Exam Teori Over !

Thursday, April 30, 2015


Assalammualaikum

Semalam adalah hari freedom untuk pelajar kolej vokasional semester 5 diploma. Hahahaha ~ Memang freedom habis. Padahal amali tak habis lagi ni. Takpe la. Freedom untuk sementara dulu. ^^

Bercerita pasal exam ni, Ira memang tak sangka sangat soalan dia........ perghhhh !!! Payah betul. Tapi ada la soalan yang senang tu. Senang pun tak banyak. Ayoyo. Macam mana la ni. Risau pulak dekat result nanti. Yang tak sangka lagi, soalan course pulak yang paling-paling-paling susah. Triple paling tu. Huhuhu ~ First time Ira cakap, paper subjek setiausaha yang susah. Sebelum ni takde la susah mana. Masuk pulak bab-bab yang tak belajar. Mana nak jawab kalau macam tu. Ira pakai jawab je la. Redha habis tu. Apa yang Ira hafal semua tak masuk. Ambik engko !!! Memang geram je tengok kertas time tu. Huhuhu. Tahu lah dah stage diploma. Tapi sampai soalan yang tak pernah belajar tu masuk, nak buat apa kan. Dah tak tahu apa-apa.

Tapi Alhamdulillah. Subjek untuk insaniah boleh la tahan. Takde la susah sangat macam subjek course. Banyak KV yang cakap subjek course susah. Takpe la. Benda dah lepas. Sekarang ni kita kena tawakkal. Kita dah usaha sebaik mungkin. Rezeki masing-masing Allah dah tentukan. ;)

You Might Also Like

0 Comments

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Like us on Facebook

Total Pageviews

Follow by Email