Tips Nak Bagi Nama Blog

By Nurul Syahirah - June 10, 2015

Tips Nak Bagi Nama Blog

Assalammualaikum

Petang-petang macam ni kan best kalau dapat keluar. Haih. Kehidupan masa cuti memang sangat-sangat lifeless. Bosan sangat-sangat. So petang ni Ira nak kasi satu tips yang mungkin berguna untuk newbie. Untuk yang dah lama berblogging pun boleh jugak. Hope tips ni akan kasi ilmu yang baru untuk korang.

Tips Pertama
Ambil nama dari nama korang sendiri dan ubahkan sikit-sikit jadi lebih menarik. Ataupun korang ambil nama panggilan yang kawan-kawan korang bagi kat korang. Kalau kawan-kawan Ira panggil Ira akak. Takkan la nak letak nama blog akak pulak kan. So letak la nama yang ok sikit ye. Biasanya kawan kita ni agak kreatif sikit bab-bab nak bagi nama panggilan dekat kita.


Tips Kedua
Dah dapat nama panggilan korang yang comel-comel? Ok, kita cari nama lagi satu. Nama lagi satu? Kenapa pulak? Ok, macam ni. Biasanya title blog orang akan bagi lebih dari satu nama, contoh macam blog Ira ni. SYAHIRAH VALIANT. Kan lebih dari satu. Nama tu Ira ambil dari nama Ira sendiri dan VALIANT??? Apa tu ? Hehehe. Biar lah rahsia. Kalau nak tahu cari la sendiri. So terhasil lah nama blog Ira. Korang boleh dapatkan nama yang best-best lagi. 

Tapi korang kena buat kerja sikit. Korang kena research dulu kalau-kalau nama yang korang nak tu dah ada orang guna. Nanti apa pulak cakap orang kan. Nanti dikatanya kita meniru pulak.

Ok, ni la tips yang Ira boleh kongsikan kali ni. Nak tips lagi? Tunggu tau ^^ Ira akan update lagi. So stay tune dengan blog Ira ye. :)

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments