WAKTU KECIL - Syahirah Valiant

Post Top Ad

June 12, 2015

WAKTU KECIL

WAKTU KECIL

WAKTU KECIL | Assalammualaikum. Hari ni Ira teruskan lagi entri kata-kata Felxia Yeap yang terdapat dalam buku beliau. Sudi-sudilah korang membaca dan menghayatinya ok.


Biar kita bermula sewaktu saya masih kecil dahulu.

Waktu kecil, saya hidup berpindah-randah. Kami pernah tinggal di Kuala Lumpur. Kemudian kami berpindah ke Ipoh kemudian di Kedah dan akhirnya balik kembali ke Ipoh

Ayah saya bekerja di luar negara. Tiga tahun beliau tidak bersama kami. Tiga tahun yang bukannya pendek, terutamanya untuk kanak-kanak seperti saya. Tiga tahun yang saya percaya sangat penting untuk seorang kanak-kanak.

Sebab dia perlukan ibu dan bapa untuk membesar.

Bila difikir-fikirkan, tidaklah semuanya serius sahaja. Ada yang lucu juga.

Saya ingat lagi, sewaktu tiga tahun, apabila jumpa sahaja lelaki, saya akan panggil dia, "papa. papa." Jumpa sahaja, mesti sebut "papa. papa." 

Habis semua orang saya panggil papa.

Bahkan apabila saya tengok sahaja mama bercakap dengan lelaki, saya terus peluk kaki lelaki itu. Saya panggil dia, "papa. papa." 

Mama cepat-cepat bantah, "Ish. Bukan ayah awaklah......" 

Apa pun, tetaplah. Tetaplah jauh di sudut hati saya, saya sangat rindu kepada papa. Saya sangat rindu kepada seorang yang bergelar ayah.

Waktu itu, saya baru berumur 5 tahun. Saya baru mula mengenal dunia. Dan saya tidak berjumpa dengan ayah sehinggalah apabila saya berumur 8 tahun.

No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad