7 TIPS BISNES SHAKLEE INCOME 3-5 ANGKA - Syahirah Valiant

Post Top Ad

February 27, 2017

7 TIPS BISNES SHAKLEE INCOME 3-5 ANGKA



Assalammualaikum wbt,


Zaman serba memerlukan duit, ramai yang buat keputusan untuk buat side income sambil-sambil tengah bekerja. Suri rumah tangga malah students pun ramai yang dah buat side income untuk tambah pendapatan. Tambah-tambah lagi musim GST ni, apa yang perlu dibayar dah jadi berganda-ganda. Betul tak? Tuntutan kewangan semakin meningkat. Kalau masih lagi rasa selesa dengan pendapatan yang sedia ada, mungkin keselesaan itu takkan bertahan lama. Bukan apa. Dengan masalah ekonomi sekarang yang membuatkan korang akan rasa macam tu.


Yang berfikir jauh ke depan sikit, mungkin dah mula mencari sumber side income, bisnes apa nak buat dan sebagainya. Tak kisah la apa, asalkan sesuatu yang korang minat dan bertahan lama. Mana la tahu bisnes yang korang buat secara kecil-kecilan adalah bekalan korang saat memerlukan. Sediakan payung sebelum hujang ye sayang-sayang semua.






Sekarang ni Nurul nak share something yang membuatkan korang rasa macam WOW !!! Hehehe ~ Nurul sebenarnya dah berjinak-jinak dalam bidang bisnes ni hampir 2 tahun lebih. Alhamdulillah, dengan minat yang ada Nurul dapat bertahan sampai sekarang walaupun ianya sangat2 susah. Tapi yang penting, kena la usaha dan sentiasa berdoa. Tapi selama 2 tahun lebih tu Nurul selalu bertukar-tukar bisnes produk sebab tak nampak apa yang sesuai dengan diri Nurul. 


Tapi ........


Selepas Nurul sah menjadi agent Shaklee, Nurul rasa, ni diri aku. Yes ! Memang betul. Kita nak jadi agent shaklee ni memang mudah. Tapi dalam perkara mudah tu la sebenarnya kita kena banyak belajar. Nurul pun suka sangat belajar benda baru. Tu yang Nurul beranikan diri untuk menjadi agent Shaklee. Nurul jadi agent Shaklee pun baru je sebulan. Tapi semangat yang ada tu yang membuatkan Nurul suka produk dan bisnes ni ^^


Bisnes Shaklee adalah bisnes yang kurang modal. Kebanyakkan bisnes modal sampai beratus-ratus kan? Ada yang beribu-ribu. Tapi semua tu semata-mata modal dan takde tenaga pengajar pun. Takde sesiapa yang membimbing. Tapi, dengan menjadi agent Shaklee, Nurul cuma keluarkan modal sebanyak RM68.90 SAHAJA !!! Sikit je kan modalnye. Yes, memang sikit dan apa yang kita dapat tu banyak. Terlalu banyak. Kita ada master dan leader yang boleh mendorong dan mencurahkan ilmu yang ada.


REWARD DARIPADA SHAKLEE :

  • Free trip luar negara
  • Car bonus
  • Bonus setiap bulan


Nurul taknak cerita panjang apa yang Nurul dah dapat melalui Shaklee ni, tapi sekarang ni Nurul nak share proses dan tips macam mana Nurul boleh dapat apa yang Nurul nak melalui Shaklee ^^ Memang bukan senang tau nak dapat semua tu. Tapi percayalah, dengan adanya ilmu dan usaha, In Sha Allah, Allah akan tolong dapatkan apa yang kita nak ^^


Tidak semua mentor boleh ajar cara betul untuk berjalan, apa tah lagi untuk berlari. Ada yang disuruh jual product tak sudah-sudah tapi tak tahu cara macam mana nak menjual, tak tunjuk cara. Kalau yang memang dah jenis berbisnes tu memang no hal la, kadang2 lebih advance dari mentor. Tapi kalau yang memang nak berjinak-jinak, macam mana? Kesian dekat diri sendiri k. Pastikan pilih mentor yang betul.




