Tips Untuk Mengetahui Lelaki Cemburu - Syahirah Valiant

Post Top Ad

January 02, 2015

Tips Untuk Mengetahui Lelaki Cemburu


Assalammualaikum

Hari ni Ira akan share kan sikit macam mana kita nak tahu seseorang lelaki tu cemburu. Pernah jadi dekat diri korang rite? Hehehe.. Ntah apa-apa je tips ni. Tapi buat je la. :p

1. Cepat Marah
Tanpa sebab, si dia akan marah-marah pada anda. Padahal perkara yang anda lakukan itu biasa sahaja. Sikap sensitif yang ditunjukkan menunjukkan reaksi cemburunya. Apabila anda mahu menerangkan situasi, cepat-cepat dia membidas kerana tidak mahu ambil tahu punca cemburu yang bersarang dihatinya.


2. Berdiam Diri
Kebanyakkan lelaki tidak suka membebel. Apabila mereka cemburu, mereka lebih senang mendiamkan diri dan tidak membicarakan soal cemburu kerana bimbang ia akan mengundang perasaan marah dihatinya.


3. Sukar Dihubungi
Seorang lelaki yang cemburu lebih senang menjauhkan diri dari pasangannya. Hal ini kerana, ketika fikirannya berkecamuk dia tidak dapat berfikir dengan tenang.


4. Bermasam Muka
Lelaki yang cemburu gagal untuk mempamerkan senyuman di wajahnya sewaktu keluar bersama. Perasaan cemburu yang bersarang dihati membuatkan si dia malas untuk bersembang dengan anda. Barangkali dia juga kesal dengan sikap anda yang mudah melayan individu yang tidak berkenan dihatinya.

No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D

Post Bottom Ad