TIPS | SEBAB-SEBAB ORANG LAIN TAK NAK KOMEN ENTRI AWAK

By Nurul Syahirah - January 01, 2017



❤ .. Salam Sayang Semua .. ❤

Jom Nurul sharekan something dengan korang.

Entri blog asyik sendu je? Takde orang komen? Pernah tak korang terfikir kenapa boleh jadi macam tu? Haaaa ! Tak pernah??!!

Takpe2, kali ni Nurul sharekan apa sebabnya ye. Semoga bermanfaat ^^


TULISAN ENTRY ANDA
Cuba korang tengok tulisan entry korang macam mana. Adakah herot belah sini, herot belah sana? Ataupun terlampau kecik sangat sampaikan orang yang membaca pun naik juling. Ataupun tulisan tu besar sangat sampai orang kena scroll banyak sangat cuma untuk baca 1 baris? Pastikan korang guna font yang boleh orang lain faham tau. ^^


COMMENT (FULL PAGE / EMBEDDED BELOW POST)
Ni lagi satu. Cuba korang klik HOME Nurul. Then klik bahagian komen. Dia akan keluar kotak komen kan? Itu la dinamakan Pop-up Window . Kalau korang buat macam tu, baru lah ramai orang akan komen entry korang tu. Sebab "cepat" dan "pantas". 


JANGAN BUAT "WORD VERIFICATION"
Alamak ! Korang tahu kan apa tu word verification? Mesti korang tahu la. Alaaaa, yang  kita kena isi kod perkataan tu before nak submit komen. Huhuhuhu ~ please la hilangkan benda tu. Orang malas tau nak komen sebab kena tunggu and lambat.

Tak tahu macam mana caranya? Meh Nurul ajar ye ^^

1. Dashboard > Setting > Comment
2. Scroll ke bawah. Cari Show Word Verfication. Tick "NO"
3. Jangan lupa SAVE pulak ye ^^


TULIS ENTRY YANG MENARIK
Yang ni ramai tak tahu dan takde idea macam mana nak tulis entry yang menarik kan? Takpe, korang kena banyak membaca baru tahu macam mana cara penulisan yang baik. Jangan lah terlalu formal sebab orang pun tak suka baca yang formal sangat. Just perkataan-perkataan yang santai pun sudah memadai. Nanti tak mustahil orang lain akan baca dan secara automatiknya diaorang akan komen entry tu :D


SELALU KOMEN ENTRY BLOGGERS LAIN
Yang ni Nurul suka sangat buat. Baru la blogger lain tahu kewujudan blog kita tu. Dan orang lain pun akan anggap kita ni friendly. Sebab tu Nurul kata kena banyak membaca supaya korang boleh asah lagi penulisan korang tu. Cuba hayati macam mana bloggers lain buat entri :) So rajin-rajin la komen entry diaorang ye ^^



Setakat ni sahaja perkongsian Nurul. Semoga bermanfaat ^^

Rajin-rajinkanlah sedekah kan komen korang dekat bawah ye :D


Sincerely,
Nurul ❤

  • Share:

You Might Also Like

34 Comments