KENA FAHAM PASAL SYARIKAT, APA YANG SYARIKAT TAWARKAN

Maka bisnes manual penting, mentor pun penting. Tak semua dari kita suka nak baca apa yang ditulis dalam buku manual biz, jadi jangan la segan untuk bertanya mentor. Nak income cepat, cari mentor cepat-cepat dan korek ilmu. Yang basic WAJIB TAHU.




HANYA BERMULA DENGAN SHARING

Jika sebelum ni awak pengguna, sangat la mudah. Dengan menggunakan konsep sharing, hanya share sahaja apa product yang diguna. Share kebaikan dan kesan yang dirasa. Apa perubahan positif yang dah berlaku. Share dari hati tau. Tak mau tipu-tipu. Nak share dekat mana? Kita ada banyak medium online dan offline. Kalau online di blog, fb, instagram. Kalau offline, di ofis, dengan jiran sebelah rumah dan sebagainya.




BISNES SHAKLEE ADALAH BISNES ILMU

Peluang akan datang lebih banyak jika kita willing untuk gali dan korek ilmu. Kata lain, kena rajin membaca sikit ye. Rajin juga hadir majlis ilmu, kelas nutrisi, kelas marketing dan banyak ruang berkaitan dengan bisnes. Buat tanpa ilmu ibarat buat benda sia-sia yang boleh menyebabkan kita give up dan berhenti separuh jalan. Jadi, tak boleh malas-malas tau.




BERTINDAK

Banyak pergi kelas tapi balik kelas tak buat apa-apa pun tak guna jugak. Sebab ilmu tak diapply. Bila tak apply, hasilnya memang nothing la. Jadi kena terus apply. Just do it ^^ Kita takkan tahu ilmu tu berkesan atau tidak kalau tak buat apa-apa. Dalam bisnes network ni, kita ada ramai insan-insan yang sudi berkongsi. Kalau rasa masih tak yakin untuk buat sorang-sorang, cari kawan. Cari sideline untuk sama-sama buat dan sama-sama menyokong. Yang penting jangan harapkan orang lain buat untuk kita. Tiada istilah ini dalam bisnes Shaklee.




TANAMKAN DALAM DIRI UNTUK TOLONG ORANG LAIN DALAM ORGANISASI

Ada satu pepatah mengatakan, kalau kita nak berjaya, buat orang lain berjaya dan kita akan dapat apa yang kita nak. Makna kata, walaupun ada seorang downline di bawah kita, buat bersama-sama supaya dia juga boleh buat macam apa yang kita buat. Amanah ni walau nampak macam berat, tapi percaya lah berapa banyak ladang pahala yang boleh dibesarkan dengan mengajar orang lain ke arah kebaikan. Ilmu tu akan diajar pula pada orang lain.




JANGAN BERHENTI

Berhenti sekejap, boleh merosakkan mood selama-lamanya. Perangai manusia ni kalau kita stop, bila nak mula balik tu memang payah. Walau apa pun yang berlaku, jangan sesekali stop dan teruskan usaha awak. Jangan mengalah ye. Walaupun setiap kali kita sharing tu takde respon, jangan mengalah. Maha Pencipta takkan sesekali sia-siakan usaha kita walau bertahun-tahun sekalipun. The Power Of Sabar.




DEKATKAN DIRI DENGAN PENCIPTA

Yang ni memang tak boleh lari. Setiap usaha kita ada yang memberi dan Si Pemberi yang Maha Agung adalah Allah. Tidak akan bergerak satu zarah pun tanpa izinNya. Jadi penting untuk berkasih dan bercinta dengan yang Maha Memberi. Bukan sebab usaha kita, bukan sebab kepandaian kita, kita dapat hasil semua tu. Itu semua asbab dari usaha. Yang meluluskan segala permohonan kita adalah Allah. 






Itulah dia tips ringkas daripada Nurul. Pastikan ikut semua tips ni, In Sha Allah, apa yang awak nak awak akan dapat berlipat kali ganda. Amin


Nurul ada bukak peluang bisnes kepada sesiapa yang berminat untuk join family Shaklee. Nurul akan guide sampai korang berjaya ^^



SEBARANG PERTANYAA BOLEH HUBUNGI NURUL YE


SID NURUL (1250877)

WHATSAPP : 017-3575871

FACEBOOK : NURUL SYAHIRAH



No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad