dan emosi yang terbaik ! Salah satu langkah pertama yang korang boleh lakukan adalah melakukan kajian ke atas butiran syarikat dan jawatan yang korang nakkan tu. Dapatkan sebanyak mana maklumat yang korang boleh supaya korang boleh membuktikan bahawa korang mempunyai tanggungjawab dan keyakinan untuk mengambil alih jawatan tersebut.



2. Dapatkan Bantuan Daripada Orang Lain

Jangan sesekali bersedia untuk temuduga secara bersendirian. Terdapat banyak sumber yang berguna yang boleh membantu korang sebelum temuduga.



3. Senaraikan dan Berlatih Sekurang-kurangnya 3 Soalan

Teknik ini adalah untuk membuktikan bahawa korang betul-betul berminat dan tahu akan syarikat dan jawatan tersebut.

Korang perlu bertanyakan tentang soalan yang lebih spesifik yang berkaitan dengan syarikat ataupun jawatan tersebut.



4. Bersedia dengan Jawapan Kepada Soalan Umum

Tidak dinafikan bahawa temuduga mempunyai pelbagai kejutan, namun terdapat juga soalan-soalan yang korang boleh agak sebelum sesi temuduga lagi

Nak tahu apa soalan tu? Haaaa. Teruskan membaca ye.


i) Apakaj kekuatan / kelebihan / kebolehan anda?

ii) Apakah kelemahan anda?

iii) Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?

iv) Adakah anda boleh bekerja dalam kumpulan?

v) Kenapa anda memilih untuk meninggalkan syarikat asal?



5. Pastikan Pemakaian Yang Sesuai

Cara pemakaian dan penampilan korang menunjukkan tahap korang dan merupakan salah satu perkara pertama yang orang akan lihat dan nilai.

Pemakaian yang tidak sesuai dengan jawatan ataupun syarikat boleh memberikan rasa tidak selesa kepada penemuduga. Secara tidak langsung memberikan kesan kepada keputusan keseluruhan temuduga tersebut.


Ni idea Nurul dan kod pemakaian. Korang boleh jugak tambah-tambahkan mengikut idea korang :)

1. Lelaki - seeloknya memakai kot berwarna hitam, baju kemeja putih dan paling wajib, tie.

2. Perempuan - seeloknya memakai pakaian yang menutup aurat (bertudung dan pakaian yang tidak ketat) dan pakai kot hitam (sekiranya perlu). Sekiranya bukan beragama Islam, pemakaian yang tidak menjolok mata perlu diutamakan.


Secara ringkas, korang perlu berpakaian secara formal ataupun tidak formal (mengikut situasi). Pada masa yang sama, korang perlu rasa selesa berpakaian mengikut idea korang tersendiri.



6. Pastikan Datang Awal

Ini adalah salah satu aspek yang penting, namun masih ramai yang tidak mengambil berat. Korang seharusnya datang ke tempat temuduga seelok-eloknya 30 minit sebelum sesi temuduga tersebut berlangsung.





TIPS #2 : JADI PROFESIONAL SEMASA MENJALANI TEMUDUGA



jadi profesional semasa temuduga


1. Sentiasa Tenang dan Yakin

Situasi dan keadaan korang semasa ditemuduga memainkan peranan yang penting untuk lulus. Oleh itu, korang perlu tampil dalam keadaan yang sentiasa tenang, yakin dan sejujur yang mungkin.

Elakkan daripada nervous dan pastikan posisi korang duduk atau berdiri tu dalam keadaan yang selesa.


Jangan takut untuk bertanyakan soalan. Hal ini kerana majikan lebih menyukai orang yang berani dan boleh memberikan pandangan yang membina. Cuma, pastikan soalan yang korang tanya tu logik dan jangan terlalu banyak bertanya ^^



2. Promosikan Diri Anda

Korang perlu memberitahu mereka akan apa yang korang boleh buat dan sejauh mana yang mereka boleh letakkan harapan kepada korang.

Pastikan korang menyediakan bukti-bukti dan contoh-contoh munasabah untuk menyokong kenyataan korang tu. Jangan pakai cakap je ye. Mesti kena ada bukti. Tunjukkan yang korang boleh buat tanpa mereka suruh.


NOTA : Korang perlu tahu perbezaan antara 'yakin' dan 'berbangga diri'. Pastikan korang menunjukkan nilai yang korang yakin, pada masa yang sama jangan terlalu berbangga diri dengan kebolehan korang.



