10 Sebab Kita Perlu Senyum - Syahirah Valiant

Latest

May 02, 2015

10 Sebab Kita Perlu Senyum


Assalammualaikum

Sejak akhir-akhir ni Ira rasa ada something dekat diri Ira yang mengganggu. Mungkin sebab Ira banyak fikir pasal Haikal. Ye, orang yang Ira sayang. Ira penat nak nangis. Tapi nak buat macam mana. Memang lumrah dalam kehidupan manusia untuk menangis.

La Tahzan ... Kata-kata yang penuh semangat yang dah lama Ira terapkan dalam diri Ira. Ira sedih dengan kawan-kawan. Biasa la kan. Walaupun ada 10 orang yang suka kita. Akan ada 10 orang yang membenci kita. Cara yang terbaik untuk happykan diri kita adalah dengan senyum. Jangan lupa ingat Allah. Allah akan sentiasa membantu hambaNya. Dekat sini Ira nak kasi sedikit sebab kenapa kita kena senyum :)


Jenis-jenis senyum
  • Senyum sinis / egois : boleh buatkan orang sakit hati
  • Senyum menggoda : untuk menggoda seseorang
  • Senyum ketabahan : dari seseorang yang mempunyai pelbagai masalah dan tabah menghadapi dugaan
  • Senyum tegar : sentiasa menghiasi bibir dengan senyuman dan mempunyai kekuatan dalam hidup walaupun menghadapi masalah yang berat
  • Senyum ketulusan : datang dari hati untuk membahagiakan, menghormati dan memuliakan seseorang

1. Dapat hilangkan stress
Kadang kala hidup kita ni penuh dengan onak berduri. Kita selalu rasa penat dan sedih. Betul tak? Cuba kita senyum, percayalah.... Rasa penat dan sedih tu akan hilang. In Sha Allah.

2. Meningkatkan sistem imun
Mengikut kajian, senyuman boleh hilangkan batuk dan selesema. Betul ke? Kalau macam ni tak payah jumpa doktor la. Hehehe ^.^

3. Menurunkan tekanan darah
Tekanan darah kita ni berbeza time kita senyum. So tak mau la marah-marah, just smile. Kan lebih manis.

4. Awet muda
Ini memang tak dapat diafikan lagi sebab bila kita senyum, otot-otot muka kita juga akan bergerak. So nanti kita ni muda je lagi.

5. Senyum adalah ubat
Ibarat hormon endorfin yang dapat menghilangkan rasa sakit.

6. Mengubah perasaan
Jika korang rasa sakit, cubalah untuk tersenyum. Nanti fikiran korang akan fikir benda-benda yang happy je.

7. Riang
Suasana akan jadi lebih riang dan orang sekeliling juga akan turut tersenyum. Cuba kalau kita masam je, orang pun takut nak tegur kita.

8. Kelihatan berjaya
Korang akan rasa lebih berkeyakinan. Ibu abah pernah cakap, orang yang berjaya ni adalah orang yang murah dengan senyuman.

9. Berfikiran positif
Mungkin susah untuk kita senyum masa tengah fikir perkara buruk. Jika kita senyum, otak kita akan fikir "hidup lebih baik akan datang"

10. Menarik
Orang yang banyak senyum mempunyai daya penarik yan tersendiri. Dia boleh buat orang yang ada dekat sekeliling berasa senang. 

No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D