Tips Membuat Segmen, Giveaway & Contest - Syahirah Valiant

Latest

June 10, 2015

Tips Membuat Segmen, Giveaway & Contest

Tips Membuat Segmen, Giveaway & Contest

Assalammualaikum. Sekarang ni blogger dah ramai yang dah buat segmen, giveaway, contest dan seangkatan dengannya. Begitu juga Ira. Dah banyak sangat buat benda-benda macam ni. Tapi korang sedar tak ada jugak tips nak buat semua ni. Nak tahu tips tu? Jom kita baca sampai habis ye :)

1. Kadang-kadang ada beberapa orang blogger tulis dekat entri GA dia macam ni

"JIKA PENYERTAAN KURANG DARI 20 ORANG, GA NI AKAN TERBATAL DENGAN SERTA-MERTA."

Banyak kali jumpa kan? Ira rasa penggunaan ayat macam ni tak berapa nak sesuai. Kita tak boleh nak salahkan orang lain kalau tak join GA kita. Penat je peserta-peserta tu follow, like, klik dan ikut semua syarat yang dah disediakan, tiba-tiba terbatal macam tu je. Kan kesian tu.

Ira rasa ni tanggungjawab penganjur GA tu juga untuk promote GA dia sendiri. Kalau tak usaha mana nak berjaya. Penat sikit tu biasa la. Tapi janganlah sampai malas nak promote. Nanti langsung takde orang nak join pulak.

Tak tahu macam mana nak promote? Senang je ~ Korang promote la dekat facebook ke, twitter ke ataupun korang pergi dekat list senarai peserta GA orang lain, klik satu-satu link diaorang then promote la. Tinggalkan link GA korang dekat comment box atau chatbox. Kan senang. Ira selalu buat macam ni dan Alhamdulillah ada jugak yang sudi join GA yang Ira buat.


2. Teliti
Korang kena rancang betul-betul. Kena fikir cari sponsor, tarikh tamat, hadiah dan sebagainya sebelum memulakan suatu GA. Nak cari sponsor tak tahu? Korang buat la satu entri pasal korang nak cari sponsor. Dan In Sha Allah blogger lain akan bermurah hati nak jadi sponsor dalam GA korang tu. Ira pernah buat dan berhasil. So jangan takut untuk mencuba k :)


3. Perubahan GA
Kalau ada apa-apa perubahan pasal GA korang tu, korang kena inform cepat-cepat tau. Jangan sampai ada yang tak tahu pasal perubahan yang korang buat. Yang ni memerlukan kerajinan seorang penganjur GA untuk bagitahu semua peserta GA tersebut.


4. Sponsor
Kalau boleh jangan banyak sangat sponsor dalam satu GA. Takut orang tak rajin nak menglike, follow bagai semua sebab ramai sangat. Memang best kalau banyak hadiah. Tapi tu la. Fikir-fikir la sendiri ^^


5. Syarat
Tolong, tolong dan tolong ! Jangan letak syarat banyak sangat. Korang kalau nak buat GA, korang letak la syarat yang berpatutan je. Jangan banyak sangat. Jangan buat macam ni tau :

- Follow blog. (wajib)
- Follow twitter, like fanpage, follow instagram. (wajib)
- Buat entri yang ohsem ! (Ini sangat perlu dan wajib)
- Letak banner GA kat sidebar. (wajib)
- Promote GA ni. (wajib)
- Tag 5 orang blogger dan pastikan mereka join.
- Follow, like, click semua sponsor.

Haaa ! Banyak tak? Hehehe. Yang bab nak follow blog, like fanpage semua tu boleh la. Tu nak tunjukkan support kita dekat penganjur. Tapi kalau yang lain-lain tu Ira rasa macam tak perlu je. Pastikan jangan over sangat ye.


6. Hadiah
Hadiah kena gempak untuk tarik minat blogger lain nak join. Gempak tu takde la maksudnya barang yang mahal-mahal. Sekadar macam topup tu orang nak. So topup boleh dijadikan sebagai hadiah. Kalau Ira, Ira akan suka join GA yang ada hadiah topup. Hehehe.


7. Ikhlas
Ini paling penting dalam nak buat GA. Korang kena ikhlaskan hati dan niat dalam menganjurkan sesebuah GA. Jangan hanya mahukan publisiti ataupun nak follower cepat naik. Jangan tau !

8 comments:

  1. Nice entry. Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  2. baru nak rancang buat GA .. hehehe tips yg bagus ira... sy pun kalau nk join GA sy suka cari yg syaratnya simple...kalau bnyak sgt 2 mcm payah sikit ar sy nk join tpi ada jgklah yg sy join wlaupn bnyk syarat tpi xbnyk.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. betul tu.. kadang-kadang bukak tab banyak-banyak sebab nak ikut syarat penyertaan je.. ^.^

      Delete
  3. nice :) yang paling utama sekali yang no last tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. betul tu... Niat kita kena betul :)

      Delete
  4. nice tips . syarat tu biarlah senang kan . susah2 orang malas , lecehhh . kalau hadiah berpatutan ok la . hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. thank you ^.^ Yup, betul tu.. :D

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D