CARA TERBARU RENEW SSM

By Nurul Syahirah - February 13, 2017

Assalammualaikum wbt,


Alhamdulillah. SSM Nurul dah renew. Hahaha. Tarikh mati 9 Februari 2017. Tapi baru hari ni nak renew. Dan jeng jeng jeng. Kena kompaun engko. Hahaha. Bila tengok dekat mesin tu kena kompaun, dalam hati membebel je. Tak sampai sebulan lambat pun kena kompaun. Hahaha. Nasib kau la Nurul. Siapa suruh lupa tarikh mati SSM tu. Lepas ni memang Nurul kena catat dalam kalender 2018 dan tahun berikutnya. Sebab Nurul suka renew setahun-setahun. Karang renew bertahun bila da mati lagi la Nurul lupa. >.<"


Sekarang nak renew dah tak payah beratur panjang-panjang. Tapi bila awak nak daftar kena la tabah menghadapi barisan yang panjang tu ye. Hehehe. Sebab SSM sekarang guna mesin je untuk renew.



Ni mesinnye. First jumpa mesin ni Nurul dah cakap dalam hati, macam mana la nak guna ni. Hahaha. Abah pulak duduk dalam kereta. Kalau tak memang abah je yang buat. Hahaha. Anak manja betul :D Last-last nasib baik la ada pegawai SSM yang baik hati tolong Nurul. Alhamdulillah time Nurul pergi tu tak ramai orang. Guna mesin ni pun cepat je. Dokumen kita semua ambik dekat mesin tu je :D



By the way, nak bagitahu korang. Nurul selalu pergi pejabat SSM dekat Plaza Central Shah Alam. Bila datang je tengok2, eh, dah pindah la pulak. Time tu kelam kabut cari dekat mana bangunan baru dia. Hahaha. Melilau jugak nak cari Wisma Mais tu dekat mana. Korang faham2 la selok belok Shah Alam tu macam mana kan.




Bangunan baru dia warna hijau. Lagi cantik dari tempat lama la. Hahaha. And lagi luas. Nampak formal gitu. Kesian abah kena pusing-pusing. Tu la. Kita nak drive sendiri risau sangat. Kan dah susahkan diri sendiri. Hahaha. Dari awal perjalanan sampai ke balik Nurul asyik bebel je dekat abah. Yela kan ~ Kita tak nak susahkan dia. Tapi perasaan parents kan, sentiasa risaukan anak dia. :D




Jeng jeng jeng ~ Alhamdulillah. SSM yang sudah sah diaktifkan. Yeahhhh !! Hahaha. Tak tahu la kenapa setiap kali Nurul renew SSM, memang rasa excited sangat. Tu belum tengok pengalaman first Nurul dapat Sijil SSM ni :D Semoga Allah permudahkan semuanya. Amin :D

  • Share:

You Might Also Like

10 Comments