TIPS | TRAVEL UNTUK NEWBIES

Tuesday, January 03, 2017



Assalammualaikum wbt,

Ramai yang suka travel kan? Tak kira lelaki ataupun perempuan. Ada yang suka dengan keluarga, travel dengan buah hati dan ada jugak sesetengah orang yang suka travel sorang-sorang. Macam Nurul, Nurul teringin nak travel sorang-sorang sebab boleh tenangkan fikiran. Takde gangguan sape-sape pun ^^ 

Sebelum travel tu, mesti korang ada buat preparations kan? Yela ~ Tak nak susah time nak travel tu. Keperluan yang mencukupi kena bawak dan kena ada pengetahun tentang tempat yang kita pergi tu. Sikit pun jadi lah supaya kita tak terkial-kial nanti. Lagi2 untuk siapa yang suka travel sorang tu. Perlukan keperluan yang sangat-sangat mencukupi.



Ni Nurul share kan something tips yang sangat berguna untuk korang yang baru nak start pergi travel ^^ Keep reading ~



1. Pilih Negara - Pilih yang dekat dahulu
Sesetengah orang tak yakin nak pergi jauh-jauh. Lagi2 kalau travel sorang. Sebab yela kan ~ Mungkin baru pertama kali buat passport, pertama kali naik kapal terbang dan pertama kali nak pergi travel. So jalan mudah, korang pilih negara yang dekat-dekat dulu. Cari pengalaman. Nanti dah tahu boleh la pergi negara yang jauh-jauh pulak.



2. Rancang Awal Untuk Membeli Tiket Kapal Terbang


Haaaa ! Yang ni memang ibu Nurul selalu buat ^^ Ibu pun selalu pesan dekat Nurul. Kalau nak pergi travel, pergi beli tiket time syarikat penerbangan buat promosi. Hahaha ~ Rare betul ibu aku ni. Tapi betul la kan. Dapat la kita save budget. Kadang-kadang kan Air Asia ada buat promosi tiket 10 sen. Ibu Nurul pernah grab tiket ni untuk 1 keluarga. Takpe beli tiket awal-awal. Karang dah mahal menangis pulak tak dapat pergi travel. :)



3. Sediakan Itinerary
Ok, yang ni memang korang disarankan buat sebab nanti korang punya perjalanan akan jadi lebih teratur. Takde la kelam kabut sangat. Dan korang dapat rancang perjalanan korang dengan sebaiknya. Sekaligus korang boleh travel banyak tempat time tu. ^^



4. Buat Kajian Tentang Makanan Halal Tempatan


Sebagai umat Islam makanan ni merupakan benda sensitif untuk kita. Yela kan ~ Apa yang kita makan kena jaga supaya sentiasa bersih. So korang kena kaji sikit pasal tempat yang korang nak travel tu dekat mana ada makanan halal. Make sure betul2 halal ye :)



Ok, Ni la serba sedikit perkongsian yang tak seberapa daripada Nurul. Semoga bermanfaat untuk korang ye. Yang nak bercadang pergi travel tu, cer share sikit nak pergi mana dekat komen ^^

You Might Also Like

9 Comments

  1. Saya selalu jugak beli ticket last minute, mahalll! Betul tu, better beli awal awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tahu takpe.. so lepas ni jangan ambik risiko beli tiket lambat.. ^^

      Delete
  2. haih terasa nak travel pulak baca tips2 ni.

    great tips, thanks for sharing!

    ReplyDelete
  3. Kalau nak pergi travel sorang-sorang kena make sure negara yg kita nak pergi tu selamat untuk backpackers wanita lah, hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa.. yang tu pun penting.. lagi2 wanita ^^

      Delete
  4. gud luck utk newbies traveller..be wise traveller harapnya

    ReplyDelete
  5. Betul tips tu beli tiket masa promosi lg jimat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tahu takpe ^^ memang berpusu-pusu rebut peluang bila ada promosi..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Suscribe Us