January 2017 - Syahirah Valiant

January 30, 2017

TIPS KECANTIKAN | MEMILIH FOUNDATION YANG PALING TEPAT UNTUK KULIT

Monday, January 30, 2017 6
TIPS KECANTIKAN | MEMILIH FOUNDATION YANG PALING TEPAT UNTUK KULIT
Assalammualaikum wbt,

PEREMPUAN, kalau perempuan dengan makeup memang tak dapat dipisahkan kan ^^ Ada sesetengah yang suka makeup, ada yang tidak. Tapi melalui survey Nurul, memang majoriti girls suka sangat makeup termasuk la diri penulis ni. Hehehe :D


Kalau makeup memang tak dapat dipisahkan dengan foundation kan? Yes ! Nurul memang suka pakai foundation sebab dapat tutup segala anak2 buah dekat muka ni. Hahaha >.<" Kadang2 orang tak tahu nak pilih foundation yang sesuai macam mana. So lepas ni tak yah risau2 lagi ye. Sini Nurul sharekan sedikit tips yang Nurul pernah belajar :D



makeup_foundation


TANGGAPAN YANG SALAH #1 :

Haihhh, kebanyakan wanita telah mempercayai konsep atau teori yang SALAH mengenai foundation atau bedak asas muka ni. Untuk pengetahuan semua, fungsi sebenar foundation BUKANLAH untuk buat kulit kita FLAWLESS ok? Tapi lebih tepat lagi adalah berfungsi untuk meratakan tona kulit kita.


TANGGAPAN YANG SALAH #2 :

Tanggapan kedua yang sering kita salah faham ialah kita anggap foundation ni berfungsi untuk mencerahkan kulit. Ishhh, bukanlah sayang2 semua. 




found


TIPS 1 : KENAL PASTI KEADAAN KULIT MUKA ANDA !

Ada yang main taram je beli foundation. Jangan lah bila kita tengok orang lain pakai lawa, kita beli tanpa usul periksa. Keadaan biasa bagi wanita Malaysia adalah kulit normal, kering dan berminyak. Tak lupa jugak kulit sensitif. Bagi mereka yang kulitnya normal tapi cenderung kering, pilihan foundation yang berasaskan minyak, manakala kulit normal yang cenderung berminyak, pilih berasaskan air. Bagi yang kulit sensitif pula, minta nasihat pakar sebelum mencuba sesuatu produk. 




foundation-color-comparison


TIPS 2 : CUBA FOUNDATION DI KAWASAN YANG BETUL !

Nurul tengok ramai orang cuba foundation kat belakang tapak tangan. Hahaha. Salah tau sayang2 semua. Belakang tapak tangan kita tu TAK SAMA dengan muka. So kawasan yang betul nak cuba foundation ialah di pipi, dekat area rahang tu haaa. Tengok gambar contoh tu. Kita calitkan ketiga-tiga tona tu dan tengok yang mana "paling serupa" atau "paling masuk dengan warna kulit"





TIPS 3 : AMBIL BERAT MENGENAI USIA ANDA 

Jika usia semakin meningkat, garis-garis halus atau kedutan akan mula kelihatan. Tapi kan sekarang ni Nurul tengok kita yang muda ni pun dah mula ada garis-garis halus tu. Tidaakkkkk ! Menurut apa yang Nurul belajar, jenis foundation yang sesuai untuk menutup garis-garis halus adalah foundation jenis cream atau mousse.





TIPS 4 : KENAL PASTI TONA KULIT ANDA YANG PALING TEPAT ! 

Sekarang ni kan ada pengukur kecerahan. Tapi diingatkan sekali lagi bahawa foundation ni bukannya untuk mencerahkan kulit tapi lebih kepada meratakan tona kulit. Jadi, janganlah korang saje-saje pergi beli foundation dengan tona lebih cerah pula. Serious pelik >.<"






TIPS 5 : PASTIKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN FOUNDATION DENGAN AKTIVITI HARIAN ANDA !

Kalau anda jenis yang bekerja di bawah terik matahari atau selalu keluar, pilih foundation yang ada SPF dan pelindung suria. Dah banyak dekat pasaran foundation atau BB Cream yang ada SPF. Kalau jenis yang bekerja dalam tempat aircond, pilih foundation sun screen dengan SPF tinggi.




