RESEPI | COKLAT JAR - Syahirah Valiant

Post Top Ad

June 19, 2015

RESEPI | COKLAT JAR

RESEPI | COKLAT JAR

RESEPI COKLAT JAR | Assalammualaikum. Memandangkan semalam Ira baru je try makan COKLAT JAR ni. Dan ternyata ianya sedap. Jadi, hari ni Ira akan kongsikan resepi macam mana nak buat COKLAT JAR ni. Nanti sebelum nak berbuka try la buat.


BAHAN-BAHAN
  • 100 g coklat compound
  • 20 g minyak masak
  • Bubble rice

CARA-CARANYA
1. Potong coklat kepada kepingan yang nipis (PENTING!!)

2. Panaskan minyak (dalam 2 minit dengan api kecil) dan campurkan minyak bersama coklat.

3. Kacau coklat sehingga cair.

4. Sejukkan coklat pada suhu bilik seharian sehingga coklat menjadi likat (boleh disejukkan dalam peti sejuk)

5. Masukkan bubble rice ke dalam jar.

6. Masukkan coklat yang telah siap ke dalam jar.


TROUBLESHOOT & ALTERNATIVE
1. Untuk langkah (2), jika coklat tidak cair sepenuhnya, boleh gunakan wap air suam yang diletakkan dibawah periuk untuk mencairkannya.

2. Untuk troubleshoot (1), pastikan bekas yang diisi air suam lebih kecil dari periuk untuk mengelakkan wap air dari memasuki coklat.

3. Untuk langkah (4), boleh sejukkan coklat dalam peti sejuk sehingga menjadi likat.

4. Jika coklat terlebih keras semasa disejukkan dalam peti sejuk, biarkan coklat disuhu bilik sehingga coklat boleh dikacau dan menjadi likat.

2 comments:

  1. senang je kan nak buat.. kak yoorin buat jugak..tp tukar guna coklat cadbury..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Senang je.. Wahhhh.. Guna coklat cadburry lagi sedap tu.. Nak try la ^^

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad