MINYAK WANGI TANPA ALKOHOL - Syahirah Valiant

Latest

June 12, 2015

MINYAK WANGI TANPA ALKOHOL

MINYAK WANGI TANPA ALKOHOL

MINYAK WANGI TANPA ALKOHOL | Assalammualaikum.


SOALAN

Seseorang menyapu minyak wangi tanpa alkohol pada tangan, kemudian mengambil air sembahyang. Apakah solatnya sah sedangkan masih ada pada tangan?


JAWAPAN

Sekiranya wangian itu adalah jenis yang tidak menghalang air sampai ke anggota wudhuk, wudhuknya sah. Dia tidak perlu membasuh kesan wangian itu dahulu sebelum mengambil wudhuk.

Tetapi sekiranya wangian itu jenis berminyak disapu pada anggota wudhuk seperti pada tangan, maka ia perlu dibersihkan dahulu sebelum mengambil wudhuk.

Sekiranya wangian itu bukan pada anggota wudhuk seperti pada leher, maka tidak mengapa mengambil wudhuk tanpa membersihkannya terlebih dahulu.


USTAZ AZHAR IDRUS

No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D