3 KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI - Syahirah Valiant

March 11, 2017

3 KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI

Assalammualaikum wbt,

Sepatutnya entri ni Nurul update semalam kan sebab semalam hari Jumaat. Tapi tak sempat pulak nak update semalam. So Nurul gantikan untuk update hari ni ye. ^^




Setiap hari Jumaat, kita digalakkan untuk membaca Surah Al-Kahfi. Kenapa kita disuruh untuk membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat? Sebab Surah Al-Kahfi ni utamanya adalah untuk melindungi kita daripada fitnah Dajjal.


Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam bersabda,

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ قُبِضَ وَفِيهِ النَّفْخَةُ وَفِيهِ الصَّعْقَةُ

"Sesungguhnya di antara hari kalian yang paling afdhal adalah hari Jum'at. Pada hari itu Adam diciptakan dan diwafatkan, dan pada hari itu juga ditiup sangkakala dan akan terjadi kematian seluruh makhluk...." (HR. Abu Dawud, an Nasai, Ibnu Majah, Ahmad dan al Hakim dari hadits Aus bin Aus)



3 KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI

1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak, dari kaki hingga ke langit.

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

"Barangsiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, makan akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, disahihkan Al-Albani)



2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

"Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat." (Hadis riwayat Ibnu Umar dalam at-Targhib wa al-Tarhib)



3. Diselamatkan dari fitnah Dajjal

Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam'an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda,

"Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi."


"Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal." (HR. Muslim)


Imam Nawawi berkata,


"Sebabnya, kerana pada awal-awal surah al-Kahfi itu terdapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal."


Demikian juga pada akhirnya, iaitu firman Allah :

"Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka (dapat) mengambil hamba-hambaKu menjadi penolong selain Aku?..." (Al-Kahfi : 102)



So, inilah dia serba sedikit kelebihan Surah Al-Kahfi. Semoga kita semua terhindar daripada fitnah Dajjal. Jom kita sama-sama baca Surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat ^^


6 comments:

  1. Perkongsian menarik, harap ia nya jd amalan yg berterusan & moga Allah sentiasa lindungi umatnya dari fitnah Dajjal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. semoga umat Islam terhindar daripada fitnah Dajjal.

      Delete
  2. kalau tak mampu nak habiskan 1 surah, boleh baca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir surah al-Kahfi

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D