So ini sahaja perkongsian untuk kali ni. Jika awak rasa perkongsian kita ni bagi manfaat dekat awak, cer komen sikit :D 



January 28, 2017

SAYU ~

Saturday, January 28, 2017 2
SAYU ~


Assalammualaikum wbt,

Hurmmmm. Sayu sangat hati ni bila baca ni. Esok birthday Nurul tapi ibu abah jauh di perantauan mengerjakan ibadah umrah. Tak pernah rasa macam ni.

Rupanya dekat sana cepat 1 hari. Alhamdulillah ~ Terima kasih ibu sebab sudi lahirkan anak mu yang nakal + manja giler ni. Hehehe. Terima kasih abah sebab mencari nafkah untuk kita sekeluarga. Haihhh ~ Nak nangis rasanya :'( Serious rindu ibu abah. Anakmu di sini mampu kirimkan rindu melalui doa sahaja. Semoga Allah permudahkan perjalanan ibadah ibu abah di sana. Amin :*

SEGMEN ICE BREAKING BY MELLYA

Saturday, January 28, 2017 3
SEGMEN ICE BREAKING BY MELLYA
iceBreaking

> KLIK BANNER UNTUK JOIN <

Assalammualaikum wbt.

Meh kita ramai2 support segmen blogger kita yang cantik ni. Hehehe ~ Segmen yang lain daripada yang lain. :D


Facebook : Nurul Syahirah

Instagram Personal : Nurul Syahirah

Instagram Shades : Kaca Mata Murah

Twitter : Nurul Syahirah



Ok, itu sahaja perkongsian dari Nurul. And cita-cita paling besar Nurul nak jadi business woman satu hari nanti. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin :D

CONTEST | MENANGI PERCUTIAN KE SURIA RESORT

Saturday, January 28, 2017 52
CONTEST | MENANGI PERCUTIAN KE SURIA RESORT
contest menangi percutian ke suria resort

Assalammualaikum wbt,

Wahhhh ! Tahun baru dah ada CONTEST. Hehehe. Ni merupakan antara contest yang terbesar untuk blog syahirahvaliant.blogspot.com. Semoga korang semua sudi la untuk join ye. Hadiah yang sangat menarik menanti anda dan syarat yang sangat simple. Contest ni sponsored by Suria Resort Management Sdn Bhd. Pastikan awak2 semua jujur ye masa join :)




SYARAT SIMPLE :

1. Follow instagram SINI , SINI *wajib*

2. Follow blog SINI

3.  Buat 1 entri. Tempek banner di atas dan linkkan ke sini ye.

4. Dalam entri tu, buat 1 ucapan khas "kenapa anda nak bercuti di Suria Resort?" (Tidak melebihi 100 patah perkataan) *wajib*

5. Dah siap? Tempek link entri dalam komen ye. Good luck guys ! :)




DUE DATE : 1 FEBRUARI 2017

** Pemenang dipilih berdasarkan kreativiti ucapan **




REMINDER

Saturday, January 28, 2017 1
REMINDER

Assalammualaikum wbt,

Agak lama jugak kan Nurul tak update blog ni. Maklum la. Kekangan masa tak sempat nak update blog. Huhuhu ~ Time cuti2 macam ni baru la sempat nak mengupdate :D

Mungkin da ramai yang lupa kan. Sekarang ni Contest terbesar syahirahvaliant.com masih berjalan. Sempat lagi untuk korang join ^^




Haaaa ! Jangan lupa join tau. Banyak hadiah yang menarik menanti anda. Mana tahu ada rezeki menang percutian yang disponsor :D

January 21, 2017

SHOPEE MY | PLATFORM SHOPPING ANDA

Saturday, January 21, 2017 0
SHOPEE MY | PLATFORM SHOPPING ANDA

Assalammualaikum wbt,

Ok, Korang mesti pernah dengar kan pasal Shopee Malaysia ni.. Dah pernah try shopping dekat sini?? Haaa ! Belum? Ok, Kalau belum, Nurul memang recommend dekat korang untuk shopping dekat sini.. Kenapa? Sini Nurul bagitahu kelebihan Shopee ni ye..


Nurul memang banyak kali shopping dekat sini.. Harga pun lagi murah daripada kita shopping dekat ig atau fb.. Lepas tu siap ada Free Shipping.. Memang tak rugi.. Then lepas shopping kita akan dapat coins.. Coins tu kita boleh redeem untuk shopping barang lain..

