Sifat-sifat Yang Perlu Ada Dalam Diri Blogger - Syahirah Valiant

June 07, 2015

Sifat-sifat Yang Perlu Ada Dalam Diri Blogger

Sifat-sifat Yang Perlu Ada Dalam Diri Blogger
Assalammualaikum
Dah petang-petang macam ni otak dah lepu. Tak tahu nak buat apa. Ya Allah. Bosannye cuti ni. Memang nak cuti. Tapi tu la. Mereput je dekat rumah ni. Nak keluar tapi nak pergi mana je kan. Haih ! Tak pe la ~ Sekarang ni Ira nak share sikit pasal diri kita sebagai blogger. So blogger-blogger sekalian, jom kita terapkan sifat-sifat ni dalam diri kita untuk jadi seorang blogger yang disegani ramai. :)

1. Sabar
Seorang blogger kena pandai kawal kesabarannya kalau berdepan dengan haters atau copycat semua tu. Anggaplah kutukan diaorang tu untuk motivasi diri kita supaya jadi yang lebih bagus. Dan yang paling penting ! Jangan sesekali korang down bila ada kutukan tau. Alaaaa ~ Macam ni la. Korang cerna je ayat-ayat busuk haters ni dan kita ambil mana yang jernih.


2. Rajin
Dalam dunia blogging ni, apa yang ada? Blogger, readers dan followers. Kita dah jadi blogger, kita kena tarik readers and followers. Jadi kita kena lah rajin menulis, edit blog dan promote blog. Macam-macam cara korang boleh promote blog korang. 


3. Tidak Mudah Melenting
Apa maksud melenting? Maksudnya, kita jangan cepat marah kalau ada orang kritik pasal blog kita. Look ! Cuba fikir dalam aspek positif, korang ambil kritikan tu sebagai kritikan yang membina. Macam Ira cakap tadi la. Bukan benda tu untuk kebaikan kita juga.


4. Peramah
Peramah kat sini maksudnya kita kena jadi friendly kat sesiapa je. Untuk dapatkan readers tetap, semua tu memerlukan sifat peramah diri seseorang blogger selain entri bombastik. Kalau kita rapat, dah pasti orang akan datang blog kita. Betul tak?


5. Kreatif
Kreatif ni ada dua aspek iaitu entri kreatif  dan edit blog. Kita sebagai blogger kena kreatif dalam menulis entri. Editing blog tu pun penting, tapi Ira lagi pentingkan penulisan entri. Kalau blog cantik tapi entri ntah apa-apa, tak elok jugak kan. Kita kena kreatif fikirkan idea yang gempak-gempak. Kalau idea tak se'gempak' mana pun, kita boleh kembangkan ia jadi lagi GEMPAK !!!


6. Lemah Lembut
Kita sebagai blogger kena sopan dalam gaya penulisan. Maksudnya kita kena la tulis dengan cara yang baik-baik. Jangan gunakan ayat yang terlampau kasar. Take note about this k. Takut nanti ada orang terasa susah pulak kan.


7. Ikhlas
Kalau blogging ni, kita kena set kan niat kita betul-betul. Kita jangan blogging just untuk kejar followers atau cari publisiti. Kita ikhlaskan hati kita dan niat kita dalam blogging ni kerana Allah Taala. Setiap ilmu yang kita sebarkan melalui blogging ni Allah akan salurkan pahala untuk kita. In Sha Allah.

3 comments:

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D