JENIS-JENIS CINCIN KAHWIN - Syahirah Valiant

Latest

February 05, 2017

JENIS-JENIS CINCIN KAHWIN


Assalammualaikum wbt,


Walaupun Nurul pun tak tunang dan tak kahwin lagi. Merisik pun takde yang sudi lagi *hahaha*. Tapi maybe ni dapat membantu Nurul dan juga kawan-kawan pada masa akan datang. In Sha Allah.


Basicly, apa yang Nurul tahu akan dapat 3 jenis cincin daripada pihak lelaki. 


Merisik
Bertunang
Nikah


Hahaha, banyak giler. Tiga cincin ini merangkumi hanya 30%. Boleh lagi kalau nak tambah cincin anniversary pulak. *hohoho ~ Cincin dan perempuan takkan dapat dipisahkan :D Nurul pun memang hantu cincin. Gelang atau rantai memang tak pandang >.<"


Tapi ni semua bukanlah wajib. Just ikut adat dan rezeki masing-masing. Kalau si lelaki ada rezeki lebih sikit, apa salahnya kasi macam2 cincin kan. Hehehe ^^



CINCIN MERISIK


   


Cincin paling simple. Dipanggil cincin belah rotan. Tapi bukan diperbuat daripada rotan ye sayang2 semua. Jangan salah faham pulak tau. Tapi confirm majoriti tahu benda ni :D Biasanya orang suka beli cincin emas kuning kosong. Harga dalam RM100 lebih dah dapat. Jarang orang nak beli emas putih sebab cincin ni kosong. Nanti orang ingat awak bagi cincin silver pulak ^^






CINCIN BERTUNANG


   


Sesetengah orang tak nak bertunang, terus nikah je. Tapi betul jugak. Boleh la jimat mana yang patut. Biasanya orang akan beli cincin emas berbatu (diamond). Diamond tu biasanya kecik-kecik dan disusun sejajar. Cincin ni orang selalu panggil Eternity Ring. Sebab ada diamong so bolehlah pilih nak emas kuning atau emas putih. Tapi bagi Nurul, Nurul memang peminat emas putih. Hehehe. Harga ni up sikit dari RM500 - RM1.5k (bergantung jenis emas, berat dan diamond)





CINCIN NIKAH


     


Nama pun cincin nikah kan. Mestilah nak yang glamour2 gitu. Biasanya orang akan beli cincin emas berbatu satu & besar. Cincin ni biasanya orang panggil Solitaire Ring. Kebanyakan cincin nikah diperbuat dari emas putih. Emas kuning ada jugak, tapi design agak kurang menarik. Yes ! Memang pun. Nurul pernah jual cincin2 untuk hantaran apa semua ni. Dan customer lagi suka emas putih daripada emas kuning. Rekaan cincin nikah ni biasanya simple je sebab main focus dia adalah dekat diamond tu ^^




Haaaa ! tu la serba sedikit sharing daripada Nurul. Hope entri ni dapat membantu korang ye. Mana yang bakal jadi raja sehari tu, tahniah ! ^^ Selamat menempuh dunia baru ~  


*Nurul tak tahu bila* :p hehehe ^^

4 comments:

  1. Lain2 rupanya utk tunang nikah.hehe.
    Cik Renex pun tak tahu bila. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. In Sha Allah tak lama lagi tu ^^

      Delete
  2. hi follow sini #789 :)

    emas putih lg mhl drp emas kuning kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah.. kalau diikutkan emas putih lagi mahal :)

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D