PRA ON JOB TRAINING | OTAI FRANCHISE SDN BHD - Syahirah Valiant

June 19, 2015

PRA ON JOB TRAINING | OTAI FRANCHISE SDN BHD

PRA ON JOB TRAINING
PRA ON JOB TRAINING | Assalammualaikum. Hari rabu lepas kolej Ira dapat pengarah baru. So pengarah baru, sistem kolej pun baru la kan. PRA ON JOB TRAINING??? Hurmmm. Kenapa la pensyarah-pensyarah tak bagitahu awal-awal yang ada pra OJT. Ira dengan kawan-kawan semester 6 kelam kabut cari syarikat nak buat training.

Bukan apa. Ada certain syarikat yang susah nak bekerjasama dengan kolej untuk ambil pelajar training. Ira salah satu mangsanya. Ira ada cari syarikat untuk buat training. Tapi pensyarah Ira kata syarikat tu macam endah tak endah je. So Ira cancel je la syarikat tu.

Last-last Ira tengok list syarikat yang kolej sediakan. Ira pakai ambil je. Ira ambik OTAI FRANCHISE SDN BHD. Otai ni memang bagus. Sebab kolej Ira memang dah bekerjasama dengan syarikat ni. Budak-budak lelaki kolej Ira pun kebanyakannya training dekat sini. So Ira ambil je la. 

Mudah-mudahan OTAI terima la Ira untuk buat training. PRA ON JOB TRAINING ni bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar diploma sebelum melangkah ke alam On Job Training yang sebenar. So nanti takde la kitaorang terkial-kial nak buat kerja.

PRA ON JOB TRAINING ni akhir tahun ni. Dalam bulan 11 macam tu. So Ira akan training dalam masa seminggu atau 2 minggu. Tempoh training bergantung pada sesebuah syarikat. Dan ON JOB TRAINING yang sebenar pada tahun hadapan. Masa habis program diploma. Cepat je masa berlalu. Ira dah nak habis ambil diploma dah. Then lepas tu dah masuk alam pekerjaan. Mudah-mudahan ada la rezeki Ira dekat dalam OTAI ni. Amin. Takut jugak nak buat training. Huhuhu. Doakan Ira ye.

PRA ON JOB TRAINING

No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D