Percutian Ke Fraser Hills - Syahirah Valiant

March 18, 2015

Percutian Ke Fraser Hills


Assalammualaikum

Sekian lama Ira tak update pasal personal dalam blog ni. Hehehe. Kekeringan idea nak update. So Ira diam je la. Ahad lepas Ira dengan family bercuti dekat fraser hills. Memang best sangat !!! Suasana dekat sana aman, sejuk. Sejuk dia memang tak boleh kata apa. Bayangkan dekat dalam hotel tu takde aircond dengan kipas. Memang dah sejuk habis. Walaupun takde aircond dengan kipas, Ira tidur pun pakai selimut. Time nak mandi tu yang tak suka. Ira sampai takut nak mandi sebab air dia memang macam ais batu. Sejuk memang tahap apa. Tu baru Fraser Hills. Belum lagi bercuti dekat luar negara.

Tapi tu la, dekat sana takde tempat nak melawat sangat. Memang tempat untuk tengok alam semulajadi je. Tapi ada la jugak certain-certain tempat yang best. Sesiapa yang dah pergi Fraser Hills tahu la mana tempat yang menarik. Ira balik je makin teruk selsema Ira ni. Da lah pergi sana dalam keadaan demam. Lepas tu nak kena tempuh jalan yang bengkang-bengkok lagi. Aduyai ~ Dugaan betul kalau nak pergi sana. Tapi bile dah sampai tu, korang akan lupa semuanya. Sebab suasana dekat sana memang cantik sangat. Sesuai dengan gelaran "The Little England"


Ni suasana resort yang Ira dengan family duduk. Memang berbukit sangat. Time nak naik tangga tu, hanya Allah je yang tahu penat dia macam mana. Da la dengan angkut barang-barang lagi tu. Kalau dah naik memang tak nak turun. Hehehe.



Ni pusat bandar Fraser Hills. Mula-mula korang masuk Fraser Hills akan nampak jam ni. Memang terbeliak mata korang tengok tempat ni. Memang cantik sangat. Memang bangunan ala-ala english. Tapi barang-barang cenderamata dekat sini memang mahal. Jangan lah beli ye. Ada tempat yang lagi murah. :)



Ni tempat naik bot, memancing & tempat tengok ikan. Tempat ni paling Ira suka. Ira naik bot tu !!! Best sangat. Bot tu memang murah. 2 orang RM8 untuk 15 minit. Tapi tu la. Penat tu nak kayuh bot ni. Huhuhu ~ Da la adik Ira tu keding, memang sikit sangat tenaga dia guna. Tapi memang tak rugi korang pergi sini. Boleh tengok ikan besar-besar. 



Ni sungai dekat sana. Nak pergi sini memang penat. Kena masuk ceruk-ceruk hutan. Tapi tu la. Ira tak sure tempat ni boleh mandi ke tak. Sebab memang takde orang langsung. Menyesal pergi !! huhuhu




Ni pulak tempat memanah. Adik Ira je yang sempat main. Nak main tapi ..... huhuhu,, geram je. Time Ira nak main lah datang segerombolan lelaki .. huhuhu !!! Memang takde nye la nak main kalau dah ramai-ramai macam tu. So pasrah je la. Lain kali kalau pergi lagi memang Ira nak main benda ni. :D




Tempat kuda. Kuda kat sini memang cantik-cantik. Tapi yang menarik perhatian Ira adalah kucing. Hehehe. Kucing dekat sini banyak sangat. Datang sini bukan nak naik kuda, tapi main dengan kucing pulak. ^_^

Satu percutian yang amat menyeronokkan !!

No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D