ALLAH GERAKKAN HATI KITA

Wednesday, February 08, 2017

islam and muslim image


Assalammualaikum wbt,


Allah gerakkan hati Nurul ....,


Untuk merindui arwah Haikal. Siapa tu arwah Haikal? Nurul pernah update dekat blog siapa dia dan kenapa dia pergi untuk selama-lamanya. Tapi Nurul delete post tu sebab bila baca je memang mental breakdown.


Sekian lama. Tersangat lama Nurul rasakan pemergian arwah. Dah hampir 2 tahun lebih. Alhamdulillah, Nurul dapat bangun sikit-sikit walaupun dulu memang Nurul rasa Nurul hampir gila. Serious Nurul cakap.


Arwah Haikal merupakan seorang lelaki yang tersangat baik yang pernah Nurul jumpa. Perangai Nurul kadang2 memang melampau. Tapi arwah la satu-satunya lelaki yang boleh ubahkan Nurul dan faham Nurul selain abah Nurul sendiri. Arwah la dah banyak sangat bagi kata-kata semangat dekat Nurul untuk terus maju dan berjaya. Padahal Nurul tahu time tu dia memang takkan lama da dekat dunia ni. Sebab tu macam-macam yang dia pesan dekat Nurul. Tapi memang time tu Nurul paksa diri Nurul untuk percaya yang arwah akan selamat. 


Teringat masa dia pergi tu. Nurul memang tak sempat langsung jumpa dia sehinggalah arwah dah selamat dikebumikan. Raut wajah arwah memang Nurul tak dapat tengok untuk kali terakhir. Sebab time tu Nurul ada dekat asrama dan exam TAK HABIS LAGI!!! Time tu memang serious down habis-habis dan rasa tak nak buat apa2 time tu. Pada malamnya, setiap kali Nurul nak belajar, mesti dia yang akan temankan. Macam budak-budak kan? Hehehe ~ Tapi tu la rutin kitaorang hari-hari. Tanpa rasa jemu dan bosan.


Bila dah takde tu memang rasa kehilangan sangat-sangat. Seorang remaja lelaki yang berumur 18 tahun kena kuat hadapi penyakit kanser. Nurul rasakan yang arwah kuat untuk bangkitkan Nurul dan bila dia nampak Nurul dah kuat, masa tu la arwah pergi. Haihhh ~ Sedih bila teringat balik dan malam ni tak tahu kenapa Nurul teringat dekat arwah.


*Menitik air mata saat menaip entri ni* Hahaha ~ Nampak tak. Sensitif sangat bila sentuh bab ni. Tapi tu la hakikatnya. Takdir tetap takdir dan kita kena terima dengan redha. Setiap kali lepas Nurul solat, apa yang selalu Nurul mintak, Biarlah Nurul pergi dulu sebelum orang-orang yang Nurul sayang pergi. Hehehe ~ Sebab tak sanggup rasa kehilangan tu lagi. Serious tak sanggup.




Muhd Haikal Hisham b. Abdullah, Al-Fatihah


Image result for al-fatihah

You Might Also Like

0 Comments

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Like us on Facebook

Total Pageviews

Follow by Email