REVIEW NOVEL | ISTERIKU 19 TAHUN - Syahirah Valiant

Latest

June 13, 2015

REVIEW NOVEL | ISTERIKU 19 TAHUN

REVIEW NOVEL | ISTERIKU 19 TAHUN

REVIEW NOVEL | ISTERIKU 19 TAHUN | Asslammualaikum. Semalam Ira baru habiskan lagi satu novel yang baru Ira beli. Buku ni best sangat-sangat. Sweet sangat-sangat. Ya Allah. Nak husband macam ni. Hehehe. Ayat dalam ni banyak sangat kelakar. Sebab penulis novel ni lebih suka guna penggunaan ayat yang gamble je. So korang kena beli tau. Ni sipnosis novel ni :)


SINOPSIS

"Aku tak boleh kahwin dengan dia. Aku dengan Akif macam Tom and Jerry, macam Bush dengan Osama Laden, macam Israel dengan Palestin ..... " - ZUYYIN

Jadi isteri pada usia 19 tahun? Zuyyin akan pastikan ia tidakhlah sesukar mana walaupun dia dijodohkan dengan lelaki yang menjadi musuhnya sejak kecil lagi. Semuanya gara-gara permintaan terakhir arwah atuk mereka berdua ....

"Abang Akif jahat !" - ZUYYIN

"Ah, sudah ! Aku bukan abang kau pun, abang kau dah mati!" -AKIF

Zuyyin yang zero tentang rumah tangga dan Akif yang berhati dingin dan sarkastik setiap masa akhirnya disatukan.

Berhadapan dengan abang kangdung sendiri yang mencintai isterinya dalam diam kadang-kadang membuat hati Akif nanar. Lagi-lagi bila ibunya sendiri tidak pernah menerima Zuyyin sebagai menantu akibat dendam pada masa lalu. 

"Sekali lagi Zuyyin menangis kerana Akif, aku tak akan teragak-agak membawa Zuyyin pergi." -AIMAN

"Sebab saya benci dia ! Saya benci keturuna Islah ! Saya benci dengan semua yang berkaitan dengan Islah !" -PUAN MARIA

Tapi bagi Akif, datangah sejuta dugaan sekalipun dia akan teguh untuk berdiri mempertahankan Zuyyin. Dan bagi Zuyyin sendiri, sejuta dugaan itu hanyalah sebahagian daripada prosesnya untuk menjadi isteri yang lebih baik untuk Akif.

"Akif?"
"Hurm?"
"Kau pernah bercinta?"
"Tak pernah ..."
"Cuma ..."
"Cuma?"
"Aku rasa, aku nak bercinta ... Sekarang ..."

Orang selalu cakap, sayang dan benci itu cuma dipisahkan oleh satu garisan halus, sangat halus sehingga kita tak sedar yang orang kita benci itulah sebenarnya orang yang paling kita sayang. Benarkah begitu?


Novel ni pun mengajar Ira sesuatu. Zuyyin dah banyak kehilangan orang yang dia sayang. Ira ni baru kehilangan seorang tapi Ira lemah sangat-sangat. Zuyyin tabah dan kuat hadapi semua ni. Ira belajar daripada novel ni. Kalau sedih, kalau rindu, ubatilah dengan membaca Yassin. Ya Allah. Sebenarnya Ira rindu sangat-sangat arwah Haikal. Al-Fatihah :')

2 comments:

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D