Siapakah Manusia Yang Paling Bijak? - Syahirah Valiant

Latest

June 02, 2015

Siapakah Manusia Yang Paling Bijak?

Siapakah Manusia Yang Paling Bijak?
Assalammualaikum

Manusia yang bijak? Hurmmm ~ Korang pernah terfikir tak apa istilah bijak yang sebenarnya? Ira akan kongsikan satu ilmu untuk korang. So kita ambik ilmu ni dan kita praktikkan dalam diri kita k. In Sha Allah. Rupa-rupanya, orang yang bijak adalah orang yang bersedia untuk mati. Jom kita kaji kenapa Rasulullah menyatakan bahawa orang yang bersedia untuk mati adalah orang yang bijak. :)

Orang Yang Bijak Melabur Untuk Kenikmatan Yang Kekal
Bersedia untuk mati dan membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati adalah satu pelaburan jangka panjang yang sangat menguntungkan. Ia lebih menguntungkan daripada simpanan tetap kita dalam bank. Mata wang di sana nanti berupa pahala dan liabilitinya adalah dosa.

Benarlah orang yang mengikut hawa nafsu itu adalah orang yang 'aajiz. Orang-orang 'aajiz adalah orang-orang yang tidak bersedia untuk kehidupan hari esok. Dia cuma seumpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Tiada simpanan dan tiada pelaburan untuk hari esok. Benarlah dia seorang yang dungu.



Detik Sakaratul Maut
Firman Allah :
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cabaran. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami." (Al-Anbiyaa' : 35)

"Di mana jua kamu berada. maut akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kota yang tinggi lagi kukuh." (Al-Nisa : 78)

"Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepada Allah kita akan kembali." (Al-Baqarah : 156)

Semuanya menggambarkan manusia tidak dapat lari daripada detik kematian. Mereka sudah melihat detik sakaratul maut orang di sekeliling mereka. Tetapi mereka masih lagi leka dan tidak mengambil pengajaran daripada kematian tersebut.

Detik sakaratul maut berbeza dari seorang dengan orang yang lain mengikut amalan semasa hidupnya mereka. Secara umumnya kedatangan maut ini boleh berlaku secara tiba-tiba atau didahului dengan amaran. Tanda-tanda kematian ini boleh jadi berupa penyakit dan penderitaan yang memerlukan kesabaran. Bila bab ni Ira teringatkan arwah Haikal. Al-Fatihah. Kematian juga boleh berlaku tanpa sebarang tanda. Semuanya akan menghadapi kematian sama ada bersedia ataupun tidak.

Detik sakaratul maut adalah menyakitkan. Kita boleh melihat bagaimana saudara kita menghadapi kematian. Bagi mereka yang ingkar dan kufur, kematian itu lebih menyakitkan lagi.



Ingat Mati Semasa Letih Berusaha
Dikala letih berusaha, ingatlah saat kematian. Kehidupan dunia adalah untuk menyamai benih yang bakal dituai diakhirat nanti. Dunia adalah tempat berusaha, bekerja, bercucuk tanam ataupun melombong. Dunia adalah tempat untuk mencari bekalan untuk perjalanan yang sangat jauh.



Ingat Mati Semasa Mengalami Masalah Dan Kedukaan
Dunia dipenuhi dengan masalah, kedukaan dan kegagalan. Ingatkan mati adalah kerinduan kita untuk mendapat kenikmatan yang sebenarnya. Kita mengingati mati untuk bertemu kekasih yang sedang menunggu. Penderitaan yang kita alami adalah rangka kerja untuk bertaqwa kepada Allah adalah sangat ringan berbanding dengan kerinduan kita untuk bertemu dengan pencipta kita.

Kita juga tahu bahawa setiap kesabaran kita dalam menghadapi masalah akan diberikan ganjaran oleh Allah apabila kita bertemu dengannya selepas kematian nanti. Kematian kita kelak akan menamatkan penderitaan, kegagalan dan kedukaan yang sementara itu. Kematian itu akan menghadiahkan kita pahala atas segala kesabaran.



Ingat Mati Semasa Leka Dengan Kehidupan Dunia
Semasa melakukan tugasan kita untuk mencari bekalan kepada perjalanan yang panjang, kerap kali kita terleka dengan kehidupan dunia yang fana ini. Ingatlah mati, kita akan kembali semula ke landasan yang sewajarnya. Di kala melakukan maksiat, ingatlah mati dan apa jawapan kita kepada Allah nanti. Di kala berbangga dengan kejayaan sementara, ingatlah mati dan adakah kejayaan itu akan berterusan. Di kala kagum dengan diri sendiri, ingatlah mati dan ingatlah kelemahan diri bila bertemu dan menghadap Allah.

2 comments:

  1. Saya Bijak he he he... terjah dr segmen
    http://kumahuitu.blogspot.com/2015/04/segmen-jom-catwalk-bersama-papaglamz.html

    done follow sini :)

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D