3. Jangan Menjadi Pendiam

Jangan lupa untuk bertanyakan soalan berkaitan dengan syarikat ataupun jawatan tersebut. Ambil perhatian kepada jawapan yang diberi oleh penemuduga tersebut, pastikan korang catat tau.

Perkara ini boleh menunujukkan yang korang betul-betul berminat dengan jawapan tersebut.



4. Kekalkan Momentum

Jangan kecil hati sekiranya korang tidak dapat jawatan yang korang nak. Mungkin apa yang ada masih tidak cukup untuk memenuhi kehendak syarikat tersebut. Oleh itu, korang perlu terus berusaha untuk mencari kerja yang lain.






TIPS #3 : BERTAWAKKAL SELEPAS TEMUDUGA


bertawakal selepas temuduga




1. Ucapkan Terima Kasih

Selepas sesi temudugan, pastikan korang ucapkan terima kasih kepada semua penemuduga yang hadir. Beritahu mereka yang korang sangat berpuas hati. Kemudian, korang digalakkan untuk menghantar e-mail sebagai satu tanda terima kasih susulan.



2. Tawakkal dan Berdoa

Ini adalah satu usaha yang terakhit yang korang boleh buat untuk meningkatkan kadar kelulusan temuduga korang. Setelah penat berusaha, pastikan korang minta kepada Allah secara bersungguh-sungguh. Semoga perjalanan korang selepas temuduga dipermudahkan.





So, inilah serba sedikit tips daripada Nurul. Setakat ni dua company yang Nurul pergi interview, dua company tu memang terima Nurul bekerja. Hahaha. Dan Nurul ni memang payah nak pilih. So kena buat solat istikharah. Tapi apa-apa pun, Nurul doakan korang punya interview berjalan lancar ye.

Percayalah, rezeki Allah tu sangat luas. Tinggal kita nak usaha je :D



April 16, 2017

BLOGGING FACTS ABOUT ME

Sunday, April 16, 2017 8
BLOGGING FACTS ABOUT ME




Assalammualaikum wbt,

Dah lama sebenarnya nak buat entri ni. Tapi asyik takde idea je. Hehehe. Tercetusnya idea nak buat entri ni sebab Nurul baca blog kawan kita, Mayy Jie. So tergerak hati nak buat entri pasal diri sendiri :D



1. Ni time dulu kala la kan. Blog ni memang Nurul jadikan sebagai diary rasmi Nurul. Segala benda nak cerita dalam blog ni. Hahaha. Memang tergelak + dalam hati kata mengadanya aku. Tapi itu lah hakikatnya. Blog time zaman sekolah rendah dulu. Hahaha ^^


2. Blog url syahirahvaliant.com ada kisah disebaliknya. Dulu Nurul guna blogspot.com je. Tahun ni baru upgrade domain. Syahirah tu memang nama Nurul. Nurul Syahirah. Dan Valiant tu sebenarnya nama kekuatan untuk Nurul. Time tu nama gelaran untuk team Nurul. Tapi pada akhirnya, nama tu Nurul sorang je yang melekat. Hehehe. Kawan-kawan Nurul tak. Nama Valiant tu pun menjadi kekuatan untuk Nurul terus bangun mencapai cita-cita Nurul.


3. Dulu, time zaman sekolah rendah dulu, Nurul memang suka sangat template yang berwarna-warni, warna pastel dan comel-comel. Dulu memang Nurul terjebak jugak la guna template blogskin sebab ianya sangat comel ^^ Dan Nurul pun terjebak dengan blogger-blogger kpopers ni.


4. Time dulu pun Nurul pernah jugak la letak lagu dalam blog Nurul ni. Sebab memang tengah trend rasanya time tu. Nurul pun tak ingat. Buat habis quota internet je. Hehehe ^^


5. Blogger idola Nurul adalah Irine Nadia. Jeng jeng jeng. Jangan tak tahu tau. Nurul memang sentiasa baca post-post dalam blog kak Irine. Memang fanatik gitu. Kalau Nurul rasa tak bersemangat untuk teruskan bisnes Shaklee ni, memang Nurul baca blog beliau dan terus naik balik semangat membara tu >.<


6. Nurul start jadi blogger zaman sekolah rendah. Rasanya dalam darjah 4 kut. Nurul pun tak ingat. Dan sekarang umur Nurul pun dah 20 tahun. So agak-agak berapa tahun dah Nurul libatkan diri dalam dunia blogger ni ^^


7. Nurul dulu pun pernah edit full blog Nurul. Tak silap Nurul guna tema biru pink gitu. Hehehe. Tapi sejak guna responsive template ni, rasa macam koperat gitu. Lagipun template ni simple je. Memang sesuai untuk pembaca hadir ke blog tak seberapa Nurul ni.




