MEET MY GENDUT - Syahirah Valiant

Post Top Ad

January 02, 2017

MEET MY GENDUT

❤ .. Salam Sayang Semua .. ❤

Memandangkan hari ni Nurul rindu sangat dengan gendut Nurul tu. So nak buat entry pasal dia la. 

By the way, siapa GENDUT tu? Hehehe. Nama dia sebenarnye MIKA. tapi disebabkan dia tu gemok sangat, Nurul pun panggil la gendut. Kadang-kadang panggil gendut pun dia pandang kita ^^






Ini lah dia si gendut Nurul. Geram tengok perut dia tu. First2 jumpa dia dalam longkang. Tak tahu la mak dia dekat mana. So kitaorang 1 family decide nak jaga sebab memang tinggal nyawa-nyawa ikan je time tu. Sangat-sangat kesian.

Baby meow kan kena minum susu ibu dia baru dia gemok kan. Tapi mika tak. Kitaorang kasi minum susu meow dalam botol. Sebab terpaksa. Tu je la caranya. Kadang-kadang kesian jugak sebab kurus je dia ni. Sampai satu tahap Nurul pun menangis tengok dia time kecik. Nampak sangat nazak.

Mana taknya, dia tak minum susu ibu mula dia lahir tu. Tak tahu mak dia dekat mana. Ibu Nurul pun sanggup belikan vitamin yang mahal-mahal untuk dia sebab memang dah sayang giler. Lama-lama kitaorang jaga ....... Jeng jeng jeng !! Tu haa hasilnya. Hehehe. Nurul suka sangat tengok dia yang sekarang. Nampak tersangat la sihat.



Dia ni tak boleh nak bawak main sangat. Maunya dia ngap tangan kita. Cepat aje dia nak tangkap. Hobi dia ni suka tangkap LIPAS & LALAT. Sumpah kelakar time dia nak tangkap benda2 tu. Dengan tikus dia tak nak tangkap pulak. 

Gendut ni selalu sangat kejut kitaorang 1 family bangun subuh kalau tak bangun lagi. Hahaha. Bijak betul dia ni. Kadang2 kalau kitaorang tak bangun memang dia gigit hidung kitaorang *ingat mulut tu wangi ke* Hahaha. Tapi bagus la. Banyak-banyak meow Nurul jaga, MIKA ni paling Nurul sayang.

Sekarang ni dia dekat Vet pulak sebab tengah proses nak pregnant kan dia. Hehehe ^^ Dapat baby cepat2 tau. Tak sabar ni ^^ So minggu depan dah boleh ambik dia. Yeahhhh ! :D



Ni sahaja perkongsian Nurul. So meet my gendut, mika ^^

Cuba komen siapa yang suka kucing ❤







Sincerely,
Nurul ❤

2 comments:

  1. Comelnyaaaa!! Kucing kita pun ade sekor nama gendut.. Warna bulu lebih kurang sama and my pet tu, vet pernah cakap, "dia ni gemuk sangat sampai warna bulu makin pudar" padahal tu memang her color. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. mesti comel meow awak.. try share sikit entri nanti tau ^^

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad