Stay Strong, Haikal

Friday, May 01, 2015


Assalammualaikum

Berat sungguh ujian yang Allah bagi dekat Haikal. Dia still muda lagi tapi dah dapat kanser. Ya Allah. Kau sembuhkanlah dia. Beri dia peluang untuk hidup. Beri dia peluang untuk terus sujud kepadaMU. Beri dia peluang untuk merasa kebahagiaan.

Dia kata lagi seminggu dia kena operate untuk kali kedua. Tapi kali ni dia kata, harapan untuk sembuh tipis sangat sebab antibody dia tak kuat. Memang berderai air mata Ira time dia bagitahu. Memang nak tahan menangis tu. Tapi tak boleh. Ira tak mampu tengok dia sakit sampai macam tu sekali. Dah makin teruk kesihatan dia tu. Walaupun dia kata dia dah sihat, tapi Ira tak percaya pun. Dia cuma nak sedapkan hati Ira je.

Ira dah buntu sangat-sangat. Ira tak nak kehilangan dia. Haikal seorang lelaki yang terlalu baik untuk Ira. Ira betul-betul sayang dia. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Dah macam-macam cara dia ikhtiar untuk sembuh. Tapi Allah masih bagi dia ujian untuk dia tempuh. Ya Allah. Sembuhkan Haikal. 

Ira nak tengok dia aktif macam dulu. Ira nak tengok dia gelak-gelak macam dulu. Ira masih tak berkesempatan nak jumpa dia. Dia jauh sangat. Tadi Ira ada search pasal NCCS. Mengalir air mata time tu. Haikal muda lagi. Tabahkan dia Ya Allah. Kuatkan dia Ya Allah. Selamatkan dia dalam pembedahan nanti. Aku mohon Ya Allah. :'(

Kadang-kadang time Ira duduk sorang-sorang, Ira akan teringat macam mana kitaorang kenal. Macam mana dia happy kan Ira. Macam mana dia sanggup buat apa pun untuk Ira. Haikal seorang yang suka menolong orang lain. Dia memang sanggup tolong. Sampai ada yang sanggup ambik kesempatan atas kebaikan dia. Semoga kebaikan Haikal tu akan menjadi bekalan untuk dia nanti.

Rasa sekejap sangat saat terindah kitaorang. Baru 4 bulan. Tapi tak sampai sebulan kenal dia dah sakit. Ya Allah. Ira tak sanggup kehilangan dia. Hari ni memang bengkak mata sebab asyik menangis je. Ira tak nak benda bukan-bukan jadi. Ira tak bersedia nak hadapi semua tu. Kau selamatkan dia Ya Allah.

Wahai rakan-rakan blogger sekalian, marilah la kita doakan untuk Haikal sembuh. Ira tak tahu nak buat apa untuk tolong dia dah. Hanya doa yang mampu Ira kasi. Ira down sangat-sangat sekarang ni. Ira takde semangat nak buat semua benda. Ira adalah seorang gadis yang sangat beruntung sebab dapat kenal dengan Haikal. Ira beruntung sangat sebab dapat rapat dengan Haikal. Berilah kami peluang untuk bahagia Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin ~

You Might Also Like

0 Comments

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Suscribe Us