Makna Tersirat Disebalik Warna Dan Bilangan Ros - Syahirah Valiant

April 18, 2015

Makna Tersirat Disebalik Warna Dan Bilangan Ros


Assalammualaikum

Ramai wanita pasti suka kalau ada orang bagi dia bunga ros. Tak kisah la sekuntum atau sejambak, pasti diaorang akan rasa happy je. Tapi korang tahu tak, ada maksud tersirat terhadap warna dan bilangan bunga ros tu? Sebelum Ira kongsi pasal ni, Ira nak ingatkan ini hanyalah sekadar informasi sahaja. Tak tahu la betul ke tak. So, jangan terlalu obses pasal benda ni ye. Anggap la kita cuma nak seronok-seronok je. :)


Makna Berdasarkan Warna Bunga Ros


Cinta yang tulus ikhlas, keghairahan dan keberanian. Hantarkan ros merah ini untuk menyampaikan pesanan yang korang sangat cinta dan sayang terhadap seseorang.




Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan. Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih. Hantarkan bunga ros pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati.




Membawa maksud persahabatan, kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru. Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang, untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan.



Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose. Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pegantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta. Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesanan "You are heavenly, I miss you"




Cinta pandang pertama dan pesona. Hantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej cinta pandang pertama pada seseorang yang istimewa. Korang boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa.




Keghairahan dan keinginan yang tulus murni. Pilihan yang bagus untuk mengharapkan perhubungan itu pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru.




Permulaan yang baru, kelahiran dan kematian. Kadang-kadang ada yang mengaggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia juga digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian. Tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru.




Mustahil dan tak dapat disempurnakan. Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semula jadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan lagi.



Makna Berdasarkan Bilangan Bunga Ros

  • 1 : Cinta pandang pertama.
  • 2 : Saling menyayangi antara satu sama lain.
  • 3 : I Love You.
  • 6 : Aku ingin menjadi milikmu.
  • 7 : Aku tergila-gilakan kamu.
  • 9 : Cinta yang abadi, hingga hujung nyawa.
  • 10 : Kamu adalah sempurna.
  • 11 : Kaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini.
  • 12 : Be my steady.
  • 13 : Peminat rahsia.
  • 15 : Saya minta maaf, tolong maafkan saya.
  • 20 : Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu.
  • 21 : Aku setia pada mu.
  • 24 : Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24 jam sehari.
  • 33 : Menyatakan "Aku cinta padamu" dengan lebih mendalam lagi.
  • 36 : Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama.
  • 40 : Cintaku padamu adalah tulen.
  • 50 : Cinta yang tiada sesalan.
  • 99 : Aku akan mencintaimu sempanjang hidupku.
  • 100 : Akan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia.
  • 101 : Kaulah satu-satunya cintaku.
  • 108 : Jom kahwin !!!
  • 365 : Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365 hari.
  • 999 : Cinta yang berkekalan sampai bila-bila.



draft lens1320673module124023031photo 1286293175ColorModel Makna Tersirat Disebalik Warna dan Bilangan Bunga Ros yang Diberikan

Rose Color Chart


Sorry kalau ayat dekat atas tu terlalu jiwang sangat. Hehehe. Nak tergelak pun ye jugak bila baca balik. Terima kasih sebab dah sudi membaca apa yang Ira kongsikan. Ingat, ni hanyalah informasi je k. Jangan terlalu percaya sangat. 

2 comments:

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D