June 2015 - Syahirah Valiant

June 29, 2015

Raya Giveaway by Sally Samsaiman

Monday, June 29, 2015 2
Raya Giveaway by Sally Samsaiman
Raya Giveaway by Sally Samsaiman
KLIK BANNER UNTUK JOIN

SEGMEN SAYA NAK KAD RAYA BY MOMMYLIZZ

Monday, June 29, 2015 3
SEGMEN SAYA NAK KAD RAYA BY MOMMYLIZZ
SEGMEN SAYA NAK KAD RAYA BY MOMMYLIZZ
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama je lagi ...
Senyum selalu :)

REZEKI NUFFNANG

Monday, June 29, 2015 1
REZEKI NUFFNANG
REZEKI NUFFNANG

REZEKI NUFFNANG | Assalammualaikum. Dah lama sangat tak update blog ni. Busy je memanjang. Dah masuk semester baru ni lagi la struggle nak study. So hari ni tiba-tiba je nak bukak blog. Dan tergerak hati pulak nak bukak nuffnang. Bukak-bukak je nuffnang asyik tersenyum je. Banyak pulak CPUV kali ni. Alhamdulillah. Rezeki Ira kali ni. Betul la kata orang. Rezeki ada dekat mana-mana je. Kita cuma mencari rezeki yang halal je. Terima kasih nuffnang :)

June 26, 2015

PENCARIAN BLOGLIST JUNE BY SYAHIRAH VALIANT

Friday, June 26, 2015 20
PENCARIAN BLOGLIST JUNE BY SYAHIRAH VALIANT
PENCARIAN BLOGLIST JUNE BY SYAHIRAH VALIANT

PENCARIAN BLOGLIST JUNE BY SYAHIRAH VALIANT | Assalammualaikum. Sekian lama Ira tak cari bloglist untuk blog Ira ni. So sesiapa yang berminat nak masuk dalam bloglist Ira, boleh la join ye. Syarat yang mudah dan ringkas. 

1. Follow blog Ira & Google+
2. Like FANPAGE
3. Klik SINI, SINI & SINI
4. Buat entri bertajuk "PENCARIAN BLOGLIST JUNE BY SYAHIRAH VALIANT" & backlinkkan ke sini. *optional*
5. Kalau tak nak buat entri, just kasi link blog korang je dekat kotak komen. Tapi kena promote segmen ni.

DUE DATE : tak ditetapkan lagi

HANYA 10 ORANG BERTUAH AKAN MASUK DALAM BLOGLIST IRA

June 21, 2015

RAMADHAN TIPS #5

Sunday, June 21, 2015 1
RAMADHAN TIPS #5
RAMADHAN TIPS #5

Amalkan lah amalan bersedekah kepada yang berpuasa.

Sesungguhnya apa yang kita bagi, kita akan dapat balik.

Mungkin lebih banyak daripada apa yang kita bagi.

Allah itu Maha Pemurah.

June 20, 2015

NUFFNANGERS BLOG SYAHIRAH VALIANT #8

Saturday, June 20, 2015 5
NUFFNANGERS BLOG SYAHIRAH VALIANT #8
NUFFNANGERS BLOG SYAHIRAH VALIANT #8

NUFFNANGERS BLOG SYAHIRAH VALIANT #8 | Assalammualaikum. Alhamdulillah. Baru lepas sahur ni. Perut dah kenyang. Hari ni sahur dengan makanan yang sangat simple tapi sedap. Hehehe.

Okay la. Kali ni dah kali ke-8 Ira update pasal nuffnangers yang dah rajin singgah ke blog Ira ni. Terima kasih sangat-sangat. Ira akan update pasal nuffnangers ni kalau terasa nak update la. Heeeee ~ So, jom kita blogwalking ke blog mereka ye.

RAMADHAN TIPS #4

Saturday, June 20, 2015 1
RAMADHAN TIPS #4
RAMADHAN #4

Jom kita indahkan ramadhan kita dengan solat terawih.

Jangan tak solat ye. Sangat rugi kepada orang-orang yang tak pergi terawih sebab solat terawih ni cuma setahun sekali je.

Mana la tahu kut-kut tahun depan kita tak jumpa bulan Ramadhan lagi. So, pergi la ye ...

RAMADHAN TIPS #3

Saturday, June 20, 2015 0
RAMADHAN TIPS #3

SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT MENAIK? MACAM MANA TU? #2

Saturday, June 20, 2015 4
SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT MENAIK? MACAM MANA TU? #2
Sambungan daripada entri INI.


SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT MENAIK? MACAM MANA TU? #2 | Assalammualaikum. Okay, ENTRI yang lepas Ira ada tunjukkan tutorial macam mana nak naikkan SEO blog kita. So, kita teruskan lagi ye.


1. Ni kita buat untuk IFRAME. Apa tu? Penggunaan IFRAME tak elok untuk blog. Ni la yang menyebabkan SEO blog kita menurun. IFRAME ni kebanyakkannya ada dalam :-

  • Fanpage facebook
  • Cbox
  • Video daripada youtube
So, kalau boleh, delete la benda-benda tu ye. Ni semua Ira dah try and error dah.


2. Seterusnya, Ira ada baca dekat blog yang ada tips SEO dan ia menyatakan bahawa code ping BABAB.NET yang menyebabkan peratusan SEO kita menurun. So gantikan dengan yang ini ye.

 <!-- start --><a href='http://babab.net/' target='_blank' rel='dofollow'><img src='http://babab.net/banner.jpg'></a><!-- end -->

3. Jangan lupa jugak delete semua code <b:include name='quickedit'/> . SEMUA TAU !

4. Akhir sekali, jangan lupa letak TITLE TEXT & ALT TEXT  dalam setiap gambar. Klik PROPERTIES.


Dah siap !! Kena faham betul-betul ye. Dan lagi sekali Ira bagitahu, Ni cuba basic yang Ira buat untuk blog Ira je. Kalau ada masalah lain sila cari dekat Google ye. So, try check peratusan SEO korang dekat SINI.

SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT MENAIK? MACAM MANA TU? #1

Saturday, June 20, 2015 4
SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT MENAIK? MACAM MANA TU? #1
SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT MENAIK? MACAM MANA TU? | Assalammualaikum. ENTRI NI Ira ada ceritakan SEO blog Ira dah 100 % kan? Tadi Ira bukak blog ada terjumpa komen seorang blogger ni nak suruh Ira sharekan macam mana caranya. Ok, Ira akan share. Tapi ni Ira share apa yang Ira buat untuk blog Ira je. Kalau ada problem lain-lain dekat blog korang, korang cari dekat google ye.

SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT MENAIK? MACAM MANA TU?



First sekali kita mulakan dengan HEADINGS H1. Apa itu HEADINGS H1? Tengok gambar bawah ni ye.

SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT MENAIK? MACAM MANA TU?
Tengok kotak warna MERAH tu. Tu la headings H1. Macam mana nak letak? Ikut Step seterusnya ......


1. Pergi LAYOUT

SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT MENAIK? MACAM MANA TU?

2. Pergi dekat bahagian HEADER dan klik EDIT

SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT MENAIK? MACAM MANA TU?

3. Isi bahagian BLOG TITLE > Tick BEHIND TITLE AND DESCRIPTION > save

SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT MENAIK? MACAM MANA TU?



Okay, dah settle bahagian HEADINGS H1. Kita buat bahagian WEBSITE DESCRIPTION pulak. Apa itu? Okay, WEBSITE DESCRIPTION takkan tertera dekat dalam blog. Ni cuma nak memudahkan google tunjukkan serba sedikit tentang blog kita dekat enjin carian. Ikut step ni ye.


1. Pergi SETTINGS > Klik SEARCH PREFERENCES

SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT MENAIK? MACAM MANA TU?

2. Pergi bahagian META TAGS > edit

SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT MENAIK? MACAM MANA TU?

3. Tick YES > Letak la apa yang korang nak ceritakan pasal blog korang > SAVE CHANGES

SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT MENAIK? MACAM MANA TU?


Okay, dah siap untuk bahagian WEBSITE DESCRIPTION. Sekarang ni kita buat WEBSITE KEYWORDS pulak. 


1. Pergi TEMPLATE > klik EDIT HTML
SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT MENAIK? MACAM MANA TU?

2. Tekan CTRL+F dan search <head>

3. Copy ayat dekat bawah ni dan pastekan dekat bawah <head>

<meta content='Describe pasal blog korang.' name='description'/>
<meta content='Contoh : Segmen, Contest, Giveaway, Tips, Info, Tutorial, Motivasi, Agama' name='keywords'/>

4. SAVE TEMPLATE

June 19, 2015

PRA ON JOB TRAINING | OTAI FRANCHISE SDN BHD

Friday, June 19, 2015 0
PRA ON JOB TRAINING | OTAI FRANCHISE SDN BHD
PRA ON JOB TRAINING
PRA ON JOB TRAINING | Assalammualaikum. Hari rabu lepas kolej Ira dapat pengarah baru. So pengarah baru, sistem kolej pun baru la kan. PRA ON JOB TRAINING??? Hurmmm. Kenapa la pensyarah-pensyarah tak bagitahu awal-awal yang ada pra OJT. Ira dengan kawan-kawan semester 6 kelam kabut cari syarikat nak buat training.

Bukan apa. Ada certain syarikat yang susah nak bekerjasama dengan kolej untuk ambil pelajar training. Ira salah satu mangsanya. Ira ada cari syarikat untuk buat training. Tapi pensyarah Ira kata syarikat tu macam endah tak endah je. So Ira cancel je la syarikat tu.

Last-last Ira tengok list syarikat yang kolej sediakan. Ira pakai ambil je. Ira ambik OTAI FRANCHISE SDN BHD. Otai ni memang bagus. Sebab kolej Ira memang dah bekerjasama dengan syarikat ni. Budak-budak lelaki kolej Ira pun kebanyakannya training dekat sini. So Ira ambil je la. 

Mudah-mudahan OTAI terima la Ira untuk buat training. PRA ON JOB TRAINING ni bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar diploma sebelum melangkah ke alam On Job Training yang sebenar. So nanti takde la kitaorang terkial-kial nak buat kerja.

PRA ON JOB TRAINING ni akhir tahun ni. Dalam bulan 11 macam tu. So Ira akan training dalam masa seminggu atau 2 minggu. Tempoh training bergantung pada sesebuah syarikat. Dan ON JOB TRAINING yang sebenar pada tahun hadapan. Masa habis program diploma. Cepat je masa berlalu. Ira dah nak habis ambil diploma dah. Then lepas tu dah masuk alam pekerjaan. Mudah-mudahan ada la rezeki Ira dekat dalam OTAI ni. Amin. Takut jugak nak buat training. Huhuhu. Doakan Ira ye.

PRA ON JOB TRAINING

RESEPI | COKLAT JAR

Friday, June 19, 2015 2
RESEPI | COKLAT JAR
RESEPI | COKLAT JAR

RESEPI COKLAT JAR | Assalammualaikum. Memandangkan semalam Ira baru je try makan COKLAT JAR ni. Dan ternyata ianya sedap. Jadi, hari ni Ira akan kongsikan resepi macam mana nak buat COKLAT JAR ni. Nanti sebelum nak berbuka try la buat.


BAHAN-BAHAN
  • 100 g coklat compound
  • 20 g minyak masak
  • Bubble rice

CARA-CARANYA
1. Potong coklat kepada kepingan yang nipis (PENTING!!)

2. Panaskan minyak (dalam 2 minit dengan api kecil) dan campurkan minyak bersama coklat.

3. Kacau coklat sehingga cair.

4. Sejukkan coklat pada suhu bilik seharian sehingga coklat menjadi likat (boleh disejukkan dalam peti sejuk)

5. Masukkan bubble rice ke dalam jar.

6. Masukkan coklat yang telah siap ke dalam jar.


TROUBLESHOOT & ALTERNATIVE
1. Untuk langkah (2), jika coklat tidak cair sepenuhnya, boleh gunakan wap air suam yang diletakkan dibawah periuk untuk mencairkannya.

2. Untuk troubleshoot (1), pastikan bekas yang diisi air suam lebih kecil dari periuk untuk mengelakkan wap air dari memasuki coklat.

3. Untuk langkah (4), boleh sejukkan coklat dalam peti sejuk sehingga menjadi likat.

4. Jika coklat terlebih keras semasa disejukkan dalam peti sejuk, biarkan coklat disuhu bilik sehingga coklat boleh dikacau dan menjadi likat.

SEGMEN BLOGWALKING RAMADHAN BERSAMA MISYA

Friday, June 19, 2015 1
SEGMEN BLOGWALKING RAMADHAN BERSAMA MISYA
SEGMEN BLOGWALKING RAMADHAN BERSAMA MISYA
KLIK BANNER UNTUK JOIN

AKHIRNYA

Friday, June 19, 2015 10
AKHIRNYA
SEO

AKHIRNYA | Assalammualaikum. Setelah 2 minggu Ira godek-godek blog ni supaya SEO menaik dan Alhamdulillah, tepat pukul 1:54AM SEO blog Ira menaik sampai 100%. Hehehe. Bukan main excited tadi. 

Terima kasih kepada blogger-blogger yang sudi bantu Ira belajar apa itu SEO. Sebelum ni Ira langsung tak tahu. Sekarang ni dah tahu sikit-sikit. Masih banyak lagi yang Ira perlu belajar.

Terima kasih jugak kepada ENCIK GOOGLE. Walaupun bila Ira search banyak bahasa indonesia. Tapi nasib baik la boleh faham. Terima kasih semua.

RAMADHAN TIPS #2

Friday, June 19, 2015 0
RAMADHAN TIPS #2

REVIEW MOVIE : HOME

Friday, June 19, 2015 2
REVIEW MOVIE : HOME
REVIEW MOVIE : HOME

REVIEW MOVIE : HOME | Assalammualaikum. Buka-buka je sekolah terus tanya kawan ada movie apa. Hehehe. Dan salah satu movie yang Ira suka adalah MOVIE HOME. Cerita kartun yang sangat-sangat comel. Korang kena tengok tau. Try cari link untuk download cerita ni. Ira dah 3 kali tengok cerita ni tapi tak pernah bosan pun.

Cerita ni lebih kepada mengisahkan sekumpulan BOOV nak cari tempat tinggal baru untuk lari dari musuh. Mereka lebih memilih bumi. Dan dalam cerita ni banyak mengisahkan tentang kekeluargaan. Cerita ni ada sedih, ada kelakar. Jangan lupa tengok :D

COKLAT JAR

Friday, June 19, 2015 1
COKLAT JAR
COKLAT JAR | Assalammualaikum. Dah balik rumah !!! Yeahhhh !!! Hehehe. Memandangkan bulan ni bulan Ramadhan, so Ira boleh balik setiap minggu. Nak cerita pasal coklat jar ni. Korang pernah makan tak? Try la makan. Sedaaaapppp sangat-sangat. Tadi sebelum balik, Ira singgah la dorm kawan Ira sebab nak beli coklat jar ni semata-mata. First time Ira beli dan Ira suka sangat-sangat. Kalau letak marhsmellow lagi sedap. Nyam nyam nyam !!! Hehehe.


COKLAT JAR
Ni coklat jar yang cantik lagi. Memandangkan puasa, Ira kena sabar sampai tunggu berbuka.


COKLAT JAR
Tadaaaa ~ Dah licin da. Hehehe. Lepas berbuka tadi terus panaskan air then cairkan coklat ni. Sedap sangat ! Tapi mahal la. Tak mampu nak beli selalu. So Ira nak cuba-cuba buat la. ^^

GIVEAWAY DUIT RAYA DARI BBL

Friday, June 19, 2015 8
GIVEAWAY DUIT RAYA DARI BBL
GIVEAWAY DUIT RAYA DARI BBL

< Klik gambar untuk join >

Assalamualaikum & hello there,


Siapa cakap bila dah besar mesti tak dapat duit raya? Sempena bulan Syawal bakal datang BBL dengan rasa gembira nak bagi duit raya kepada blogger bertuah. Cepat beratur submit entri ya. Boleh belanja diri sendiri makan aiskrim pasu.

Hadiah duit raya

Duit raya RM20 
untuk 1 orang pemenang

Duit raya RM10 
untuk 3 orang pemenang

Duit raya RM5 
untuk 5 orang pemenang

Cara nak join sangat mudah. Follow step dibawah :

1. Add BBL di

Follow blog

LIKE fan page

Add Google+

Add Twitter

Add  Instagram

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway  Duit Raya Dari BBL"

3. Copy coding yang disediakan & paste kat ruang HTML & publish entri


Cara nak paste code dalam entri


4. Tinggalkan link URL entri korang dalam kotak komen SINI (link)

Tu saja. Senang sangat kan.

Tarikh tamat giveaway pada 14 Julai 2015

Pemenang akan diumunkan pada 16 Julai 2015 nanti

BBL ~ Cepat submit link URL korang
o\( ̄ρ ̄)/o

Sekian terima kasih & selamat hari raya

GIVEAWAY BERSAMA WAYNE HARRAZ

Friday, June 19, 2015 1
GIVEAWAY BERSAMA WAYNE HARRAZ
GIVEAWAY BERSAMA WAYNE HARRAZ
KLIK BANNER UNTUK JOIN

TIPS JADI SPONSOR

Friday, June 19, 2015 0
TIPS JADI SPONSOR
TIPS JADI SPONSOR

TIPS JADI SPONSOR | Assalammualaikum. Blogger ni sangat sinonim dengan contest, giveaway, segmen dan seangkatan dengannya. Seronok kalau join kita dapat hadiah. Tu bergantung pada rezeki masing-masing la kan. Tapi sebelum nak memulakan sesuatu contest atau apa-apa pun, mesti lah kita nak cari sponsor kan. So para sponsor sekalian, pastikan korang follow tips ni untuk jadi sponsor yang terbaik.


1. HADIAH YANG MAMPU
Hadiah yang mampu ni maksudnya, korang kena kasi hadiah yang mana korang mampu kasi. Contohnya, kalau nak review blog. Korang boleh bagi hadiah review blog untuk ramai pemenang. Tapi make sure korang akan review blog banyak-banyak tu.


2. JUJUR
Mana yang nak jadi sponsor tu, korang kena jujur. Jangan main-main. Pengalaman Ira kena tipu dengan sponsor dah mengajar Ira. So, janganlah jadi sponsor yang tak jujur ye.


3. IKHLAS
Bila dah jadi sponsor tu, pastikan korang set betul-betul niat korang tu. Korang kena ikhlas untuk jadi sponsor. Jangan harapkan balasan !!! :)

June 18, 2015

RAMADHAN TIPS #1

Thursday, June 18, 2015 0
RAMADHAN TIPS #1
RAMADHAN TIPS #1

RAMADHAN TIPS #1 | Assalammualaikum. Alhamdulillah. Allah masih bagi kesempatan untuk kita berjumpa dengan Bulan yang mulia ini. Jadi, jangan lah kita bazirkan bulan yang mulia ini dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jom kita tingkatkan iman kita lagi.

Setkan misi untuk bulan yang mulia ini,
Dan cubalah untuk kekalkannya sehingga habis bulan Ramadhan.

Good Luck ! :)

June 17, 2015

GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF

Wednesday, June 17, 2015 3
GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF

GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF


GIVEAWAY RAMADHAN by YANIEYUSUF

GIVEAWAY KAD RAYA 2015 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

Wednesday, June 17, 2015 5
GIVEAWAY KAD RAYA 2015 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK
http://kathyrbain.blogspot.com/2015/06/ga-kad-raya-2015-by-kathyrbain-cikakak.html


Detail segmen:-

Mula: 18 Jun 2015
Tamat: 28 Jun 2015

Hadiah:

1. 1 keping kad raya by Kathy R'bain dan Cik Akak x 10

2. 1 keping kad raya by Cik Akak x 10




∵∴∷ Klik banner  untuk melihat syarat penyertaan ∵∴∷



♥♡ segmen di jaya dan di taja oleh Kathy R'bain & Cik Akak ♥♡

June 14, 2015

RAMADHAN TIBA LAGI

Sunday, June 14, 2015 1
RAMADHAN TIBA LAGI
RAMADHAN TIBA LAGI

RAMADHAN TIBA LAGI | Assalammualaikum. Hari khamis ni tibanya bulan Ramadhan. Ya Allah. Cepat sangat masa berlalu kan. Pejam celik pejam celik, dah nak puasa. Then raya. Then masuk lah tahun 2016. Cepat sangat kan.

Ok la, memandangkan bulan Ramadhan dah nak dekat. Jom kita tanam dalam hati kita untuk berubah. Jadikanlah Ramadhan tahun ni adalah Ramadhan yang terbaik daripada yang sebelumnya. Kena cuba tau. Mana tahu kita akan dapat merasai keajaiban bulan Ramadhan. Kan kira orang yang beruntung. Selamat beramal. :)

Di kesempatan ini, Ira nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah. Amin. Tak mau ponteng-ponteng puasa ye. :D

REVIEW PRODUK DIBUKA

Sunday, June 14, 2015 0
REVIEW PRODUK DIBUKA
REVIEW PRODUK DIBUKA

REVIEW PRODUK DIBUKA | Assalammualaikum. Mulai dari hari ni, Ira akan menerima tempahan untuk membuat REVIEW PRODUK . Mudah-mudahan ada yang berminat untuk membuat tempahan ye.

Sila ke ruangan SHOPPING untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT TERKINI

Sunday, June 14, 2015 3
SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT TERKINI
SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT TERKINI

SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT TERKINI | Assalammualaikum. Wahhhh !! SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT dah meningkat. Alhamdulillah. Daripada 68% jadi 95%. Bukan sikit tu. But lagi 5% tu Ira tak tahu macam mana dah. Penat jugak nak godek-godek benda ni. Terima kasih jugak kepada blogger-blogger yang dah bantu Ira dalam SEO ni. Ira memang tak tahu menahu pasal SEO. Tapi Alhamdulillah Ira dah tahu sikit-sikit. So lagi 5% tu macam mana? Sekarang ni Ira tengah pening nak letak WEBSITE KEYWORDS macam mana. Boleh tolong ajar ? :)


SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT TERKINI

Haaaa. Ni macam mana ni? Mohon tunjuk ajar pada yang pakar.

