9 Ayat Maut Seorang Wanita - Syahirah Valiant

Post Top Ad

March 21, 2015

9 Ayat Maut Seorang Wanita


Assalammualaikum

Wow !! Ayat maut seorang wanita ?? Hehehe. Jangan terkejut k. Bukan lelaki je yang ada ayat maut. Tapi perempuan pun ada tau. Nak tahu apa ayat maut tu? Jom kita baca k. ^^


1. Ok. Fine !
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam tau. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.


2. Bagi saya 5 minit
Hah ! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboi. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnya bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap tu, lelaki sempat pergi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.


3. Tak ada apa-apa
Ayat ni menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.


4. Pergilah buat ! Tadi kata nak sangat !
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnya tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat !


5. Keluhan Kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat yang mana wanita bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tidak penting baginya.


6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda.


7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab je "sama-sama". Tetapi jika wanita berkata "Terima kasih banyak-banyak ye!", itu bermakna dia bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Yang ni jangan pulak korang jawab sama-sama. Memang naya ! :D


8. Apa-apa saja lah (atau dalam bahasa inggeris, WHATEVER!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan perkataan yang tak elok. Jadi, lebih baik jangan dapat ayat yang macam ni. ^^


9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri. 

1 comment:

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad