10 Bangunan Paling Tinggi Yang Tidak Berjaya Dibina - Syahirah Valiant

April 02, 2015

10 Bangunan Paling Tinggi Yang Tidak Berjaya Dibina

1. Nakheel Tower ---> Lokasi : Dubai



Tinggi puncak bangunan ini menjangkau sehingga 1 kilometer. Mula dibina pada tahun 2008, tetapi proses pembinaan terhenti setahun kemudian.



2. India Tower ----> Lokasi : Mumbai


Tapak pembinaan terletak ditengah-tengah bandaraya Mumbai, India. Projek pembinaan dimulakan pada tahun 2002. Sayangnya ia terbantut setahun selepas itu iaitu pada tahun 2011.



3. Russia Tower ----> Lokasi : Moscow


Kerja pembinaan terhenti pada tahun 2008. Semenjak itu, tapak pembinaan bangunan ini dijadikan tempat meletak kenderaan bagi penduduk setempat.



4. Chicago Spire ----> Lokasi : Chicago


Terhenti kerana krisis kewangan yang tidak dapat diselesaikan. Ketinggian yang mahu dicapai adalah 2000 kaki.



5. Doha Convention Center Tower ----> Lokasi : Doha


Salah satu cubaan Doha untuk bersaing rapat dengan jiran kaya mereka. Tetapi turut menjadi satu kegagalan apabila projek ini terhenti pada tahun 2012. Hanya selepas dimulakan 5 tahun sebelum itu, iaitu pada tahun 2007.



6. Burj Al Alam ----> Lokasi : Dubai


Dimulakan pada tahun 2009 dan berakhir pada tahun yang sama berpunca daripada maslaah pekerja asing yang berkait rapat dengan status ekonomi Dubai ketika itu.



7. Palace Of Soviets ----> Lokasi : Moscow


Projek ini diilhamkan sendiri oleh Joseph Stalin. Mula dibina pada tahun 1937 dan apabila siap ianya akan menjadi bangunan tertinggi dunia ketika itu mengatasi Eiffel Tower di Perancis. Menjadi Gajah Putih pada tahun 1941 kerana Perang Dunia Ke-2.



8. Lam Tara Tower 1 ----> Lokasi : Dubai


Bangunan setinggi 454 meter ini mula dibina pada tahun 2008. Tetapi terpaksa dihentikan dua tahun kemudian (2010). Kemungkinan besar kerana krisis kewangan.



9. Lighthouse Tower ----> Lokasi : Dubai


Seperti projek-projek mega yang lain di Dubai, Lighthouse Tower ini turut terabai atas faktor ekonomi. Terhenti pada tahun yang sama ianya dimulakan iaitu pada tahun 2009. Jika berjaya disiapkan, ketinggian bangunan ini adalah 402 meter.



10. Fairwell International Center ----> Lokasi : Xiamen



Direka untuk menaikkan nama China dipersada dunia. Malangnya pembinaannya terbantut pada tahun 1997. Selain mensasarkan ketinggian 397 meter, tiad info lain yang dapat Ira kongsikan.

2 comments:

  1. wahhh info yg bagus ^^ i love it hye try lah visit my blog ^^ http://diaryaqish.blogspot.com/

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D