Happy Teachers Day ~

Friday, May 15, 2015


Assalammualaikum
Happy Teachers Day cikgu-cikgu satu Malaysia !!! Yeahhhhh !!! Terlebih excited pulak. Hehehe. Hari ni Ira nak ceritakan semua kisah belajar Ira dengan cikgu-cikgu Ira. Dengar tau. Special untuk hari guru. Hehehehe ^.^

Ok, kita mulakan dengan cikgu course Ira. Actually kitaorang tak panggil cikgu, gelaran cikgu tu ditukarkan kepada pensyarah. Tapi kitaorang semua bantai je panggil cikgu atau pensyarah. Ok, cikgu course Kesetiausahaan Pentadbiran. Firstly Encik Iskandar. Cikgu ni cikgu baru dalam sekolah Ira tu. Orangnya tegas but at the same time, cikgu pandai buat lawak. Fisrt time ada cikgu lelaki ajar Ira. Best jugak sebab cikgu ni sporting. Tapi jangan kasi cikgu ni marah. Sebab cikgu Is daripada tentera (agaknye la, tak ingat) memang agak gerun kalau tengok dia marah.

Then cikgu Falissa. Cikgu baru jugak. Sama macam cikgu Is. Cikgu ni seorang yang manis orangnya. Memang best la belajar dengan dia. First-first tak faham jugak cikgu ni mengajar. Tapi makin lama tu makin ok pulak. Cikgu ni comel !!! Kitaorang dah buat macam kakak da. Ye la kan ~ Umur cikgu pun baru 25. So tak jauh beza. Pangkat kakak untuk kitaorang. Hehehe.

Encik Zulkapali. Cikgu ni garang. Cikgu sains kitaorang. Walaupun garang dia tu kadang-kadang menakutkan. Dia pandai sangat buat lawak. Tapi garang dia tu la yang boleh kukuhkan kepala otak Ira ni untuk menghafal. Hehehe. Ira mana suka hafal subjek sains. Tapi sejak belajar dengan cikgu ni, daripada modul 1 sampai habis Ira hafal sebijik sejiban. ^.^ Dan Alhamdulillah, Ira memang suka sangat belajar dengan cikgu zul. Tapi kalau time dia soal jawab tu yang tak boleh. Elok-elok Ira hafal, tengok dia je terus blank. Adoyai !

Puan Shuhaida - Cikgu Profesionalisme Pekerjaan
Puan Rozilawati - Cikgu Matematik
Puan Zuraifah - Cikgu Pengurusan Kewangan
Encik Jusmanizal & Puan Azlin - Cikgu PJKV
Puan Nazifah - Cikgu Agama

Yang lain-lain ni Ira just mention sebab tak tahu nak describe apa. Hehehe. Isnin ni sambut hari guru dekat kolej !!!! Ira kena jaga bahagian sukaneka cikgu. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin. Terima kasih cikgu sebab dah ajar kami selama ni sehingga la kami pandai membaca. Jasamu dikenang hingga akhir hayat. Semoga pengorbanan guru-guru kita akan diberkati oleh Allah. :)

You Might Also Like

0 Comments

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Like us on Facebook

Total Pageviews

Follow by Email