Dekat sini pun ada barang yang harga RM1.. Serious tau.. Hehehe ^^ Senang je nak shopping dekat sini.. Siapa tak tahu boleh tanya Nurul ye.. Nurul akan ajarkan :D 


Sekarang kan ramai scammers dekat ig and fb.. Kadang2 barang tak sampai tapi duit dah lesap.. Kesian pada orang2 yang dah kena.. Haihhh ! Macam2 la dunia ni.. Dengan adanya Shopee, duit kita memang selamat.. Kita akan dapat barang dulu baru la seller dapat duit.. Citenye memang selamat la guna Shopee ni.. So, cepat2 download tau dekat Apple Store atau Google Store :)





Ni nak promote sikit.. Siapa peminat maxi skirt boleh la shopping dekat Shopee Nurul ye.. 100% kain tak jarang dan labuh :D Orang cubby pun boleh pakai skirt ni :)


January 20, 2017

LAMA TAK BERUPDATE

Friday, January 20, 2017 1
LAMA TAK BERUPDATE
does anyone know what this frappe from Starbucks called? it might be the Carmel but I'm not sure.

Assalammualaikum wbt,

Maaf kengkawan semua.. Da lama Nurul tak update blog ni.. Mana taknya, asyik busy je memanjang.. Malam pulak confirm2 da tertidur sebab penat kerja.. Hehehe..

Jangan lupa join contest Nurul yang tengah on going tu tau.. Due date nak dekat dah tu ^^

January 08, 2017

TRENDING PERFUME

Sunday, January 08, 2017 1
TRENDING PERFUME
Assalammualaikum wbt,


Sebelum kerja sembur perfume, sebelum dating sembur perfume, sebelum keluar mana-mana sembur perfume. Tapi korang kalau beli perfume jenis yang mana satu? Eau De Parfum (EDP) , Eau De Toilette (EDT) , atau Eau De Cologne (EDC) ?


Sekarang dah susah nak cari minyak wangi yang original. Maksud original di sini adalah minyak wangi yang asli. Yang asli mempunyai tahap kepekatan sebanyak 15% hingga 40%. Selalunya minyak wangi ini harganya sangat mahal dan bukan diletakkan dalam botol jenis spray.


Apa beza ketiga-tiga sebenarnya?



EAU DE PARFUM

Kepekatan minyak wangi : 10% - 20%

EDP mempunyai kepekatan minyak wangi yang paling tinggi antara 3 jenis ni. Jenis ini boleh tahan hingga 5 jam atau lebih. EDP lebih kurang sama dengan perfume cuma ia lebih air dan alkohol. Jenis minyak wangi ni selalunya dijual dalam bentuk spray.




EAU DE TOILETTE

Kepekatan minyak wangi : 4% - 15%

EDT ni lebih ringan dan masih dijual dalam bentuk spray. EDT lebih banyak kandungan alkohol dan ini bermakna EDT tak tahan lama. Selalunya orang guna EDT ni selalu sembur banyak-banyak dan untuk kegunaan seharian.



EAU DE COLOGNE

Kepekatan minyak wangi : 2% - 5%

Cologne adalah singkatan eau de Cologne untuk bandar Cologne, Jerman di mana aroma tertantu pertama kali dibuat, air di Cologne. Selalunya cologne ni sangat ringan dan segar. Ia diperbuat daripada buah-buahan dan ia mengandungi minyak pati lemon, bergamot, oren dan neroli mutlak. Mereka juga mungkin mengandungi minyak lavender penting dan rosemary.



Jeng jeng jeng ~ Sekarang korang dah tahu kan. So korang punya perfume jenis apa? Try share sikit ^^

Da alang-alang tu jom usha perfume EDP dekat sini. Tahan lebih  jam tau. Korang kena try. :D NURUL'S DEXANDRA

January 06, 2017

DEXANDRA | WANGIAN KEHIDUPAN

Friday, January 06, 2017 4
DEXANDRA | WANGIAN KEHIDUPAN
❤ .. Salam Sayang Semua .. ❤


Hari ni entry yang ringan2 je ye. Nurul nak viralkan dekat korang semua something ni ^^ Hahaha ~ Viral la sangat. *Macam la ada orang baca entri kau ni Nurul* :p Hehehe


Korang kalau keluar mostly mesti pakai perfume kan? Terpulang pada masing-masing jenis perfume mana yang korang suka. EDP? EDT? Macam-macam jenis dan nama perfume yang ada di pasaran.