June 13, 2015

BUSY SEMESTER

Saturday, June 13, 2015 2
BUSY SEMESTER
BUSY SEMESTER
BUSY SEMESTER | Assalammualaikum. Hari ni dah tiba. Hari yang malas sangat-sangat nak balik hostel. Huarggghhhhh !!! Tak nak !!!! Kemas barang tadi pun macam nak tak nak je.

Lepas ni bermula la kisah hidup Ira sebagai seorang pelajar semester 6. Then belajar-belajar, tibanya untuk exam. Huhuhu. Alhamdulillah. Tinggal lagi setahun je untuk habiskan diploma ni. Doakan Ira ye. Mudah-mudahan target Ira yang pernah Ira janjikan dekat ibu abah dan arwah Haikal tercapai. Amin.

Lepas ni Ira dah jarang update blog. Kena tunggu Ira ada waktu free baru boleh update blog. Hurmmm ~ Sunyi la blog Ira nanti. Takpe la ~ Belajar dulu. Blog ni untuk sampingan sahaja. Ok la. Kena balik da. Selamat tinggal :)

SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT

Saturday, June 13, 2015 9
SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT
SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT

SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT | Assalammualaikum. Tadi baru je edit-edit blog sikit. Then ini lah hasilnya SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT. Walaupun tak banyak yang naik. Tapi Alhamdulillah. 


Then ada something yang buat Ira keliru. Macam mana la nak buat pasal "iframe" tu? Sebab asal Ira tukar je mesti jadi lain. Ira dah baca tutorial yang BLOG PARIHH pernah kasi. Tapi tak menjadi. Blog Ira jadi lagi rosak adalah. Dan sampai sekarang Ira tak jumpa jalan penyelesaiannya. Susah jugak kan pasal SEO ni.

SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT
"iframe"


Dan ada lagi satu. Pasal website keywords. Huhuhu. Apa pulak tu?? Tak tahu nak buat macam mana. Mohon tunjuk ajar pada yang pakar. :'(

SEO BLOG SYAHIRAH VALIANT

REVIEW NOVEL | ISTERIKU 19 TAHUN

Saturday, June 13, 2015 2
REVIEW NOVEL | ISTERIKU 19 TAHUN
REVIEW NOVEL | ISTERIKU 19 TAHUN

REVIEW NOVEL | ISTERIKU 19 TAHUN | Asslammualaikum. Semalam Ira baru habiskan lagi satu novel yang baru Ira beli. Buku ni best sangat-sangat. Sweet sangat-sangat. Ya Allah. Nak husband macam ni. Hehehe. Ayat dalam ni banyak sangat kelakar. Sebab penulis novel ni lebih suka guna penggunaan ayat yang gamble je. So korang kena beli tau. Ni sipnosis novel ni :)


SINOPSIS

"Aku tak boleh kahwin dengan dia. Aku dengan Akif macam Tom and Jerry, macam Bush dengan Osama Laden, macam Israel dengan Palestin ..... " - ZUYYIN

Jadi isteri pada usia 19 tahun? Zuyyin akan pastikan ia tidakhlah sesukar mana walaupun dia dijodohkan dengan lelaki yang menjadi musuhnya sejak kecil lagi. Semuanya gara-gara permintaan terakhir arwah atuk mereka berdua ....

"Abang Akif jahat !" - ZUYYIN

"Ah, sudah ! Aku bukan abang kau pun, abang kau dah mati!" -AKIF

Zuyyin yang zero tentang rumah tangga dan Akif yang berhati dingin dan sarkastik setiap masa akhirnya disatukan.

Berhadapan dengan abang kangdung sendiri yang mencintai isterinya dalam diam kadang-kadang membuat hati Akif nanar. Lagi-lagi bila ibunya sendiri tidak pernah menerima Zuyyin sebagai menantu akibat dendam pada masa lalu. 

"Sekali lagi Zuyyin menangis kerana Akif, aku tak akan teragak-agak membawa Zuyyin pergi." -AIMAN

"Sebab saya benci dia ! Saya benci keturuna Islah ! Saya benci dengan semua yang berkaitan dengan Islah !" -PUAN MARIA

Tapi bagi Akif, datangah sejuta dugaan sekalipun dia akan teguh untuk berdiri mempertahankan Zuyyin. Dan bagi Zuyyin sendiri, sejuta dugaan itu hanyalah sebahagian daripada prosesnya untuk menjadi isteri yang lebih baik untuk Akif.