So, inilah serba sedikit facts selama Nurul jadi blogger ni. Dulu dunia blog memang meriah. Tapi sekarang ni Nurul dapat rasakan macam dah kureng sikit. Ramai blogger-blogger yang dah tinggalkan zaman blog. Tapi takpe, masih ada kawan baru dalam dunia blogger ni ^^




Jom share BLOGGING FACTS korang pulak ^^



HEADER SYAHIRAH VALIANT DOT COM

Sunday, April 16, 2017 0
HEADER SYAHIRAH VALIANT DOT COM


Assalammualaikum wbt,

Punya la sekian lama blog Nurul ni tak berheader. So tercetus la idea nak buat header baru. hehehe. Alhamdulillah. Akhirnya siap jugak ^^ Walaupun sangat simple tapi puas hati. Ok la ni kan. Sebab Nurul suka tukar-tukar header. Asal ada idea baru je mesti tukar. ^^


So nampak la bercorak sikit blog Nurul ni. Kalau tidak nampak plain je. Dan Nurul pun dah tukar warna blog ni jadi ke warna favourite Nurul. Bukan la pink. Dia macam ada warna merah-merah sikit :D


And nak inform korang. Nurul pun ada buat tempahan header ni. Harga memang sesuai untuk newbies ^^ Header je serendah RM15 :) Tapi nak bagitahu yang header yang Nurul akan buat adalah header yang simple. Yang crowded-crowded memang Nurul tak buat.



So, pada sesiapa yang nak tempah header simple cenggini, boleh la baca dekat page ni ye. Segala maklumat ada dekat situ :)




KESAN BURUK PENGAMBILAN KAFEIN BERLEBIHAN

Sunday, April 16, 2017 12
KESAN BURUK PENGAMBILAN KAFEIN BERLEBIHAN


Assalammualaikum wbt,

Nurul percaya ramai yang suka minum kopi pagi-pagi sebagai minuman utama. Jangan tau. Sangat bahaya. Berwaspada, sebab pengambilan kopi yang mengandungi kafein ni memberi kesan tidak baik pada kesihatan kita.


Berdasarkan kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat pada tahun 2013, pengambilan kopi lebih 4 cawan sehari boleh mengakibatkan kegelisahan. Kajian itu juga turut menitikberatkan faktor lebih serius seperti risiko boleh membawa maut dalam kalangan peminum kopi tegar terutamanya lelaki yang mengambil 28 cawan kopi seminggu.

Lagi bahaya kalau korang minum kopi sebelum tidur sebab ia akan menggangu kitaran waktu tidur dan sekaligus menjejaskan kualiti tidur.



Kesan buruk pengambilan kafein (kopi) berlebihan, bahana kafein kopi, kesan bahaya dan negatif akibat kafein kopi, gambar kopi, minuman mengandungi kafein, waktu sesuai minum kopi, sebab dilarang minum kopi selalu, kebaikan, manfaat, khasiat kopi, kelebihan dan keburukan minum kopi, senarai minuman kafein



HADKAN PENGAMBILAN MINUMAN KAFEIN !!!


Kafein bukan sahaja terkandung dalam kopi. Malahan dalam minuman lain jugak. Pengambilan kopi paling sesuai diambil pada waktu pagi sahaja dan paling lewat seelok-eloknya sebelum pukul 2 petang. 

Jangan jadikan keletihan sebagai alasan utama untuk mengambil minuman berkafein secara berlebihan. Walaupun penat bekerja seharian dan ingin menghabiskan tugasan tertunggak di rumah, seeloknya elakkan daripada membiarkan badan jadi tak bermaya. Pengambilan kafein berlebihan pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lemah seterusnya menyekat produktiviti pada waktu pagi.


So, conclusionnya, tak salah nak minum kopi, tapi pastikan pengambilan minuman kopi dalam waktu tertentu sahaja. Contohnya ketika masa sarapan pagi. Sebab dengan bekalan kafein yang ada dalam kopi ni akan membekalkan tenaga ketika kita melakukan kerja.