DILEMA | BEKERJA ATAU BISNES?

By Nurul Syahirah - February 12, 2017




Assalammualaikum wbt,


Benda ni memang dah lama sangat Nurul fikir. Serious dalam dilema dan Nurul tak tahu nak buat keputusan apa. Sama ada buat pilihan berdasarkan apa kita suka ataupun ikut cakap parents. Tapi kalau ikut cakap parents, serious kerja tu Nurul tak suka dan takde hati pun nak buat. Hurmmm ~


Sebenarnya Nurul dah lama fikir untuk buat bisnes dan taknak bekerja bawah orang. Kerja dekat ofis atau sebagainya. Nurul suka kerja yang ada berkaitan dengan marketing dan butik-butik. Tak tahu la kenapa minat cenderung ke situ padahal ambik course admin. Huhuhu. 


Nurul tak suka kerja bawah orang sebab Nurul paling pantang di arah. Entah perangai mana dia ikut. Hahaha. Tapi tu la hakikatnya. Sekarang Nurul tengah praktikal pun memang tak berapa kena dengan jiwa. Sebab tahu la jiwa Nurul ke arah bisnes. Nurul dah pernah cerita dekat ibu abah pasal ni. Abah akan sokong je apa Nurul buat selagi Nurul tahu mana buruk mana baik. Tapi ibu ~ Hurmmm. Ibu memang tak kasi Nurul bisnes full time dan suruh kerja bawah orang. Kadang-kadang diri ni nak je memberontak sebab pilihan yang kita nak tu tak dapat. 


Tapi bila Nurul fikir. Sampai bila Nurul nak macam ni. Sampai bila Nurul kerja tak rasa happy. Nurul nak cari rezeki tu ikut minat Nurul. Biar la Nurul cari pengalaman dulu. Ntah la. Jiwa serious tak masuk dengan ofis. Hahaha. Nurul lebih suka keluar cari customer. Nampak je Nurul pemalu. Yes, memang nampak je Nurul pemalu. Tapi kalau Nurul dapat customer, memang lancar je mulut ni nak berbicara. Hahaha ^^


Cuma apa yang Nurul mintak, Nurul nak sangat bekerja dalam keadaan yang Nurul suka dan tak mau dan takkan sesekali nak kerja under orang. Hurmmmm. Tak sukaaaaaa. Nak nangis pun ada kadang-kadang bila Nurul suarakan niat Nurul dekat ibu. Ni belum mintak kawen lagi. Hahaha. Harap sangat lembut la hati ibu tu untuk izinkan Nurul buat bisnes full time. Amin :D



Dan bagi korang macam mana? Cuba share sikit apa yang Nurul patut buat. Tengah blur dan tak tahu nak buat keputusan apa. Hurmmm ~

  • Share:

You Might Also Like

14 Comments