"Akif?"
"Hurm?"
"Kau pernah bercinta?"
"Tak pernah ..."
"Cuma ..."
"Cuma?"
"Aku rasa, aku nak bercinta ... Sekarang ..."

Orang selalu cakap, sayang dan benci itu cuma dipisahkan oleh satu garisan halus, sangat halus sehingga kita tak sedar yang orang kita benci itulah sebenarnya orang yang paling kita sayang. Benarkah begitu?


Novel ni pun mengajar Ira sesuatu. Zuyyin dah banyak kehilangan orang yang dia sayang. Ira ni baru kehilangan seorang tapi Ira lemah sangat-sangat. Zuyyin tabah dan kuat hadapi semua ni. Ira belajar daripada novel ni. Kalau sedih, kalau rindu, ubatilah dengan membaca Yassin. Ya Allah. Sebenarnya Ira rindu sangat-sangat arwah Haikal. Al-Fatihah :')

AZAN SEBELUM MASUK WAKTU SOLAT

Saturday, June 13, 2015 2
AZAN SEBELUM MASUK WAKTU SOLAT
AZAN SEBELUM MASUK WAKTU SOLAT

AZAN SEBELUM MASUK WAKTU SOLAT | Assalammualaikum.


SOALAN
Saya pernah tersalah azan awal dari waktu sebenarnya iaitu terawal 10 minit, adalah saya perlu azan semula ataupun memadai dengan iqamah sahaja?


JAWAPAN
Sekiranya tersalah azan sebelum masuk waktu solat fardhu, azan itu tidak sah. Sunat diulang azan itu apabila masuk waktunya.


USTAZ AZHAR IDRUS

FIRST GIVEAWAY BY CIK ITAH | RAMARAMAPENDEK

Saturday, June 13, 2015 4
FIRST GIVEAWAY BY CIK ITAH | RAMARAMAPENDEK
FIRST GIVEAWAY BY CIK ITAH | RAMARAMAPENDEK
KLIK BANNER UNTUK JOIN

June 12, 2015

KRITERIA BLOG YANG MENJADI PILIHAN UNTUK DIFOLLOW

Friday, June 12, 2015 4
KRITERIA BLOG YANG MENJADI PILIHAN UNTUK DIFOLLOW
KRITERIA BLOG YANG MENJADI PILIHAN UNTUK DIFOLLOW
KRITERIA BLOG YANG MENJADI PILIHAN UNTUK DIFOLLOW | Assalammualaikum. Sekarang ni Ira nak kasi tips untuk korang lagi. Semoga ilmu yang Ira kasi ni ada manfaat untuk korang ye. :)


1. CONTENT MENARIK DAN BERFAEDAH

Ira memang suka kalau entri dalam blog seseorang tu ada information yang menarik. Memang Ira akan follow terus sebab senang nak follow up entri orang tu lagi. 


2. ADA BUTTON FOLLOW / FOLLOWER WIDGET

Pastikan korang letak button follow ataupun follower widget dalam blog korang ye. Benda ni akan memudahkan blogger lain nak follow blog korang. Kalau tiba-tiba korang tak letak, kan susah nak follow. Tapi bagi Ira, lagi elok letak follower widget je.


3. KEMAS DAN RINGAN

Blog jangan banyak sangat dengan iklan dan widget-widget yang tak berkaitan. Benda-benda tu akan memberatkan blog kita untuk loading. Ira kalau singgah blog yang berat ni, Ya Allah. Sabar je la ~ Da la dengan internet macam siput ni. Huhuh. Memang Ira terus tekan button pangkah. So please. Blog korang kena ringan ye.

BALIK HOSTEL

Friday, June 12, 2015 0
BALIK HOSTEL
BALIK HOSTEL

BALIK HOSTEL | Assalammalaikum. Sekejap je masa berlalu kan. Sekejap je cuti 2 minggu berlalu. Hari ni dah sabtu. Then esok ahad. Nak tahu hari esok untuk apa? Untuk balik hostel !!!!! Arghhhhhh !!! Kenapa masa ni akan tiba.

Malas betul la nak masuk hostel. Memang hostel ni best sebab ramai kawan. Yang membuatkan Ira tak nak balik tu sebab environment kat sana yang tak best. Tak bebas sangat. Terkongkong ! Handphone pun tak boleh bawak. Kalau sabtu ahad minggu tak balik kampung lagi mereput duduk dalam dorm je. Huhuhu.

