9 KESAN SUNTIKAN PERANCANG KELUARGA, MEMUDARATKAN ATAU TIDAK? - Syahirah Valiant

March 18, 2017

9 KESAN SUNTIKAN PERANCANG KELUARGA, MEMUDARATKAN ATAU TIDAK?



Assalammualaikum wbt,


Selepas melahirkan anak, pastinya doktor akan tanya pada pesakit bagaimana nak merancang untuk kelahiran yang seterusnya. Ada yang ambil pil perancang, ada juga yang hanya merancang sendiri. Ubat pil perancang boleh didapatkan dari klinik kerajaan atau klinik swasta. Suntikan Depoprovera iaitu sejenis suntikan hormon yang mengandungi hormon sintetik sahaja yang sangat membantu untuk mencegah kehamilan.






Ini adalah suntikan yang selalu diambil oleh ibu-ibu sebagai perancang keluarga. Setiap suntikan ini berkesa selama 3 bulan dan akan diberikan 5 hari selepas haid untuk pastikan tidak hamil. Dan semestinya ada kesan sampingan menggunakan kaedah ini. Nak tahu apa kesan sampingannya? Teruskan membaca ye ^^




9 KESAN SUNTIKAN PERANCANG KELUARGA

1. Kitaran haid akan jadi tidak teratur. Malah mungkin akan mengalami pendarahan berlebihan atau haid tak datang selama beberapa bulan.


2. Akan mengalami sakit kepala yang ketara.


3. Perubahan berat badan. Jangan terkejut kalau korang naik berat badan selepas mengambil suntikan perancang keluarga.


4. Perut akan cepat kembung, berangin dan rasa tidak selesa.


5. Masalah kulit berjerawat. Jangan terkejut kalau tiba-tiba jerawat korang akan naik dengan banyak.





6. Selera makan yang bertambah, mungkin akan rasa cepat lapar atau lambat lapar. Ini yang menyebabkan berat badan korang bertambah.


7. Akan mengalami senggugut jika datang bulan.


8. Masalah keguguran rambut.


9. Kereputan tulang. Mudah akan rasa sakit-sakit badan dan sebagainya.




So ini lah dia 9 kesan suntikan perancang keluarga. Kalau boleh, elakkanlah dengan cara begini sebab ia akan mengalami kesan sampingan dalam jangka masa yang panjang. Memang kita nak merancang, tapi mungkin ada cara lain. Daripada Nurul tengok kesan sampingan ni, kita pun boleh rasa takut. Sayangi diri korang. Buat keputusan yang terbaik dan tolong jaga kesihatan. :)

2 comments:

  1. Ada sesetengah individu jika mengambil suntikan perancangan keluarga jika tak sesuai dengan hormon individu tersebut akn menyebabkan individu tersebut akan terasa lapar dan rasa keinginan ingin makan sahaja sehingga menyebabkan kenaikkaan berat badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. kalau boleh jangan la guna cara ni 😊

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D