PENYELESAIAN MASALAH SENGGUGUT - Syahirah Valiant

February 11, 2017

PENYELESAIAN MASALAH SENGGUGUT



Assalammualaikum wbt,


Benda ni bukan boleh buat lawak wei ! Kalau perempuan dah datang bulan memang kena tatang sebaik mungkin. Sebab sekejap je moody akan tunggang-terbalik dan yang jadi mangsa adalah orang yang disebelahnya. Hahaha. Bunyi macam kejam kan? Tapi itulah hakikatnya. Mood tengah tak stabil time tu.

Bukanlah kerana period tu sendiri, tapi kerana simptom yang berada bersama-sama ketika didatangi darah tu yang boleh buat hidup sedikit terseksa dan hanya yang melaluinya tahu akan azabnya macam mana. Serious sakit >.<




APAKAH ITU PMS ?

PMS tidak semestinya senggugut tau. Tapi ia adalah kumpulan simptom yang berkait dengan kitaran haid kita. Bergantung kepada individu. Ada yang mengalami simptom seminggu dua sebelum hari kedatangan haid dan ada pula yang betul-betul ketika haid.


Tahap azab tu juga berbeza ikut orang dan masa. Ada yang sikit-sikit je rasa sakitnya. Ada yang sampai tertonggeng sebab sakit. Serious ni. Salah satunya Nurul. Memang seksa sangat2. Kadang-kadang tak tahan dia tu sampai menangis. Dan yang paling teruk ada yang sampai pengsan.



TANDA ANDA MENGALAMI PMS

Dulu dekat sekolah macam ni, kalau ada jerawat yang timbul confirm kawan akan tanya, "engkau period eh?" Hahaha. Yang tak boleh tahan bila jerawat tu punya la besar sampai letak oxy pun tak boleh nak cover. 

Ni antara tanda-tanda yang lain. Mungkin korang ada yang alaminya :

  • Keletihan yang amat sangat
  • Sukar untuk tidur
  • Kepala pening
  • Sembelit
  • Asyik nak mengunyah je atau mengidam makanan tertentu (Nurul kalau dah mengidam ibu kata mengalahkan orang pregnant. Hahaha ^^ )
  • Mood swing (ni memang benda WAJIB)
  • Kesukaran untuk fokus pada suatu perkara

Sebenarnya tak elok biarkan senggugut ni berlarutan. Sebab diri kita yang terseksa.



PUNCA-PUNCA PMS

Punca yang Nurul akan senaraikan ni mengikut pada pembacaan Nurul. Kalau korang nak tambah boleh la inform Nurul ye.

  • Perubahan jumlah hormon dalam tubuh
  • Tekanan psikologi (kemurungan, kesedihan, stress)
  • Kekurangan vitamin dan mineral
  • Pengambilan kafein yang banyak sehingga menganggu mood dan tenaga


PENYELESAIAN PMS

Seeloknya korang jumplah doktor untuk selesaikan masalah ni. Memang tak elok dibiarkan sebab orang kata boleh buatkan kita sukar nak mengandung. Kesahihan dia Nurul tak tahu la sampai mana. Kita just sediakan payung sebelum hujan la ye :)



TIPS DARI NURUL

Sekarang kan dah pakai bag charge yang panas tu. Nurul tak tahu la apa namanya. Hehehe. Korang boleh beli bag tu. Tak mahal pun. Rasanya tak cecah RM20 pun. Nak murah lagi boleh beli dekat GM KLANG . Nurul guna ni je senang. Charge dan boleh digunakan. In Sha Allah akan rasa lega.

Dan, Korang boleh consume GLA COMPLEX untuk meredakan senggugut dan PMS korang.



Untuk pembelian :

Whatsapp : 0173575871
Email : syahirahvaliant@gmail.com




ZIKIR !

Hehehe. Kadang-kadang kita lupa yang Allah akan bantu kita. Kalau korang tengah PMS ni, korang berzikir la eh. Bila kita tengah period ni memang banyak hasutan-hasutan jahat dan bukan-bukan ni.



Ok, setakat ni je la perkongsian Nurul. Semoga ianya bermanfaat untuk korang. Sebelum tutup website Nurul ni, ringan-ringankan tangan untuk komen dan KLIK TABUNG tau. ^^






Untuk pembelian Gla Complex, boleh klik gambar ni ye. Barang akan direct dari HQ ^^ *Right Clik + Open Link In New Tab*




8 comments:

  1. Seksa seksa.. pernah juga sampai pengsan huuu.. sekarang ni tak mana dah ada sekali sekala sakit sikit2 sakit banyak2 .. kira sakit la jugak kan.. tq atas info :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sakit sikit tu pun boleh dikategorikan sakit banyak.. most welcome awak :D

      Delete
  2. Alhamdulillah mai tak merasa sakit senggugut atau pms selama ni. Bersyukur dan simpati tengok kawan2 yang senggugut kronik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. nikmat yang Allah kasi untuk mai ^^

      Delete
  3. Ada kawan tu dalam sebulan mesti akan ada waktu yang dia tak datang kelas sebab senggugut teruk. huhu. Kesian jugak tengok, Tapi, betul sangat tips awak tu banyakkan zikir dan juga selawat, selain dari ubat-ubatan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kan.. memang seksa.. apa pun kita kena ikhtiar untuk elok. :)

      Delete
  4. Memang sakit..plg tak syok jika sakit tu datang waktu mmg kena kerja..coz x kerja org pejabat ingatkan saya suka2 cuti..Allah jer lah yang tau bagaimana saya menahann sakit ketika time kerja..nak nangis pun ader..ditmbh lg dgn kesejukan di opis tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. saya pun setuju.. lagi2 ada aircond.. memang sakitnye Allah je yang tak tahu.. kadang2 orang cakap sakit sikit je tu.. meh try rasa sakit sikit tu macam mana.. hahaha.. kekadang tu geram jugak :D

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D