Tapi perfume tu tahan lama tak? Boleh bawak solat dan HALAL??? Pastikan sebelum beli perfume tu korang kaji dulu perfume yang korang pakai macam mana tau.. ^^


"Alaaaaa, malas la nak kaji semua tu. Takde ke perfume yang kita boleh beli je dan sah kandungan dan halalnye?"


Hehehe ~ Mesti la ada wak. Jangan risau. Meh kita usha sikit gambar dekat bawah ni ye :D








Memperkenalkan DEXANDRA, wangian kehidupan anda. Siapa yang tak kenal kan? Dah gah namanya di Malaysia malah di Indonesia baru-baru ni. In Sha Allah akan berkembang terus ke Paris dan London.



"Eh, betul ke wangi DEXANDRA ni? Macam tak percaya je...."


Eh, tak percaya pulak dia ye. Meh sini kita tunjukkan kehebatan DEXANDRA ni. Jangan terkezzuttt pulak ye ^^



See, feedback original ye sayang2 semua. Kita kasi free gift lagi tau. Untung kan? ^^


Tak percaya jugak?!!!! Jangan bising2. Meh try 1 and kasi feedback sikit. Hehehe. Jangan risau, Nurul yakin korang akan puas hati 500% tau *terover pulak* >.<"




Nak order dekat mana? Meh KLIK SINI .. 100 orang customer yang terawal Nurul akan kasi free gift tau. Da la dapat free gift. Dapat gift card lagi tu. Dapat bau tester free2 lagi tu. Hehehe. Banyak tau free gift dari kita. Meh KLIK SINI cepat2 sebelum stock habis ^^

MY BUSY LIFE

Friday, January 06, 2017 2
MY BUSY LIFE
chocolate, milka, and food image


Assalammualaikum wbt,

Dah 2 hari blog tak berupdate oiii. Busy memanjang ~ Mana taknya. Balik kerja memang dah 100% penat. Masa yang tinggal untuk mandi dan solat je. Order customer dan blog ni memang tak lah nak menghadap dengan penatnye kan. Makan pun kadang2 tak. Tapi selalu ye ^^

Masa yang terbaik untuk Nurul menghadap semua tu adalah Jumaat malam, sabtu dan ahad. Hehehe. Baru la ada masa sikit nak buat semua tu. Apa yang paling penting, order customer memang kena buat. Mau kena bambu nanti. Tak mau Nurul hilang customer. Hehehe. 



So, jom share apa plan korang cuti ni? Meh2, jangan malu2 ye. :D

January 03, 2017

TIPS | TRAVEL UNTUK NEWBIES

Tuesday, January 03, 2017 9
TIPS | TRAVEL UNTUK NEWBIES


Assalammualaikum wbt,

Ramai yang suka travel kan? Tak kira lelaki ataupun perempuan. Ada yang suka dengan keluarga, travel dengan buah hati dan ada jugak sesetengah orang yang suka travel sorang-sorang. Macam Nurul, Nurul teringin nak travel sorang-sorang sebab boleh tenangkan fikiran. Takde gangguan sape-sape pun ^^ 

Sebelum travel tu, mesti korang ada buat preparations kan? Yela ~ Tak nak susah time nak travel tu. Keperluan yang mencukupi kena bawak dan kena ada pengetahun tentang tempat yang kita pergi tu. Sikit pun jadi lah supaya kita tak terkial-kial nanti. Lagi2 untuk siapa yang suka travel sorang tu. Perlukan keperluan yang sangat-sangat mencukupi.



Ni Nurul share kan something tips yang sangat berguna untuk korang yang baru nak start pergi travel ^^ Keep reading ~



1. Pilih Negara - Pilih yang dekat dahulu
Sesetengah orang tak yakin nak pergi jauh-jauh. Lagi2 kalau travel sorang. Sebab yela kan ~ Mungkin baru pertama kali buat passport, pertama kali naik kapal terbang dan pertama kali nak pergi travel. So jalan mudah, korang pilih negara yang dekat-dekat dulu. Cari pengalaman. Nanti dah tahu boleh la pergi negara yang jauh-jauh pulak.



