Kimchi Halal - Syahirah Valiant

Latest

January 04, 2015

Kimchi Halal



Assalammualaikum

Kimchi ni adalah salah satu makanan korea favourite Ira. Pernah la jugak buat sekali dua. Memang sedap. Tapi korang kena tahan rasa rempah je la. Sebab kimchi ni memang rempah nya rasa kuat sikit. So, nak belajar? Ira akan tunjukkan caranya ok :)


Bahan-bahan

- 2 batang kobis panjang (Napa Cabbage atau Hakusai)
- 1 cawan garam (kalau nak sedap boleh guna garam laut asli atau rock salt)
- 1 cawan lobak putih (daikon)
- 2 batang lobak merah
- 2 pokok daun bawang
- secekak daun kucai
- dua biji bawang besar holland


Cara Membuatnya

- Potong kobis saiz 4 segi. Sederhana besar tau. Jangan kecik sangat sebab nanti kobis ni akan kecut.
- Gaul dengan garam. 
- Pastikan garam kena pada setiap permukaan kobis tu.
- Masuk dalam mangkuk.
- Tindih dengan benda berat. Biarkan selama 4 jam, air akan keluar dari kobis tu dan akan jadi layu.
- Basuh dan perah sebanyak 3 kali atau lebih. Perah macam perah baju sampai airnya habis keluar kalau boleh.
- Gigit sikit, kalau rasa masin sila lah bilas lagi ye.
- Bahan-bahan lain seperti lobak tu potong memanjang macam saiz batang mancis.
- Bawang hollang tu hiris bulat-bulat.

Sementara tunggu kobis diperap dengan garam, sediakan bahan untuk paste.....


Bahan untuk paste

- 1 cup korean chili flake 
* 1 biji pear gong (kulit coklat, tapi kulitnya kena buang tau)
* 2 biji apple merah (buang kulit)
* 1 biji bawang besar holland
* 5 ulang bawang putih
* 1 inci halia
** 1/4 cup sos ikan
** 4 sudu besar tepung pulut
** Air

Refer tanda * dengan ** tau !!!


Cara Buat Paste Kimchi

Blender bahan bertanda * dengan air masak. Tambah chili flake dan kacau sebati. Kalau suka, letak sesudu dua gula, gula adalah makanan bakteria.

Campur semua bahan bertanda ** dan kacau sebati sampai tepung larut. Masak atas api yang perlahan sampai mendidih. Kalau pekat sangat tambah lah sikit air k. Jangan terlalu cair la pulak.

Campurkan bahan bertanda * dan ** dan gaul sebati.

Masukkan bahan-bahan yang dihiris saiz batang mancis tadi dan masukkan kobis yang dah diperap tadi. Gaul dengan rata. Kemudian masukkan ke dalam bekas. Tutup dan simpan di tempat gelap dan sejuk selama 24 jam. Kalau dah ada buih-buih tu dah jadi la maksudnya. Kalau rasa nak masa lagi, biarkan lagi k. 

Then, gaulkan semua dalam dulang. Kalau buat banyak sangat lah. Kalau tak gaul dalam mangkuk pun boleh.

3 comments:

  1. Okay.. nice sharing.. blh nk belajar2 buat utk anak buah ni. die tu K-POP addicted.. nth la.. mcm syahirah kot.. huhu

    ReplyDelete
  2. hehehe buat sendiri kimchi ? hehehe ahjumma sangay tau :P

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D