April 22, 2015

,


Assalammualaikum

Hari ni Ira nak cerita something dekat korang. Takde special mana pun. Untuk pengetahuan korang je. Hehehe. Hari ni Ira akan cerita pasal penyakit apa yang blogger selalu hadapi dan blogger pun tak nak benda-benda ni berlaku. Nak tahu apa benda tu? Jom kita baca yang selanjutnya ye.


Malas Nak Mengupdate

Penyakit ni selalu sangat Ira hadapi. Kalau mood malas dia tu dah tiba, memang tak berusik pun laptop ni. Kalau usik pun, mesti on je blog ni. Tapi tak update apa-apa pun. Jeng jeng jeng ~ korang pernah jugak kan? ;)



Takde Line Internet

Haih ! Ni satu hal lagi. Tak suka betul kalau jadi benda ni. Sekarang ni nak guna line internet agak limit. So sabar je la menunggu line internet ada.



Busy Memanjang

Ni benda yang tak boleh nak dielakkan. Ye la kan. Ira ni still student. Nak agihkan masa dalam kelas lagi. Untuk study lagi. Untuk berblogging lagi. Memang takde masa untuk jadi blogger 24 hours. So kalau Ira tak update lama tu maknanya memang Ira busy sangat-sangat la tu.

April 18, 2015

,

Assalammualaikum

Hari ni Ira nak perkenalkan korang dengan satu movie philipine. Best giler cerita ni. Hero dengan heroin pun tersangat la padan. Movie ni kelakar memang la kelakar. Tapi kalau dah sampai bab sedih, memang mengalir air mata. Korang semua kena tengok tau. Cari je dalam internet. Confirm ada. Ira akan tunjuk beberapa scene yang ada dalam movie ni k. ^.^









Nampak macam best kan? Hehehe. Memang best pun. So tunggu apa lagi. Cepatlah download cerita ni. And make sure download yang ada subtittle tau. Kalau tak nanti kita tak faham. 

,

Assalammualaikum

Ramai wanita pasti suka kalau ada orang bagi dia bunga ros. Tak kisah la sekuntum atau sejambak, pasti diaorang akan rasa happy je. Tapi korang tahu tak, ada maksud tersirat terhadap warna dan bilangan bunga ros tu? Sebelum Ira kongsi pasal ni, Ira nak ingatkan ini hanyalah sekadar informasi sahaja. Tak tahu la betul ke tak. So, jangan terlalu obses pasal benda ni ye. Anggap la kita cuma nak seronok-seronok je. :)


Makna Berdasarkan Warna Bunga Ros


Cinta yang tulus ikhlas, keghairahan dan keberanian. Hantarkan ros merah ini untuk menyampaikan pesanan yang korang sangat cinta dan sayang terhadap seseorang.




Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan. Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih. Hantarkan bunga ros pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati.




Membawa maksud persahabatan, kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru. Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang, untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan.



Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose. Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pegantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta. Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesanan "You are heavenly, I miss you"




Cinta pandang pertama dan pesona. Hantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej cinta pandang pertama pada seseorang yang istimewa. Korang boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa.




Keghairahan dan keinginan yang tulus murni. Pilihan yang bagus untuk mengharapkan perhubungan itu pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru.




Permulaan yang baru, kelahiran dan kematian. Kadang-kadang ada yang mengaggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia juga digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian. Tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru.




Mustahil dan tak dapat disempurnakan. Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semula jadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan lagi.



Makna Berdasarkan Bilangan Bunga Ros

  • 1 : Cinta pandang pertama.
  • 2 : Saling menyayangi antara satu sama lain.
  • 3 : I Love You.
  • 6 : Aku ingin menjadi milikmu.
  • 7 : Aku tergila-gilakan kamu.
  • 9 : Cinta yang abadi, hingga hujung nyawa.
  • 10 : Kamu adalah sempurna.
  • 11 : Kaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini.
  • 12 : Be my steady.
  • 13 : Peminat rahsia.
  • 15 : Saya minta maaf, tolong maafkan saya.
  • 20 : Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu.
  • 21 : Aku setia pada mu.
  • 24 : Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24 jam sehari.
  • 33 : Menyatakan "Aku cinta padamu" dengan lebih mendalam lagi.
  • 36 : Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama.
  • 40 : Cintaku padamu adalah tulen.
  • 50 : Cinta yang tiada sesalan.
  • 99 : Aku akan mencintaimu sempanjang hidupku.
  • 100 : Akan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia.
  • 101 : Kaulah satu-satunya cintaku.
  • 108 : Jom kahwin !!!
  • 365 : Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365 hari.
  • 999 : Cinta yang berkekalan sampai bila-bila.