2. Rancang Awal Untuk Membeli Tiket Kapal Terbang


Haaaa ! Yang ni memang ibu Nurul selalu buat ^^ Ibu pun selalu pesan dekat Nurul. Kalau nak pergi travel, pergi beli tiket time syarikat penerbangan buat promosi. Hahaha ~ Rare betul ibu aku ni. Tapi betul la kan. Dapat la kita save budget. Kadang-kadang kan Air Asia ada buat promosi tiket 10 sen. Ibu Nurul pernah grab tiket ni untuk 1 keluarga. Takpe beli tiket awal-awal. Karang dah mahal menangis pulak tak dapat pergi travel. :)



3. Sediakan Itinerary
Ok, yang ni memang korang disarankan buat sebab nanti korang punya perjalanan akan jadi lebih teratur. Takde la kelam kabut sangat. Dan korang dapat rancang perjalanan korang dengan sebaiknya. Sekaligus korang boleh travel banyak tempat time tu. ^^



4. Buat Kajian Tentang Makanan Halal Tempatan


Sebagai umat Islam makanan ni merupakan benda sensitif untuk kita. Yela kan ~ Apa yang kita makan kena jaga supaya sentiasa bersih. So korang kena kaji sikit pasal tempat yang korang nak travel tu dekat mana ada makanan halal. Make sure betul2 halal ye :)



Ok, Ni la serba sedikit perkongsian yang tak seberapa daripada Nurul. Semoga bermanfaat untuk korang ye. Yang nak bercadang pergi travel tu, cer share sikit nak pergi mana dekat komen ^^

TIPS | MEMBELI SANDAL WANITA

Tuesday, January 03, 2017 19
TIPS | MEMBELI SANDAL WANITA
Assalammualaikum wbt,



Sini Nurul nak share dengan korang macam mana nak beli sandal. Girls2 semua kan suka shopping kan. Haaaa ~ Meh baca tips ni sampai habis :D


I believe you may have realised it that sandals do come in a great variety of sizes, shapes and even colours. They are a few types of sandals styles from casual to formal in order to fit with the occasions and situations. Some are made just for a fun use at the beach while others are made from more quality materials with sturdy designs which will be more suitable for a rough pyhsical activity like hiking. Regardless of what you are using them for, you need to find sandals with the right fit to protect your feet.


Dengan begitu banyak pilihan yang boleh didapati, membeli kasut sandal yang selesa mungkin adalah tugas yang agak sukar pada mulanya. Apa yang penting ialah untuk memudahkan pembelian anda, pelajari beberapa TIPS MEMBELI SANDALS WANITA untuk dapatkan sepasang sandal yang selesa bersama kualiti yang terbaik. 



1. Support is the first thing you need to check and make sure you have in the sandals you are getting.

2. Then look for the sole as it should be a little bigger than your foot and should be fairly thick to protect your foot from anything that you walk on and also to absorb the blow of the footsteps.

3. Invest on a pair and get sandals from trusted brands so they can last longer !



Want a pair of shoes that is comfortable yet trendy? Then get yourself a pair of sandals then at HERE !



Jeng jeng jeng. Tips yang sangat menarik bukan? Dibawa khas daripada ZALORA tau. Untung korang dapat tips daripada ZALORA.

Haaa ! Jangan tengok je. Try la usha "sandals" dekat sana. Cantik2 beb ! Pencinta sandals memang tempat anda di sana. Hehehe ^^

VASE | YOUR SIDE INCOME

Tuesday, January 03, 2017 3
VASE | YOUR SIDE INCOME

Assalammualaikum wbt,

Bukan dengan bisnes je kita boleh dapat income tau. Dengan menjawab survey sahaja pun kita boleh dapat income. Memang bukan banyak, setakat RM1 je, apa orang pandang kan. 

Aippp ! Dengan RM1 tu la akan jadi RM100 tau ^^ Ni Nurul perkenalkan 1 web yang boleh buat side income. Senang je caranya. Just jawab survey je yang akan dihantar dalam email awak. Nak join?? 




Mana yang dah sign up tu try komen sikit. And bagi pendapat korang best ke tak ^^ Bagi Nurul best. Sebab kerja senang je. Just jawab survey. Siapa yang taknak kan.


Jom kita join ramai2 ^^


SYAHIRAHVALIANT DOT COM

Tuesday, January 03, 2017 10
SYAHIRAHVALIANT DOT COM
art, black and white, and blogger image


Assalammualaikum wbt,


Dengan excitednya Nurul buat entri ni. Akhirnya setelah bertahun-tahun Nurul nak, dapat jugak dengan izin Allah dan dijumpai dengan seseorang yang betul. Eh, apa benda tu? :D


Akhirnya Nurul dah ada domain sendiri. Alhamdulillah. Memang dah lama sangat nak dan akhirnya jumpa jugak. Harga pun sangat-sangat berpatutan. Domain ni kita bayar untuk setahun tau. Bukan sebulan. So sangat berbaloi.


Ini lah dia domain Nurul. Terima kasih banyak2 kepada Myideakini. Korang boleh tengok blog diaorang ni kalau nak ambik servis mereka. Servis yang sangat pantas dan Nurul cakap dalam hati, "Eh, dah siap da? Cepat giler!" Hahaha. Sebab teruja sangat sampai boleh tercakap macam tu ^^

Tapi memang Nurul puas hati sangat. Mana taknya, benda yang selama ni kita nak akhirnya kita dapat. Hehehe. 

January 02, 2017

INFO | 6 BLOG PALING RAMAI FOLLOWERS DI MALAYSIA

Monday, January 02, 2017 3
INFO | 6 BLOG PALING RAMAI FOLLOWERS DI MALAYSIA
❤ .. Salam Sayang Semua .. ❤


Jom kita terjah siapakah blogger yang ada RAMAI followers ^^ Sambil-sambil tu jom kita follow sekali. Boleh cari inspirasi dari gaya penulisan mereka :)




Memang tak dapat disangkalkan lagi bahawa tiada lagi blogger-blogger yang mampu kejar followers Lyssa. Mana taknya, walaupun follower ribu riban, Lyssa sangat sporting dan peramah. Gaya penulisan Lyssa pun boleh buat orang lain tertarik untuk baca.





Bukan hanya glamour di dunia blog, malah di dunia realiti juga. Mereka yang tiada blog pun kenal dengan Fatin Liyana ni. Kecantikan asli Fatin Liyana merupakan daya tarikan utama kepada blog Fatin. 





Mula-mula blogger, kemudian model, kemudian pengacara, lepas tu pelakon. Memang seorang wanita yang serba boleh. Nurul minat giler Hanis Zalikha ni sebab daripada blog. Hanis suka share something yang senang kita nak ikut. Tak percaya? Cuba terjah blog Hanis ^^





Berkahwin dengan abang kandung Fatin Liyana. Sama padan ^^ Korang yang nak baca kisah perkahwinan mereka cepat-cepat la masuk blog Maria. Maria juga seorang Vlogger yang popular. Video beliau kalau tak cecah ratus ribu pageview memang tah sah tau. Jeles pulak kite :p Dia punya entri sempoi dan lawak macam video dia jugak.









Irine pulak tak kurang hebatnya. Kecantikan yang dimiliki olehnya merupakan antara tarikan orang sukakan blog dia. Rasanya semua orang maklum bahawa Irine ni seorang isteri muda. Nurul memang keep in touch dengan blog Irine sebelum Irine berkahwin lagi. Nurul suka sangat2 cara Irine berbisnes. Salah satu impian Nurul, Nurul nak bukak butik macam Irine one day nanti. In Sha Allah, semoga Allah permudahkan ^^




Sekian sahaja perkongsian daripada Nurul. Kalau korang ada tahu sesiapa blogger yang ramai followers, try mention dekat bawah. Nanti Nurul buat part 2 punya. ^^




Sincerely,
Nurul ❤

RESTOCK DEXANDRA

Monday, January 02, 2017 2
RESTOCK DEXANDRA
❤ .. Salam Sayang Semua .. ❤


Hari ni Nurul teruja sangat sebab dapat pergi butik dexandra. Tapi bukan yang HQ la. Butik Mama Azza sangat2 cantik. Memang sedap mata memandang. Kemas dan rapi susun aturnya.

Kenapa Nurul pergi sana? Haaaa, sebab nak restock perfume. Hehehe, Alhamdulillah. Walaupun baru bermula tapi ada jugak rezeki yang Allah kasi. Dexandra ni memang ramai orang suka sampai tak nak tukar perfume lain da.


99% bau ori. Lepas tu harga pun berpatutan. Student pun mampu milik. Nak kecik atau besar pun boleh. ^^



Nurul pun pengguna DEXANDRA. Memang falling in love sebab giler best la bau dia. Bau untuk lelaki pun best. Nurul bau perfume je pun dah melting. Apa lagi dengan si pemakainya kan. Hehehe ^^ So abam2 sado sekalian, nak beli pun boleh.