Terkenang kan tanggungjawab Ira sebagai pelajar yang tak habis lagi, Ira rela hati lah nak balik hostel. *terpaksa* Alhamdulillah pembelajaran dekat sana ok. Walaupun agak stres. Biasa la tu kan. Siapa la yang study tak stres. Takpe-takpe. Tinggal lagi setahun je nak habis diploma. In Sha Allah habis diploma terus sambung degree. Amin. Doa-doa la ye :D

BERWUDHUK DALAM KEADAAN TELANJANG

Friday, June 12, 2015 4
BERWUDHUK DALAM KEADAAN TELANJANG
BERWUDHUK DALAM KEADAAN TELANJANG

BERWUDHUK DALAM KEADAAN TELANJANG | Assalammualaikum.


SOALAN

Apa hukum mengambil wudhuk tanpa menutup aurat atau bertelanjang ?


JAWAPAN

Sarjana fikah yang muktabar melarang perbuatan bertelanjang ketika mengambil wudhuk. Tetapi dibenarkan bertelanjag semasa mandi wajib.

Bagaimanapun, wudhuk yang diambil dalam keadaan telanjang itu adalah sah.


USTAZ AZHAR IDRUS

WAKTU KECIL

Friday, June 12, 2015 0
WAKTU KECIL
WAKTU KECIL

WAKTU KECIL | Assalammualaikum. Hari ni Ira teruskan lagi entri kata-kata Felxia Yeap yang terdapat dalam buku beliau. Sudi-sudilah korang membaca dan menghayatinya ok.


Biar kita bermula sewaktu saya masih kecil dahulu.

Waktu kecil, saya hidup berpindah-randah. Kami pernah tinggal di Kuala Lumpur. Kemudian kami berpindah ke Ipoh kemudian di Kedah dan akhirnya balik kembali ke Ipoh

Ayah saya bekerja di luar negara. Tiga tahun beliau tidak bersama kami. Tiga tahun yang bukannya pendek, terutamanya untuk kanak-kanak seperti saya. Tiga tahun yang saya percaya sangat penting untuk seorang kanak-kanak.

Sebab dia perlukan ibu dan bapa untuk membesar.

Bila difikir-fikirkan, tidaklah semuanya serius sahaja. Ada yang lucu juga.

Saya ingat lagi, sewaktu tiga tahun, apabila jumpa sahaja lelaki, saya akan panggil dia, "papa. papa." Jumpa sahaja, mesti sebut "papa. papa." 

Habis semua orang saya panggil papa.

Bahkan apabila saya tengok sahaja mama bercakap dengan lelaki, saya terus peluk kaki lelaki itu. Saya panggil dia, "papa. papa." 

Mama cepat-cepat bantah, "Ish. Bukan ayah awaklah......" 

Apa pun, tetaplah. Tetaplah jauh di sudut hati saya, saya sangat rindu kepada papa. Saya sangat rindu kepada seorang yang bergelar ayah.

Waktu itu, saya baru berumur 5 tahun. Saya baru mula mengenal dunia. Dan saya tidak berjumpa dengan ayah sehinggalah apabila saya berumur 8 tahun.

TARIKH LAHIR MENGIKUT KALENDAR ISLAM

Friday, June 12, 2015 0
TARIKH LAHIR MENGIKUT KALENDAR ISLAM
TARIKH LAHIR MENGIKUT KALENDAR ISLAM | Assalammualaikum. Jalan-jalan blogwalking blogger yang lain tadi. Then Ira ternampak entri Irrayyan pasal tarikh lahir mengikut kalendar Islam. Nampak sangat menarik. So Ira pula nak cuba. Ira cuba juga tarikh lahir family Ira ^.^

TARIKH LAHIR ABAH
Tarikh Lahir ABAH


TARIKH LAHIR IBU
Tarikh Lahir IBU


TARIKH LAHIR IRA
Tarikh Lahir IRA


TARIKH LAHIR ANGAH
Tarikh Lahir ANGAH


TARIKH LAHIR ATIN
Tarikh Lahir ATIN



TARIKH LAHIR WAFIQ
Tarikh Lahir WAFIQ


Itu lah dia. Family Ira banyak yang bulan lahir sama. Wafiq je tak. Hehehe. Kalau nak sambut tu senang la. Sekali arung je. Wafiq je sambut sorang-sorang. Walau apa-apa pun, baru Ira tahun birthday Ira mengikut kalendar Islam. Korang pun try la. :)