TIPS KECANTIKAN | MEMILIH FOUNDATION YANG PALING TEPAT UNTUK KULIT - Syahirah Valiant

January 30, 2017

TIPS KECANTIKAN | MEMILIH FOUNDATION YANG PALING TEPAT UNTUK KULIT

Assalammualaikum wbt,

PEREMPUAN, kalau perempuan dengan makeup memang tak dapat dipisahkan kan ^^ Ada sesetengah yang suka makeup, ada yang tidak. Tapi melalui survey Nurul, memang majoriti girls suka sangat makeup termasuk la diri penulis ni. Hehehe :D


Kalau makeup memang tak dapat dipisahkan dengan foundation kan? Yes ! Nurul memang suka pakai foundation sebab dapat tutup segala anak2 buah dekat muka ni. Hahaha >.<" Kadang2 orang tak tahu nak pilih foundation yang sesuai macam mana. So lepas ni tak yah risau2 lagi ye. Sini Nurul sharekan sedikit tips yang Nurul pernah belajar :D



makeup_foundation


TANGGAPAN YANG SALAH #1 :

Haihhh, kebanyakan wanita telah mempercayai konsep atau teori yang SALAH mengenai foundation atau bedak asas muka ni. Untuk pengetahuan semua, fungsi sebenar foundation BUKANLAH untuk buat kulit kita FLAWLESS ok? Tapi lebih tepat lagi adalah berfungsi untuk meratakan tona kulit kita.


TANGGAPAN YANG SALAH #2 :

Tanggapan kedua yang sering kita salah faham ialah kita anggap foundation ni berfungsi untuk mencerahkan kulit. Ishhh, bukanlah sayang2 semua. 




found


TIPS 1 : KENAL PASTI KEADAAN KULIT MUKA ANDA !

Ada yang main taram je beli foundation. Jangan lah bila kita tengok orang lain pakai lawa, kita beli tanpa usul periksa. Keadaan biasa bagi wanita Malaysia adalah kulit normal, kering dan berminyak. Tak lupa jugak kulit sensitif. Bagi mereka yang kulitnya normal tapi cenderung kering, pilihan foundation yang berasaskan minyak, manakala kulit normal yang cenderung berminyak, pilih berasaskan air. Bagi yang kulit sensitif pula, minta nasihat pakar sebelum mencuba sesuatu produk. 




foundation-color-comparison


TIPS 2 : CUBA FOUNDATION DI KAWASAN YANG BETUL !

Nurul tengok ramai orang cuba foundation kat belakang tapak tangan. Hahaha. Salah tau sayang2 semua. Belakang tapak tangan kita tu TAK SAMA dengan muka. So kawasan yang betul nak cuba foundation ialah di pipi, dekat area rahang tu haaa. Tengok gambar contoh tu. Kita calitkan ketiga-tiga tona tu dan tengok yang mana "paling serupa" atau "paling masuk dengan warna kulit"





TIPS 3 : AMBIL BERAT MENGENAI USIA ANDA 

Jika usia semakin meningkat, garis-garis halus atau kedutan akan mula kelihatan. Tapi kan sekarang ni Nurul tengok kita yang muda ni pun dah mula ada garis-garis halus tu. Tidaakkkkk ! Menurut apa yang Nurul belajar, jenis foundation yang sesuai untuk menutup garis-garis halus adalah foundation jenis cream atau mousse.





TIPS 4 : KENAL PASTI TONA KULIT ANDA YANG PALING TEPAT ! 

Sekarang ni kan ada pengukur kecerahan. Tapi diingatkan sekali lagi bahawa foundation ni bukannya untuk mencerahkan kulit tapi lebih kepada meratakan tona kulit. Jadi, janganlah korang saje-saje pergi beli foundation dengan tona lebih cerah pula. Serious pelik >.<"






TIPS 5 : PASTIKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN FOUNDATION DENGAN AKTIVITI HARIAN ANDA !

Kalau anda jenis yang bekerja di bawah terik matahari atau selalu keluar, pilih foundation yang ada SPF dan pelindung suria. Dah banyak dekat pasaran foundation atau BB Cream yang ada SPF. Kalau jenis yang bekerja dalam tempat aircond, pilih foundation sun screen dengan SPF tinggi.




So ini sahaja perkongsian untuk kali ni. Jika awak rasa perkongsian kita ni bagi manfaat dekat awak, cer komen sikit :D 



6 comments:

  1. huhu kebanyakkan org mmg fikir foundation utk memutihkn muka,harap2 mereka akan cpt sedar fungsi sbenar foundation..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kan.. sebenarnye foundation ni lagi cantik kalau pakai ikut tone kulit kita ^^

      Delete
  2. tq 4 sharing..ramai tol share psl tips kecantikn nie..rsanya bleh la berjinak2 dh nie ngn mekap..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. best tau sebenarnye makeup ni.. kalau dah siap memang puas hati giler.. try la ^^

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D