Ni lepas baru restock. Alhamdulillah. Best giler pilih2 tadi sampai rambang mata ^^  



Sekian sahaja. Jangan was2 dengan kualiti dexandra ni ye. Memang Nurul jamin 500% korang akan berpuas hati dengan dexandra ni. Nurul pun suka apa lagi korang kan. Jangan risau ye. Ni bukannya untuk penyedap hati. BUKAN ! Tapi memang jujur Nurul kata, dexandra tersangat la best. Artis-artis pun pakai ni. Diaorang pun cakap baik beli dexandra daripada beli yang ori. Membazir je ^^



Nak? Meh sini whatsapp Nurul cepat2 ye. Nak call pun boleh. Tapi jangan call time office hour ye :)
017-3575871



Sincerely,
Nurul 

MEET MY GENDUT

Monday, January 02, 2017 2
MEET MY GENDUT
❤ .. Salam Sayang Semua .. ❤

Memandangkan hari ni Nurul rindu sangat dengan gendut Nurul tu. So nak buat entry pasal dia la. 

By the way, siapa GENDUT tu? Hehehe. Nama dia sebenarnye MIKA. tapi disebabkan dia tu gemok sangat, Nurul pun panggil la gendut. Kadang-kadang panggil gendut pun dia pandang kita ^^






Ini lah dia si gendut Nurul. Geram tengok perut dia tu. First2 jumpa dia dalam longkang. Tak tahu la mak dia dekat mana. So kitaorang 1 family decide nak jaga sebab memang tinggal nyawa-nyawa ikan je time tu. Sangat-sangat kesian.

Baby meow kan kena minum susu ibu dia baru dia gemok kan. Tapi mika tak. Kitaorang kasi minum susu meow dalam botol. Sebab terpaksa. Tu je la caranya. Kadang-kadang kesian jugak sebab kurus je dia ni. Sampai satu tahap Nurul pun menangis tengok dia time kecik. Nampak sangat nazak.

Mana taknya, dia tak minum susu ibu mula dia lahir tu. Tak tahu mak dia dekat mana. Ibu Nurul pun sanggup belikan vitamin yang mahal-mahal untuk dia sebab memang dah sayang giler. Lama-lama kitaorang jaga ....... Jeng jeng jeng !! Tu haa hasilnya. Hehehe. Nurul suka sangat tengok dia yang sekarang. Nampak tersangat la sihat.



Dia ni tak boleh nak bawak main sangat. Maunya dia ngap tangan kita. Cepat aje dia nak tangkap. Hobi dia ni suka tangkap LIPAS & LALAT. Sumpah kelakar time dia nak tangkap benda2 tu. Dengan tikus dia tak nak tangkap pulak. 

Gendut ni selalu sangat kejut kitaorang 1 family bangun subuh kalau tak bangun lagi. Hahaha. Bijak betul dia ni. Kadang2 kalau kitaorang tak bangun memang dia gigit hidung kitaorang *ingat mulut tu wangi ke* Hahaha. Tapi bagus la. Banyak-banyak meow Nurul jaga, MIKA ni paling Nurul sayang.

Sekarang ni dia dekat Vet pulak sebab tengah proses nak pregnant kan dia. Hehehe ^^ Dapat baby cepat2 tau. Tak sabar ni ^^ So minggu depan dah boleh ambik dia. Yeahhhh ! :D



Ni sahaja perkongsian Nurul. So meet my gendut, mika ^^

Cuba komen siapa yang suka kucing ❤







Sincerely,
Nurul ❤

January 01, 2017

TIPS | SEBAB-SEBAB ORANG LAIN TAK NAK KOMEN ENTRI AWAK

Sunday, January 01, 2017 33
TIPS | SEBAB-SEBAB ORANG LAIN TAK NAK KOMEN ENTRI AWAK


❤ .. Salam Sayang Semua .. ❤

Jom Nurul sharekan something dengan korang.

Entri blog asyik sendu je? Takde orang komen? Pernah tak korang terfikir kenapa boleh jadi macam tu? Haaaa ! Tak pernah??!!

