PETUA UNTUK RAMBUT GUGUR - Syahirah Valiant

Latest

March 12, 2017

PETUA UNTUK RAMBUT GUGUR

Assalammualaikum wbt,


Ok, sharing Nurul kali ni nak bagitahu topik RAMBUT GUGUR ?? Nurul yakin ramai yang mengalami masalah ni kan. Yes, Nurul pun salah seorang yang mengalami masalah rambut gugur ni. Hehehehe. Kadang-kadang ada orang kata, "Bilik perempuan tak sah kalau takde rambut gugur." Kadang-kadang memang betul pun. 

Rambut gugur ni banyak asbab dia sebenarnya. Kita ni pun umur makin lama makin meningkat, itu jugak merupakan salah satu asbab dia. Jom kita baca sharing petua orang dolu-dolu. Hehehe ^^




Wanita bertudung lebih ramai mengalami isu rambut gugur? 



PETUA ATASI RAMBUT GUGUR

Kalau nak ikut petua orang dulu-dulu, cara merawat rambut gugur adalah dengan menggunakan kayu manis, madu dan minyak zaitu. Kita perlu campurkan kesemua bahan dengan kepekatan yang agak likat. Kemudian, lumur pada rambut sehingga ke akar. Biarkan selama 15-20 minit dan kemudian bilas. Ulang sebanyak 3 kali seminggu untuk hasil yang lebih berkesan.



SEBAB RAMBUT GUGUR?

Bila kita dah tahu punca kenapa rambut kita gugur, senang la kita nak rawat nanti. Betul kan? ^^ Lagipun kecantikan luaran itu bermula daripada kecantikan dalaman. Jom hayati apa punca kepada masalah keguguran rambut ni.



1. PERUBAHAN HORMON

Perubahan atau ketidakseimbangan hormon berikutan proses mengandung, melahirkan anak, pemberhentian pil perancang atau permulaan menapos.




2. KETURUNAN

"Like parents, like child" .. Sekiranya ibu bapa kita pun ada masalah rambut gugur, kita juga berkemungkinan akan ada risiko tinggi untuk alami keguguran rambut.





3. TEKANAN ATAU PENYAKIT

Sebab tu kita tidak digalakkan untuk stress selalu. Kalau ada masalah kulit kepala tidak sihat, ia juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut.





4. PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT

Makanan yang diambil terlampau banyak terdedah dengan makanan yang tidak sihat dan tinggi MSG.





5. KEKURANGAN ZAT PROTEIN

Kekurangan sumber protein semulajadi serta beberapa vitamin seperti A,B,C,E dan Zinc juga adalah punca keguguran rambut. Sebab tu la protein merupakan benda paling penting untuk badan kita bekerja. 






So, ini lah dia sharing untuk hari ni. Semoga sharing Nurul ni memberi manfaat kepada para pembaca. Thank You sebab sudi melawat blog Nurul yang tak seberapa ni ^^

4 comments:

  1. terima kasih share sis! adik elsa ada problem dengan rambut gugur. In Shaa Allah guna petua tu mungkin boleh baik hehe

    singgah klik nuffnang :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/sunshine-blogger-award.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. sama-sama elsa.. boleh la try ye nanti ^^

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D