draft lens1320673module124023031photo 1286293175ColorModel Makna Tersirat Disebalik Warna dan Bilangan Bunga Ros yang Diberikan

Rose Color Chart


Sorry kalau ayat dekat atas tu terlalu jiwang sangat. Hehehe. Nak tergelak pun ye jugak bila baca balik. Terima kasih sebab dah sudi membaca apa yang Ira kongsikan. Ingat, ni hanyalah informasi je k. Jangan terlalu percaya sangat. 
,

Assalammualaikum

Hari ni Ira nak share something yang unik dan pelik.. Tapi sangat-sangat la menarik. Nak tahu apa tu? Jom kita tengok gambar-gambar dekat bawah ni. Tengok sampai habis tau. ^.^


KobiLevi1 Kasut Tumit Tinggi yang Unik dan Kreatif

Versi gelongsor



KobiLevi3 Kasut Tumit Tinggi yang Unik dan Kreatif

Kasut Itik



KobiLevi7 Kasut Tumit Tinggi yang Unik dan Kreatif

Kasut Anjing. Nampak macam dia tengah sniff kan.



KobiLevi9 Kasut Tumit Tinggi yang Unik dan Kreatif

kasut tumit chewing gum.



KobiLevi51 Kasut Tumit Tinggi yang Unik dan Kreatif

Kasut Pisang



KobiLevi31 Kasut Tumit Tinggi yang Unik dan Kreatif

Kasut bentuk lastik.


Haaa. Macam mana? Terkejut tak. Hehehe. Tersangat la kreatif. Tapi kat Malaysia takde la pulak. ^^

April 02, 2015

,
1. Nakheel Tower ---> Lokasi : Dubai



Tinggi puncak bangunan ini menjangkau sehingga 1 kilometer. Mula dibina pada tahun 2008, tetapi proses pembinaan terhenti setahun kemudian.



2. India Tower ----> Lokasi : Mumbai


Tapak pembinaan terletak ditengah-tengah bandaraya Mumbai, India. Projek pembinaan dimulakan pada tahun 2002. Sayangnya ia terbantut setahun selepas itu iaitu pada tahun 2011.



3. Russia Tower ----> Lokasi : Moscow


Kerja pembinaan terhenti pada tahun 2008. Semenjak itu, tapak pembinaan bangunan ini dijadikan tempat meletak kenderaan bagi penduduk setempat.



4. Chicago Spire ----> Lokasi : Chicago


Terhenti kerana krisis kewangan yang tidak dapat diselesaikan. Ketinggian yang mahu dicapai adalah 2000 kaki.



5. Doha Convention Center Tower ----> Lokasi : Doha


Salah satu cubaan Doha untuk bersaing rapat dengan jiran kaya mereka. Tetapi turut menjadi satu kegagalan apabila projek ini terhenti pada tahun 2012. Hanya selepas dimulakan 5 tahun sebelum itu, iaitu pada tahun 2007.



6. Burj Al Alam ----> Lokasi : Dubai


Dimulakan pada tahun 2009 dan berakhir pada tahun yang sama berpunca daripada maslaah pekerja asing yang berkait rapat dengan status ekonomi Dubai ketika itu.



7. Palace Of Soviets ----> Lokasi : Moscow


Projek ini diilhamkan sendiri oleh Joseph Stalin. Mula dibina pada tahun 1937 dan apabila siap ianya akan menjadi bangunan tertinggi dunia ketika itu mengatasi Eiffel Tower di Perancis. Menjadi Gajah Putih pada tahun 1941 kerana Perang Dunia Ke-2.



8. Lam Tara Tower 1 ----> Lokasi : Dubai


Bangunan setinggi 454 meter ini mula dibina pada tahun 2008. Tetapi terpaksa dihentikan dua tahun kemudian (2010). Kemungkinan besar kerana krisis kewangan.



9. Lighthouse Tower ----> Lokasi : Dubai


Seperti projek-projek mega yang lain di Dubai, Lighthouse Tower ini turut terabai atas faktor ekonomi. Terhenti pada tahun yang sama ianya dimulakan iaitu pada tahun 2009. Jika berjaya disiapkan, ketinggian bangunan ini adalah 402 meter.



10. Fairwell International Center ----> Lokasi : Xiamen



Direka untuk menaikkan nama China dipersada dunia. Malangnya pembinaannya terbantut pada tahun 1997. Selain mensasarkan ketinggian 397 meter, tiad info lain yang dapat Ira kongsikan.

Follow Us @_nrlsyhirh