Takpe2, kali ni Nurul sharekan apa sebabnya ye. Semoga bermanfaat ^^


TULISAN ENTRY ANDA
Cuba korang tengok tulisan entry korang macam mana. Adakah herot belah sini, herot belah sana? Ataupun terlampau kecik sangat sampaikan orang yang membaca pun naik juling. Ataupun tulisan tu besar sangat sampai orang kena scroll banyak sangat cuma untuk baca 1 baris? Pastikan korang guna font yang boleh orang lain faham tau. ^^


COMMENT (FULL PAGE / EMBEDDED BELOW POST)
Ni lagi satu. Cuba korang klik HOME Nurul. Then klik bahagian komen. Dia akan keluar kotak komen kan? Itu la dinamakan Pop-up Window . Kalau korang buat macam tu, baru lah ramai orang akan komen entry korang tu. Sebab "cepat" dan "pantas". 


JANGAN BUAT "WORD VERIFICATION"
Alamak ! Korang tahu kan apa tu word verification? Mesti korang tahu la. Alaaaa, yang  kita kena isi kod perkataan tu before nak submit komen. Huhuhuhu ~ please la hilangkan benda tu. Orang malas tau nak komen sebab kena tunggu and lambat.

Tak tahu macam mana caranya? Meh Nurul ajar ye ^^

1. Dashboard > Setting > Comment
2. Scroll ke bawah. Cari Show Word Verfication. Tick "NO"
3. Jangan lupa SAVE pulak ye ^^


TULIS ENTRY YANG MENARIK
Yang ni ramai tak tahu dan takde idea macam mana nak tulis entry yang menarik kan? Takpe, korang kena banyak membaca baru tahu macam mana cara penulisan yang baik. Jangan lah terlalu formal sebab orang pun tak suka baca yang formal sangat. Just perkataan-perkataan yang santai pun sudah memadai. Nanti tak mustahil orang lain akan baca dan secara automatiknya diaorang akan komen entry tu :D


SELALU KOMEN ENTRY BLOGGERS LAIN
Yang ni Nurul suka sangat buat. Baru la blogger lain tahu kewujudan blog kita tu. Dan orang lain pun akan anggap kita ni friendly. Sebab tu Nurul kata kena banyak membaca supaya korang boleh asah lagi penulisan korang tu. Cuba hayati macam mana bloggers lain buat entri :) So rajin-rajin la komen entry diaorang ye ^^



Setakat ni sahaja perkongsian Nurul. Semoga bermanfaat ^^

Rajin-rajinkanlah sedekah kan komen korang dekat bawah ye :D


Sincerely,
Nurul ❤

SURIA RESORT | PERCUTIAN ANDA SEKELUARGA

Sunday, January 01, 2017 0
SURIA RESORT | PERCUTIAN ANDA SEKELUARGA
suria resort


Assalammualaikum wbt,

Memandangkan contest Nurul tengah on going berkaitan dengan Suria Resorts, Nurul nak kasi info sikit tentang resort ni. Rugi tau kalau tak baca. Memang terbeliak mata korang baca nanti sebab dekat sini memang best giler tau ^.^


Suria Resorts & Hotels mempunyai beberapa anak syarikat di antaranya :


SURIA CHERATING BEACH RESORT




SURIA HOT SPRING RESORT BENTONG




SURIA CITY HOTEL JOHOR BAHRU




SURIA HILL COUNTRY HOUSE, JANDA BAIK




MERANG SURIA RESORT




THE ROYAL CAMBRIDGE HOTEL, LONDON




Haaaa, ni la tempat2 Suria Hotel. Dekat London pun ada tau uolsss. Best kan?

Sekarang kita pergi ke part yang paling best. Kita cuci mata pulak tengok apa yang ada dekat sana. Pastikan scroll sampai bawah. Nanti korang rugi :D



ANTARA KEUNIKAN SURIA RESORT & HOTEL






Huhuhu. Sangat best. Nurul pulak yang rasa nak menang. Hehehe. Voucher tu available dekat semua cawangan Suria Resort tau. Korang tinggal pilih je. Maklumat lanjut boleh search dekat web mereka http://www.suriaresorts.com/ .


Jom join contest Nurul ni. Mana la tahu rezeki anak2 dapat jugak merasa pergi sana kan. Musim cuti sekolah bulan 3 nanti boleh pergi. Haaaaa ! Nak pergi honeymoon pun sesuai sangat tau ^^




Sincerely,
Nurul ❤