APA YANG KITA DAPAT KADANG-KADANG BUKAN REZEKI KITA - Syahirah Valiant

March 12, 2017

APA YANG KITA DAPAT KADANG-KADANG BUKAN REZEKI KITA

Assalammualaikum wbt,


Sebelum Nurul tidur, Nurul nak share something yang semua orang patut tahu. Kenapa Nurul kata, apa yang kita dapat tu kadang-kadang bukan rezeki kita? Hayati dan baca-baca betul ye ^^




Bila cakap pasal rezeki, semestinya kita nak dapatkan rezeki yang halal. Betul tak? Siapa yang tak nak kan. Rezeki yang kita cari tu mestilah kita nak dari sumber yang halal dan usaha yang halal. Sebab, rezeki yang kita akan makan tu nanti, akan masuk ke dalam saluran darah kita. Takkan kita nak masukkan dalam darah kita ni benda yang haram kan? :D



Kenapa Sedekah, Infaq & Zakat itu Wajib? From iReach


Sebab itu Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 57 :
"Makanlah daripada makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu..." Allah menyuruh kita mencari rezeki yang halal lagi baik kerana ia menghasilkan pahala. Makala, tugas syaitan ialah menghasut kita supaya mencari rezeki yang tidak baik ataupun haram.
Sheikh Mutawalli Sya'rawi menambah lagi, "Apa sahaja yang kita rasakan manfaatnya bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita mengambil manfaat daripadanya (walaupun ianya milik kita), itu bermakna ianya bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain.."


Malah salah satu untuk banyakkan rezeki kita adalah dengan bersedekah. Sebab apa?
Contoh kalau kita pergi makan beli nasi ayam. Masa tu memang kita lapar sangat tapi baru je nak makan, kita ternampak seorang peminta sedekah yang sedang kelaparan. Kita pun berikan nasi ayam yang baru kita nak makan tu dekat dia. Alhamdulillah, nasi ayam tu rezeki dia dan kita pun menunggu nasi ayam yang baru walaupn masa tu sangat lapar.


Contoh lain pulak, kalau kita dapat gaji. Dah bayar semua benda untuk keperluan seharian. Ada la lebih dalam RM100. Tapi dalam RM100 tu kita beli nasi lemak dari makcik penjual untuk makan dengan kawan-kawan sepejabat. Tudia rezeki makcik dan kawan-kawan korang. Boleh faham kan? ^^


Jadi, jangan sesekali kita sombong dengan apa yang kita ada dan dapat kerana tak semestinya semua yang kita dapat tu adalah milik kita ^^



Semoga sharing Nurul kali ni dapat memberi manfaat kepada korang ye ^^

5 comments:

  1. Hi dear, betul tu..
    Lagi byk kita kongsi2 reseki,
    Makin meriah rezeki kita dapat..
    Makin lapang dada dàn makin mudah urusan hidup kita..
    Amin.

    ReplyDelete
  2. setuju sangatt awak.. memang dah nampk benda ni..lagi lebih kita memberi memang banyak kita dapat.sebab dalam rezki kta ade rezki org lain

    hai dear jemput join segmen bloglist saya ya.. 3blogger bertuah dapat giveaway
    http://fashapurple.blogspot.my/2017/03/segmen-bloglist-april-2017-by-farah.html

    ReplyDelete
  3. Terimakasih sudah mengingatkan kak Nurul. Rezeki tu datang dalam bentuk apapun. Kita pautut bersyukur atas apa2 yang kita dapat. ^^

    ReplyDelete
  4. betul tu semua apa y kita miliki milik Allah .. nice sharing..

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D